Tokbu:
30 August, 2010
TANGGAL 31 BULAN LAPAN 57 ... MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!
Tokbu:
29 August, 2010
BAHANG RAYA
TOKBU:
26 August, 2010
CEPATNYA MASA BERLALU - PUASA - DAH NAK RAYA
TOKBU :
20 August, 2010
TIDAK BERSYUKUR
Dibulan yang mulia ni kita dinasihatkan untuk banyak beribadah pada Allah SWT dan untuk diri kita sendiri perlu banyak bersabar. Tak kiralah apa ujian yang datang pada diri kita sebagai umatnya kita harus menerima dan bersyukur atas segala nikmatnya.
Saya hairan bila lapar menjadikan seseorang itu lekas marah, malas kerja dan tidak boleh bersabar. Saya takut bila membaca di dada akhbar ketika bulan ramdhan ni beberapa peristiwa yang mengerikan berlaku - seorang suami sanggup membunuh isteri serta mencederakan anaknya itu di Teluk Intan, Perak. Di Terengganu pula suami menyimbah isteri dan anak-anaknya dengan asid. Satu lagi di KL suami pukul isteri hingga retak tulang belakang .... di mana letaknya konon kasih sayang semasa berkahwin dulu. Tidak ingat kah mereka ini. Inikan bulan yang mulia.
Mungkin suami2 di atas ada masalah mental atau dadah telah mempengaruhi mereka. Tapi ada juga cerita suami yang siuman pun sanggup menyakiti hati isterinya. Tidakkah mereka hargai segala kasih sayang panat lelah yang dikeluarkan oleh isteri untuk menjaga mereka dan anak2. Itu tidak kira lagi isteri yang mencari nafkah bagi menampung perbelanjaan keluarga. Bila isteri ada duit bukan main lagi mesranya tapi bila isteri tidak dapat memberi mereka duit wah bukan main lagi isteri diperlakukan.
Sebenarnya suami yang begini tidak pernah bersyukur atas apa sajer yang diberi oleh isteri .. kasih sayang ... wang ringgit ... makan pakai dan banyak lagi. Saya tidak pandai untuk menasihat isteri2 dalam menghadapi masalah sebegini tapi kalau saya jangan dilayan suami macam tu. Biarkan saja. Kalau bercakap boleh mendatangkan mudarat pada kita lebih baik kita diam.
Mintak maaflah saya emo sikit bukan apa sedih bila dengar cerita kawan2 yang tidak pernah dihargai oleh suami2.
JUMPA LAGI
10 August, 2010
PUASA TIDAK MENYEKAT KITA ....
Alhamdullillah hari ini sudah lima hari kita berpuasa. Macam mana agaknya puasa kali ini. Macam biasalah kan. Cuma pada tahun ini saya tidak berkerja lagi. Tak tahu macam mana, tidor ajer ker, mengadap komputer ajer ker ... yang pastinya ada masa untuk memasak juadah berbuka puasa. Itu pun tak tahu lagi. Almaklumlah pasar Ramdhan depan rumah jer ...
Yang terpahat di dalam hati Ramdhan kali ini saya ingin menghabiskan 30 juzuk AlQuraan. Insyaalah diizinkan Allah SWT.
Bercakap pasal puasa ini macam mana aktiviti berjoging saya yer .. sebenarnya sejak dimasukkan di wad emergency Hospital Selayang April lalu dan doktor ada beritahu saya yang kolestrol saya ada lebih, saya mula menggamalkan senaman dan pagi2 saya akan berjoging di taman rekreasi di taman saya tinggal ini. Sudah hampir 3 bulan. Saya dapat rasakan saya semakin cergas. Berbalik pada bulan puasa ni ada teman sejoging mengatakan dia akan berhenti berjoging pada bulan puasa ini tak larat katanya. Saya! tak tahu lagi .. tapi di dalam hati berkata apa salahnya berjoging pada bulan puasa. Kalau biasa berjalan atau berlari 8 pusingan mungkin boleh kurangkan menjadi 3 atau 4 pusingan sajer kot... Tapi hingga kini masih belum berpeluang untuk berriadah tak tahu bila nak mula. Makan pulak boleh tahan. Khamis lepas saya balik ke kampung dan bila di kampung faham2 ajerlah macam mana makan nanti. Enak2 macam mana nak diet. Tak boleh jadi balik nanti mesti kena berjogging balik.
