30 July, 2011

RAMDHAN DATANG LAGI

Lama sungguh tidak post apa2 di sini.  Kebelakangan ini saya agak sibuk.  Sibuk membuat contoh2 kueh raya untuk dijual.  Memang tahun ni saya berazam untuk menambah pendapatan melalui jualan kueh raya.  Daripada tidak membuat apa2 kerja lebih baik membuat sesuatu yang berfaedah.  Dua minggu lepas saya sibuk membantu rakan lama yang bertugas di Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Kak Aiza yang menganjurkan Seminar Antarabangsa Wanita Muslim Nusantara.  Saya telah ditugaskan untuk menyelenggarakan sesi perbincangan bengkel dalam seminar tersebut.  Alhamdullilah setelah sekian lama meninggalkan kerja2 itu dapat juga saya laksanakan dengan sempurna.
Contoh2 kueh raya tersebut saya berikan kepada anak2 saya untuk ditunjukkan kepada rakan2 pejabat mereka.  Nampaknya kebanyakan rakan2 pejabat anak2 saya tidak sabar2 nak beraya agaknya.  Mereka telah menempah untuk merasanya masa ini jua.  So sibuklah saya membuat kueh2 tersebut.  Ada masa terluang ni saya mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu.  Rindu pula lama tak menulis dan tentunya pengunjung2 blog saya tertanya2 kenapa tidak post baru kan ...
Insyaalah Isnin ini kita akan mula berpuasa.  Setiap kali menjelang Ramdhan hati saya sedih dan sayu.  Kerana pada hari pertama Ramdhan beberapa tahun lalu saya kehilangan adik lelaki saya Almarhum Zainal.  Arwah meninggal mengejut dan sehingga kini kematiannya menjadi misteri kepada saya sekeluarga.  Saya sentiasa berdoa agar Arwah adik saya  ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Saya amat merinduinya.


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 dan semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT.


Selamat Berpuasa ...


JUMPA LAGI ...

11 July, 2011

3 In 1

Pagi tadi sewaktu hendak mula terjumpa benda ini.  
Teringat pulak masa kecik2 dulu di laman rumah saya banyak pokok pinang.  Teringat ada seorang rakan lelaki datang ke rumah sempat menyanyi bila melihat pokok pinang tu. "Tanam pinang rapat2 biar senang puyuh berlari, kalau ku pinang, pinang tak dapat, ku pujuk2 ku bawak lari" ... hahaha kenangan lalu.  Bila daun pinang itu kering gugur ke bumi,  bahagian bahagian  bawah daunnya itu dipanggil upih.  Saya bersama sepupu2 saya atau rakan2 akan bermain pelepah pinang ini.   Ada seorang menarik daunnya kononnya pemandulah dan kalau upih itu besar bolihlah dua tiga orang duduk.  Termengah2lah yang tukang menarik tu menarik kami semua.  Jika seorang saja yang duduk lajulah si penarik itu menariknya. Memang meriah ketika zaman kanak2 di kampong.  Masa kini permainan begini memang sudah tidak ada lagi.  Ya lah pokok pinang pun tak kelihatan lagi.

Semasa sedang berjogging pula terpandang ini ... satu pemandangan yang indah.  Terpegun dengan keagungan Tuhan.
Balik dari berjogging, Kayha tengah menangis.  Sebabnya tak mahu pakai gaun uniform Tadikanya.  Sebelum ni memang dia tak mahu pakai uniform gaun ni.  Dia lebih selesa memakai t-shirt dengan seluar pendek.  Tetapi Babahnya mahu Kayha memakai gaun biar dia nampak lembut dan tidak lasak sangat.  Setelah saya memujuknya barulah dia mahu memakainya tetapi masih tidak menyukainya.  

Menaip sambil menikmati milo 3 in 1 ...

JUMPA LAGI ...


