11 February, 2011

TIDUR MALAM KU TERGANGGU

Malam tadi baru sajer nak melelapkan mata, terkejut dengan dentuman bunga api dan mercun yang bertali arus.  Tinggal di kawasan perumahan yang rata2 kebanyakan kaum China hakikat ini terpaksa diterima setiap kali tibanya Tahun Baru China.  Saya pun tak tahu perayaan apa yang disambut malam tadi kerana baru masuk 8 hari Tahun Baru China. Dan dentuman bunga api dan mercun berterusan sehingga saya terlena lebih kurang jam 2.00 pagi.  Nak katakan Chap Goh Mei belum pun 15 hari selepas Tahun Baru China.  

Dek kerana tak bolih lena saya pun keluarlah ke veranda rumah saya menyaksikan sama percikan bunga api yang memang cantik.  Dan walaupun ada larangan yang Tanglung Kongming tidak dibenarkan dilayangkan ke udara, saya lihat lebih dari 20 berterbangan di udara.

JUMPA LAGI ...

10 February, 2011

PAYBACK ... BAYAR BALIK

TOKBU:
Semasa tiga anak saya masih kecil, ketiga2 mereka dijaga oleh ibu saya di kampung saya di Muar.  Anak pertama dan kedua Jadz dan Wannie selepas sudah pandai berjalan saya ambil bawa tinggal bersama di KL dan sebagai wanita berkerjaya saya menghantar mereka ke rumah pengasuh bernama Mak Wa.  Alhamdulillah hingga kita hubungan dengan Mak Wa masih berkekalan. Hanya yang bongsu Eriq (babah Kayha) tinggal terus dengan neneknya hinggalah dia tamat sekolah menengah.

Apabila memulakan alam persekolahan Jadz dan Wannie terus tinggal dengan ibu saya dan bersekolah di Muar.  Jadz selepas Tingkatan 3 bersekolah di kampong arwah ayahnya di Jelebu.

Apa yang ingin saya katakan ialah sepanjang mereka membesar mereka dijaga dan dibesarkan oleh nenek mereka.  Waktu dengan saya kalau di kira memang amat sedikit.  Kehidupan di KL tidak mengizinkan saya membawa mereka tinggal bersama.  Saya dan arwah suami masa itu berkerja.  Untuk mereka terus dijaga oleh orang lain memang kami berdua tidak mahu.  Saya merasa lebih selamat dijaga oleh nenek mereka sendiri.  Sementelah ibu saya tidak berkerja.

Apabila ketiga mereka tamat sekolah menengah Jadz dan Eriq masuk kolej swasta sementara Wannie ke UiTM barulah mereka tinggal bersama saya.  Dan dua anak lelaki saya sudah pun berkeluarga dan tidak ada yang lebih membanggakan saya melihat mereka menjalani kehidupan di depan mata.

Apabila melihat Kayha dihantar ke rumah orang untuk dijaga memang sayu dan risau rasa hati.  Selepas sajer Mummynya lepas pantang dan sudah mula berkerja Kayha dihantar ke rumah orang untuk dijaga.  Masa itu saya masih berkerja.  Dan setelah pencen sesekali Kayha dijaga oleh saya barulah saya merasa dan melihat bagaimana ragam anak kecil yang tidak saya rasa semasa anak2 saya kecil.  Memang banyak kerenahnya.  Sebagai darah daging kita tentunya kita akan menjaganya sebaik mungkin.  Melayan kerenahnya yang pelbagai.  Tapi bila dijaga oleh orang lain yang tidak ada tali persaudaraan pun macam mana yer ... persoalan itu selalu saya fikirkan bila menjaga Kayha.  Adakah penjaganya akan melayan Kayha sebagaimana saya melayan kerenah Kayha.  Mungkin tidak kerana penjaganya juga ada memelihara anak orang lain selain menguruskan keluarganya sendiri.  

Macam2 yang terfikir oleh saya bila mengenangkan Kayha dijaga oleh orang lain.  Kesempatan untuk menjaga Kayha sesekali memang saya gunakan sepenuhnya untuk melayan segala kerenahnya yang pelbagai.  Maklumlah anak kecil.  Sebab itulah saya tidak keberatan untuk menjaga Kayha sepenuh masa nanti kerana saya tidak berpeluang menjaga Babah, bapa saudara dan ibu saudaranya semasa mereka kecil.  

The many faces of Kayha ...

Insyaalah akan bertambah seorang lagi cucu tidak lama lagi ...

JUMPA LAGI ...