Bercakap juga pasal joging ni apa yang saya dapati memang kurang orang Melayu yang melakukan aktiviti ini. Rata2 saya lihat kaum Cina lelaki dan perempuan. Hinggakan mereka ada aktiviti senamrobik dan dancerobic. Rata2 kebanyakakannya wanita Cina warga emas yang sama panggil Ah Soh. Beberapa bulan saya berjoging kebanyakkan mereka telah saya kenal. Apabila saya sampai ada sajer yang menyapa coh san, morning.
Ah Soh boleh ambik gambar ka
Lu mau buat apa alik (wah muda ker saya dia panggil adik)
Saya mau tulis lah dalam blog saya
Lu lipoter ker ......
No lah itu tulis cerita dalam komputer lah Tidak lah itu tulis cerita dalam komputer
oh!! itu macam ker ...
Ah Soh beritahu rakan2nya (dalam bahasa Cina) yang saya nak ambil gambar. Rakan2nya ketawa.
Aya ... malulah sudah tua ma ... ambik2 lah tak mau dekat2 aaa jauh2 ma ...
Di atas adalah gambar Ah Soh2 yang setiap pagi bersenam. Ketuanya yang dihadapan. Radio yang digunakan kecik saya. Asal boleh dengar. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM5.00 saja.
Itu yang kumpulan di luar. Yang di dalam dewan pula dancerobik. Semua pun Ah Soh2.
Pada hari saya nak mengambil gambar tak ada pulak mereka. Hanya 3 orang saja. Di bawah ni tiga orang tengah berlatih.
Bolih tanya sikit Ah Soh
Yes, miss ada apa ...
Awak hari2 dance suka2 ker or u ada group ker or ada buat show ker ..
No lah ... excersice lah kalau ada kawan kawin ker ada party ker .. . sudah tahu dance lah kalau olang ada ajak aa kita sudah tau loo...
Di taman tempat saya berjogging ni tidak banyak peralatan untuk kita buat excersice... hanya ada tiga peralatan. Itu pun dihadiahkan oleh Parkson. Setahu saya Majlis Perbandaran Selayang adalah badan yang bertanggungjawab menyelia taman ini. Apalah salahnya kalau ditambah peralatan untuk excersice selain dari berjogging dan berjalan. Peralatan itu terutama cycling amat digemari... bergilir2 untuk digunakan.
Yang ini bukan kumpulan senamrobik atau dancerombik. Ini neng2 indon yang menjaga kebersihan taman yang tak bersih pun saya lihat. Yer lah dia bersihkan orang2 kita juga yang mengotorkannya. Macam2 bekas minuman lah bekas makanan lah .. bukan tak ada tong sampah. Kata neng itu "k****m pun ada jumpa buk".
Kayha:
Masa adik dan pergi rumah Mek pagi2 adik selalu nampak Tokbu pegi jogging. Ada sekali Tokbu bawak adik tapi Tokbu tak jogging Tokbu jalan jer... sebab adik ader adik tak kuat lari. Kalau Tokbu tak pegi jogging Tokbu senam kat rumah. Tokbu ikut kat TV. Bila Tokbu senam kat rumah adik selalu ikut Tokbu senam. Penat adik.
JUMPA LAGI
06 August, 2010
MUAR .. BANDAR MAHARANI
Tokbu:
Seminggu di kampung rasa lega balik rumah sendiri. Bukan tidak suka balik kampung tapi mana nak sama dengan rumah kita sendiri. So la ni saya understandlah perasaan mak saya bila datang rumah saya duduk baru dua tiga hari dah nak balik rumahnya.
Selalu gak saya balik kampung almaklumlah mak masih ada. Tapi selalunya tak lama dua atau tiga hari. Maklumlah masa tu kerja lagi. Kena tengok2 juga kan. Bertuah rasa badan sebab seusia begini masih mempunyai mak. Walaupun dah tua dan ingatan dah tidak seberapa tapi masih kuat dan sihat dan tidak menyusahkan kami dua beradik. Bila my sis Cik Nong kena ke Johor Bahru kerana Kak Cik bersalin maka saya kena mengambil tugas menjaga mak di kampung. Bukan tidak suka balik tapi rumah itu membuat saya takut. Sementelah tinggal berdua saja dengan mak. Bukanlah rumah tu ada cerita pranormal tapi sudah dua kali sejak akhir2 ni dimasukki pencuri. Sebenarnya tiga kali. Yang pertama lama dulu masa mak saya pergi menunaikan Rukun Haji. Masa itu Cik Nong duduk di rumah sendiri rumah tiada orang, habis semua barang dikebasnya. Sampaikan kain batik pun disapu. Nasib baik arwah anak saudara balik dari kerja tergerak hati lajak ke rumah atuknya untuk memeriksa. Terkejut dibuatnya bila melihat pinggan mangkuk dah tersusun di luar pintu.