08 July, 2011

SAKIT

Kelmarin saya amat terkejut apabila Wannie beritahu saya rakannya di Muar beritahu ada kejadian hostage di sebuah tadika di Sungai Abong, Muar.  Saya segera menelefon kakak saya yang memang tinggal di Sungai Abong.  Kakak saya yang mulanya tidak tahu tentang kejadian itu kemudian menelefon balik saya maklumkan yang lelaki itu telah ditembak.  Dan kami bersyukur kerana semua kanak2 dan guru di tadika tersebut selamat.  Saya segera teringatkan Kayha dan juga dua orang cucu saudara saya (cucu kakak saya).  Ya lah ketiga2 mereka sedang belajar di tadika dan tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa semua kanak2 yang menjadi tawanan itu.

Malam tadi dalam Buliten Utama TV3 ada menyiarkan berita kejadian tersebut dan pagi tadi melalui TV juga saya mengetahui yang lelaki tersebut telah meninggal dunia.  Menurut berita itu lagi Mak Saudara kepada lelaki tersebut mengatakan lelaki tersebut ada sejarah sakit mental dan ada sejarah keganasan serta dadah.  Masa kita memang macam2 penyakit ada.  Penyakit yang dulunya tidak pernah kita dengar tiba2 muncul seperti HIV, Aids, H1N1dan macam2 lagi. Tetapi kebelakangan ini penyakit kemurungan akibat tekanan jiwa semakin banyak kita dengar.  Berbagai keganasan terpampang di akhbar2.  Pembunuhan di sana sini. Penemuan mayat2 dibakar dan juga dikerat2.  Suami menikam isteri, anak membunuh keluarganya dan macam2 lagilah.  Ngeri bila membacanya.  Penyakit inilah yang sering berlaku sekarang ini.  Mereka ini sakit teruk sebenarnya.  

Semoga kejadian di Tadika Serikids, Sg Abong, Muar itu tidak berlaku di Tadika cucu2 ku ini.  Kayha, Adam Fawaz dan Elisa Yasmeen Ya Allah lindungilah mereka ... Amin 


Ada satu penyakit yang memang sangat merbahaya.  Siapa yang terkena penyakit ini memang kira kes teruk lah .... Sakit Angau ... hahaha lawaks lah pulak ...

JUMPA LAGI ...

29 June, 2011

PUTRIKU

Namanya Jadzwin Farzea Jaafar.  Dikalangan anak2 buahnya dia dipanggil Cik Uni @Cik Nani.  Rakan2nya memanggilnya JJ  dan kami sekeluarga memanggilnya Wannie.  Menjadi seorang saja anak perempuan pada saya sekeluarga Wannie memang menjadi kesayangan arwah ayahnya.  Semasa dilahirkan 32 tahun yang lalu Wannie dilahirkan dengan fizikal yang besar iaitu 9lb 2oz (kiraan tahun2 70an).

Hari ni Wannie menyambut hari lahirnya yang ke 32.  Hari ini dia cuti dan pagi2 lagi dah keluar dengan rakan2nya tak tahulah apa rancangan mereka.  Ada celebrate lah tu agaknya.  Kalau anak dara zaman2 saya dahulu di usia ni kalau masih belum berumahtangga memang menjadi buah mulut masyarakat.  Syukurlah di abad ini masalah itu tidak lagi menjadi persoalan yang besar.  Walau pun ada juga kebimbangan dihati saya ye lah sebagai ibu nak juga melihat dia berumahtangga.  Bimbang kalau saya sudah tiada nanti siapalah yang akan menjaganya.  Tetapi jodohnya belum sampai lagi dan pada Wannie sendiri bukanlah satu masalah yang besar.  Dia mempunyai kerjayanya sendiri dan saya lihat hari2 dilaluinya dengan ceria.  Dan dia juga amat sayangkan Kayha.  Apa saja yang anak saudara dia nak selalu ditunaikannya.  Sebagai seorang ibu saya selalu berdoa semoga dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh yang dapat membimbingnya dan memberi kebahagiaan kepadanya di dunia dan di akhirat. 



Kepada Wannie ibu ucapkanya Selamat Hari Lahir ... Moga cepat bertemu jodoh ..

JUMPA LAGI ...