04 February, 2011

RENUNGAN JUMAAT - JANGAN LEBIH LAJAK DARIPADA LAJU

TOKBU:
Saya tidak mempunyai sijil atau diberi kuasa untuk menjadi seorang penceramah agama.  Dan saya akui juga saya masih cetek dalam ilmu agama.  Tetapi kata orang tidak ada salahnya kita berkongsi ilmu sekiranya ia baik dan mudah-mudahan kita mendapat munafaat daripadanya.  Melalui facebook ramai rakan2 berkongsi ilmu2 tentang Agama Islam sebagai renungan dan makluman kita bersama, antaranya ...

Jangan Lebih Lajak Daripada Laju
Disiarkan pada Aug 09, 2009 dalam kategori Akidah |
Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi.

Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:
“Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”.(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).
Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.
Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.

Dosa Pahala
Hanya Allah dan rasulNya yang berhak. Kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan Islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas. Maka nas al-Quran dan Sunnah menyatakan dia ahli nereka. Itupun hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah sendirian sebelum menemui Allah, kita tidak tahu.

Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah. Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya. Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa.
Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka. Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain.
Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me’neraka’ seseorang hanya kerana satu dosa. Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me‘neraka’kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan. Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah.

Jangan melampau dalam menghukum orang lain. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)

Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan RasulNya?. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda:
“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasulNya. Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya. Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya.

Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasulNya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum muslimin dihina dan dianiayai. Ya, Rasulullah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan ‘terlebih lajak daripada laju’.

Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seeorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian.

Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.

Rahsia
Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.

Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.

Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.
Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

JUMPA LAGI ...

02 February, 2011

SATU HARI BERSAMA BUNGA

TOKBU:
Pagi:
Sewaktu melintasi satu kawasan semasa berjogging di Taman Rekreasi di tempat saya, hidung ini terbau sesuatu yang sungguh harum.  Walaupun keadaan sekeliling waktu itu gelap lagi tapi waktu itu sudah menunjukkan pukul 7.10 pagi.  Tak kanlah makhluk halus ada lagi  dah siang begini.  Apabila pandangan tempat itu telah cerah saya pun menolehkah ke arah tempat yang berbau wangi itu.  Rupa2nya di taman ini ada di tanam pokok jasmin dan pokok itu sedang mengeluarkan bunga2 jasmin yang menguntum segar dengan banyaknya.  Selama hampir setahun berjogging di taman ini saya tidak perasan akan keujudan pokok itu.  Mungkin juga masa itu pokok itu baru di tanam dan belum mengeluarkan bunga lagi.

Nama penuh Kayha ialah  Bibi Jadzmin Faqihah ..

Petang:
Sewaktu melayan Kayha bermain basikal di halaman rumah, saya terpandang pokok bunga di rumah jiran saya  mengembang dengan cantiknya.  Kalau tak silap saya bunga ini namanya plum blossom sejenis bunga yang sangat popular di kalangan orang2 China. Dalam hati berkata wah sudah berbunga  pokok itu dan cantik bunganya. Memang betullah agaknya pokok ini mengeluarkan bunga bila tiba chinese new year.  Dan tangan ini pulak gatal nak merasa bunganya.  Alamak Tipah tertipu rupanya.  Bunga plastik da ... Kreatif sungguh jiran aku ni.  Pokok asli tapi rajinnya dia meletakkan bunga2 itu di tangkai2 pokok itu.  Dan sekali pandang memang nampak betul.  Melihat saya memerhati bunga itu anak lelakinya keluar dan beritahu ...
antie itu plastiklah katanya senyum
tulah antie ingat betul jawab saya dan kami sama2 ketawa ..

Kepada rakan2 kaum China saya ucapkan Gong Xi Fa Cai 

JUMPA LAGI ...






28 January, 2011

SENYUM PAGI JUMAAT

TOKBU :
Kehidupan bersuami isteri memang ada pahit manisnya ... kadang2 tak ader hujan tak ader ribut dengar2 dah bercerai.  Suami dah buat yang terbaik untuk isteri begitu juga isteri.  Tapi dimana silapnya terjadi juga perpisahan.  Benarkan perkahwinan itu satu perjudian ... 

Satu kisah yang biasa terjadi yang kita sebagai isteri kadang2 tak perasan ... 

SUKARNYA MEMAHAMI BAHASA-BAHASA WANITA

Seorang laki telefon bini;
“Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?”
Bini jawab,
“Takmau bang, bini awak tengah diet…”
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa…
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk… Dia lari tido bilik sebelah….
Bila laki respond balik,
“Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii….”
Bini jawab,
“Memangla orang kata takmau apa-apa… Tapi belikan jerla apa-apa….Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….”
Eh, eh bini aku ni… Yang mana satu nih?, bisik hati sang laki.