Tahun lepas masa tu bulan puasa (Bulan Ramdhan hantu dan syaitan dirantai tapi hantu dan syaitan pada tubuh manusia tak mengenal bulan Ramdhan) kakak dan mak saya pergi terawih. Balik2 tengok pintu dah terbuka rumah dah dimasuk pencuri. Rumah tak orang kan bermaharajalelalah dia. Habis bilik kakak digeledah. Barang2 kemas dan duit habis disapunya. Kali kedua awal tahun ni pencuri tu masuk melalui tingkap. Waktu hampir subuh. Mak dan kakak sedang tidur. Dia masuk bilik kakak tak lah dapat banyak mana tapi habis diselungkarnya. Nasib baik kakak tidak diapa2kan. Yang peliknya kakak kata dia langsung tak sedar apa2. Kena pukau ke apa tak taulah. Bilik mak tidak dapat masuk sebab mak kunci bilik dia. Nasib baiklah. Kakak beritahu banyak juga rumah di kampung tu dimasukki pencuri ... tu lah yang buat saya takut. Tidur malam tak berapa lena. Kena pula musim hujan katak pula menyanyi2. Musang pula melompat2 atas bumbung. Di KL ni mana ada.
Macam mana pun saya seronok kalau balik kampung. Makanan masih murah lagi. Dan makanan pun sedap. Kalau balik kampung wajib makan mee bandong, mertabak singapore, nasi beringin. lontong dan yang paling unik sekali pagi2 dah boleh makan satay. Satu lagi yang saya rasa tempat lain tak ada ialah mee siput. Kalau balik wajib beli. Masa saya mengandung anak pertama dulu memang mengidam nak makan mee siput. Mak saya terpaksa mengeposnya. Masa tu tahun 1975, highway pun belum ada lagi nak balik kampung bukan main jauh lagi masa tu... Bila saya terima mee siput tu dah hancur. Tapi dek sebab mengidam makan jugalah.
Satu lagi kupang. Sepanjang jalan Parit Bunga dan Tanjung Agas banyak betul gerai orang menjual kupang. Kalau balik saya mesti beli. Kupang ini senang saja nak masak. Rabus sajer pun sedap buat sambal lagi sodap. Kat sini nak beli kupang payah sekali nak jumpa.
Di kampung tugas saya pagi2 dah kena bagi makan kucing2 Cik Nong 14 ekor tu. Pas tu kena bagi ayam dia makan pulak. Rajin betul Cik Nong memelihara ayam. Tapi ayam kampung dagingnya memang sedap. Di kampung ayam bertelur merata tempat. Sedang saya baring2 tengok TV terlihat telor ayam di belakang almari TV. Haha kat KL mana ada.
Rumah di kampung di kelilingi pokok2 yang menghijau. Di sekeliling rumah terdapat banyak pokok asam (mangga). Pagi2 mak saya akan memunggut buah2 asam yang jatuh. Pokok asam ni berbuah sepanjang tahun. Kerja saya hari2 makan asam. Kat KL tak makan pulak. Yang di kampung memang sentiasa sedap kan.
Kayha:
Masa Tokbu balik kampung adik sedih sangat. Hari2 adik cari Tokbu. Hari2 adik masuk bilik Tokbu. Adik nak balik kampung nak jumpa Nenek, Tok Mama, Ibu Cik, Kak Tina dan Kak Aca. Adik suka balik rumah Nenek. Rumah Nenek ada banyak Miew cat ngan kokokok. Babah dah lama tak balik rumah Nenek. Keta Babah rosak Babah cakap tak boleh jalan jauh. Bila tah Babah nak betul keta dia ... Adik dengar Ibu Cik ada baby kecik. Adik dah tengok gambar dia dalam handphone Tokbu. Omel2nya. Babah adik nak balik rumah Nenek lah .......
JUMPA LAGI ..