24 June, 2011

CATATAN JUMAAT - ISRA' MI'RAJ

Bersempena Isra' Mi'raj pada 26 Rajab 1432 (28 Jun 2011), apa kata kita mengingat kembali peristiwa ini.  Mungkin ada yang sudah lupa atau belum mengetahunya justeru itu tidak ada salahnya kita sama2 mendapat pengetahuan dan pengajaran daripadanya ... Insyaallah,

Isra’ (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)   Mi’raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)   Mi’raj itu merupakan munajat, wahyu dan penglihatan!   Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. telah sampai ke kemuncak yang Jibril A.S. tidak boleh ikut bersama-samanya. Baginda telah mendaki titian cahaya tanpa Jibril A.S. Nabi Muhammad S.A.W. telah menuju ke hadhirat singgahsana Allah tanpa perantaraan sesiapa pun. Baginda telah sampai ke tempat yang paling hampir kepada Allah S.W.T. sebagaimana disebut oleh al-Qur’an al-Karim: فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى “Maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).” (an-Najm:9)   Di situlah Nabi Muhammad S.A.W. telah bermunajat kepada Tuhannya, Allah Azzawajalla.   Diwahyukan kepadanya oleh Allah akan apa yang hendak diwahyukan.   Nabi Muhammad S.A.W. telah melihat Tuhannya. Kalbunya tidak mendustakan tentang apa yang ia lihat.   Sebenarnya peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu lebih luas dan lebih umum daripada ianya menjadi suatu peristiwa sejarah semata dan sesudah hari itu tidak dibicarakan lagi.   

Ia merupakan suatu gambaran bagi kehidupan Muslim, dan mengandungi berbagai-bagai nasihat dan contoh tauladan yang hampir-hampir tiada dikenali oleh manusia. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu menggambarkan beberapa aspek penting didalam kehidupan manusia hari ini. Ia merupakan: 1) Susunan hidup dalam aqidah. 2) Susunan hidup dalam akhlak. 3) Susunan hidup dalam kerohanian.   

Apa yang berlaku dan disebutkan mengenai Isra’ Nabi S.A.W. itu merupakan ujian dan cubaan serta perintah yang membuktikan kudrat dan kekuasaan Allah Ta’ala.   Terdapat didalamnya contoh dan tauladan bagi orang yang luas pemikirannya, merupakan petunjuk dan rahmat serta ketetapan hati bagi orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman, dan sebagai lambang dari perintah Allah yang diletakkannya atas keyakinan.   Allah S.W.T. telah mengisra’kan Nabi S.A.W. ke mana yang dikehendakiNya dan menurut kehendakNya, supaya dapat Allah menunjukkan kepada Nabi S.A.W. keterangan-keteranganNya yang penting sekehendak dan sekemahuanNya. Maka Nabi S.A.W. pun dapat menyaksikan berbagai-bagai perkara dan urusan Allah yang kesemuanya itu membuktikan kekuasaan Allah yang Maha Besar, dan kudratNya yang mencipta dan menjadikan apa saja yang Dia mahu tanpa kecuali. AllahuAkbar!  

Berikut merupakan kronologi peristiwa Israk dan Mikraj   1. Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.   2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);   Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.   Antaranya :   § Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.   § Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).   § Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).   § Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.   § Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.   § Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.   § Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.   § Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.   § Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.   § Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.   § Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.   § Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.   § Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.   Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.   3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).   i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.   ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.   iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.   iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.   v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.   vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).   vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.   viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.   ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S.W.T. : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T. : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S.W.T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.   4. Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.     DALAM perjalanan Israk Mikraj pada malam 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW turut diperlihatkan keadaan di syurga dan neraka.   Rasulullah ketika memasuki syurga dengan diiringi Jibril, melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia. Sesungguhnya syurga itu ada lapan jenis. Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kubah lu’lu’ yang ternganga dan Baginda terlihat pada pintu syurga tertulis ayat berbunyi: “Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda.” Rasulullah hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, lantas Baginda pun bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu. Kata Jibril: “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat.”   