Masuk bab 2.
Laki talipon bini,
“Petang ni awak nak masak apa Yang?”
Bini jawab,
“Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah. Senang…”
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben.
Tiba-tiba… Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit.
“Jom makan!!”, jemput si bini.
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja. Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!
“Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?”, rungut sang laki.

Masuk bab 3.
Bini berkata,
“Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang. Awat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih.”
Si laki punya la seronok weeiii. Dan-dan tu bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta.
“Bila dah siap, kuar bilik. Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa. Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?”
“##@#@#$@$%#%^&^%*%&*”, sang laki merana seorang diri.

Masuk bab 4.
Bini berkata,
“Bang,hujung minggu ni balik kampung nak?”
“Alaa, abang keja lah yang….”, jawab si laki.
“Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang. Pastu abang balik la KL balik.”, balas sang bini.
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq. Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon.
“Abang bila nak balik ambik kitorang bang?”
Sang laki,
“&%&$%^$%&%^*^#”, merana lagi.

Masuk bab 5.
Bini berkata,
“Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker? Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…”
Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain.
Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petir plak..
“Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa? kenapa?”
Sang laki,
“#@%%#$%#%^$^*&%(*^(^*()”, terkena lagi.

Masuk bab 6.
Isteri berkata,
“Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….”
“Nak bagi pakai baju mana ni Yang…?”, sang laki bertanya.
“Alah abang ni… kan baju anak ada 8 bakul tu…pakaikan jerlah baju mana-mana pon… bukan ada org nak tengok ponnn…”
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….
“Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? Lalu orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…”
“%%^*(&^%&^#$@!%$@&$^%%”, sang laki hanya terkedu membisu.
Aduhai, sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita? Kesian jadi sang laki. Otak lurus sangat. Tu la pasalnya.

Hihi ... jangan selalu tensionkan suami takut bila dah terlampau tension nanti isteri lak yang merana ....

Sumber : Artikel dihantar melalui email oleh Saudara Faizal : penghargaan Blog PakarHowTo ..




KAYHA :
Adik demam, batuk dan selsema.  Adik tak pegi lumah mek ari ni.  Adik tinggal dengan Tokbu.  Semalam Tokbu kasi adik makan ubat.  Adik makan ubat dah adik tak nangis. 











JUMPA LAGI ...


27 January, 2011

HOBI BARU

Dua minggu lalu Mummy Kayha membelikannya sebuah buku coloring book siri karton Disney Little Einsteins.  Balik sajer dia mula mewarnakan buku tersebut.  Nampak bersungguh2 benar dia mewarnakannya.  Apa yang menarik kali ini dia sudah pandai mewarnakan dengan betul mengikut bentuk lukisan tersebut.  Sebelum ini dia hanya menconting2 sajar mengikut suka dia.  Apabila habis satu buku tu diwarnakannya, Kayha memberi tahu 
Kayha:  Tokbu adik nak color tapi semua adik dah abis color ..
Tokbu:  OK nanti kita beli lagi yer ...
Kayha:  Baiklah ( dialog ini hasil dari yang didengarnya dari siri karton di TV )

So saya pun membelikannya tiga buah lagi coloring book. Dan selepas itu setiap hari dia  mewarnakan buku2 tersebut.
cuba tengok aper perbezaan Kayha dengan
gambarnya yang disebelah ...

JUMPA LAGI ...

23 January, 2011

MESRA PELANGGAN?


TOKBU:
Pernahkah anda terjumpa dua tanda di atas tu semasa anda bershopping di mana2 pusat membeli belah.  Yang pertama di atas memang selalu kita jumpa.  Dengan lain perkataan secara halus memaklumkan kepada pelanggan resiko yang dihadapi jika tidak berhati2.  Selalunya kita dapati di kedai2 yang besar2.

Tanda yang kedua pulak baru ni lah saya terjumpa.  Berderau darah membacanya.  Kasar semacam.  Ringan jer mulut nak bercakap dengan jurujual di kedai tu tapi dua kali fikir suka hati kau oranglah.  Mungkin hari ini saya tak der mood nak berceramah, nantilah bila mood ada nak jumpa juga pengurusnya.  Kedai ni memang ramai penggunjung selain harganya yang berpatutan banyak barang2 DIY terdapat di kedai ini, yang antara iklannya "Always Low Prices".Siapakah agaknya pengurus kedai ini sehingga ayat sebegitu dipaparkan.  Tak kan lah akalnya juga low ...

JUMPA LAGI ...