Kemudian Rasulullah berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu. Kemudian keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta. Rasulullah terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu`lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah. Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah dari syurga itu.   Nabi Muhammad kemudian diperlihatkan keadaan neraka. Dalamnya ada ghadaballah (kemarahan Allah) terhadap musuh-Nya dan yang ingkar perintah-Nya. Jika dijatuhkan batu atau besi ke dalam neraka itu, nescaya hancur lebur ia dalamnya. Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kaum memakan bangkai. Bertanya Baginda kepada Jibril: “Siapa ini, wahai Jibril?” Jawab Jibril: “Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat.”   Baginda juga dapat melihat malaikat Malik penjaga pintu neraka, lalu ia memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah menjawab salam Malik. Malik ialah malaikat yang boleh diketahui kemarahannya menerusi mukanya yang sangat masam. Sesungguhnya neraka itu terletak di bawah tujuh petala bumi. Ia mempunyai tujuh jenis, iaitu: · Neraka Jahannam. · Neraka Lazha. · Neraka Khutamah. · Neraka Saeir. · Neraka Saqar. · Neraka Jahim. · Neraka Hawiyah.   Rasulullah kemudian diangkat ke Sidaratul Muntaha dan ditutupi awan. Jibril tertinggal, lalu Rasulullah berhenti menunggu. Di sini Jibril pun memasukkan Baginda ke dalam nur sambil berkata: “Engkau dan Tuhan engkau saja.” Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda kepada Jibril bermaksud: “Adakah di sini sahabat hendak meninggalkan sahabatnya?” Berkata Jibril: “Inilah saja tempatku, jika aku melintasi kawasan ini nescaya terbakar aku dengan nur.”   Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy. Bertanya Rasulullah: “Siapa ini? Adakah malaikat?” “Tidak,” jawab lelaki itu. “Adakah nabi?” soal Rasulullah lagi. “Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku.”   10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.   Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan;   (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.   (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan   (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan   (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.   (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.   (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.   (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.   (8) Baginda juga melihat ( perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah   (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.   (10) Perempuan rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.   5. Selepas Mikraj Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).Wallahu’alam.(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)   Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. 

Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.   Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.   Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).   Wallahua’lam

23 June, 2011

KEPANASAN MELANDA

Beberapa bulan lepas cuaca panas melanda.  Sekarang pula musim hujan pula tiba.  Perubahan2 cuaca ini menyebabkan ramai orang tidak sihat.  Deman, batuk, selsema dan tekak perit pun menjelmalah.  Cik Wannie orang pertama di rumah saya mengalamainya.  Diikuti dengan Kayha kemudian Mummynya.  Dan kini saya pula yang mendapatnya.  Bermula dengan bagun pagi tekak berasa sangat kering dan sakit hingga ke telinga.

Sebelum pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan saya ke 7E untuk mencari Dequadin bagi melegakan tekak serta air badak untuk meredakan panas badan.  Sememang dari dulu dua ubat ini menjadi pilihan saya apabila penyakit ini mula menjelma.  Air badak sekarang ni sudah ada perubahan rupanya.  Seperti biasa bila ada yang baru mestilah nak cuba so belilah dua2 sekali...
JUMPA LAGI ...

22 June, 2011

ADIK NAK SEKOLAH

Masuk Minggu ni sudah dua minggu Kayha bersekolah Tadika.  Mengapa setengah tahun baru dia masuk Tadika.  Sebab awal tahun  Kayha baru belajar untuk tidak memakai pampers.  Biar dia betul2 pandai beritahu bila dia nak "pu" dan "bo".  So selepas cuti sekolah yang lalu Kayha telah pun bersekolah.  


Hari pertama sekolah dia tak menagis pun bila ditinggalkan oleh Mummy dan Babahnya.  Di pertengahan belajar dia menangis bila gurunya bertanya rupanya dia nak "pu" malu nak cakap rupanya.


Hari kedua dan ketiga dia menangis tetapi bila gurunya mengambil dan membawanya masuk ke kelas dia tidak menangis lagi.  Sekarang ni dia dah ok dan tidak meragam bila hendak ke sekolah.


Balik dari sekolah saya yang menjaganya sekarang.  Tiba di rumah dia terus nak buat kerja sekolah.  Tetapi saya memberinya makan dahulu.  Lepas saja makan dia terus nak buat kerja sekolah.  


Kayha dengan uniform sekolahnya.  Dia minta saya mengambil gambarnya. Uniform Tadika ni menyediakan gaun untuk kanak2 perempuan dan t-shirt dengan seluar pendek untuk lelaki.  Tetapi Kayha memilih untuk memakai t-shirt dan seluar pendek.  


JUMPA LAGI ...