30 September, 2011

JADZ KHALEESYA 2 - HUKM HEMMMM .....


15.9 - jam 8.30 pagi saya masih berada di wad bersalin HUKM untuk menunggu Izan dan bayi keluar dari bilik pembedahan.  Jadz diberitahu isteri dan anaknya akan ditempatkan di wad A1 dan telahpun dihantar ke sana.  So kami pun terus ke wad tersebut tetapi diberitahu yang hanya bayinya sahaja dihantar ke wad, Izan ditempatkan di wad H.D.U (High Dependency Unit) untuk intensive care selepas pembedahan.  Izan dikatakan akan ditempatkan di situ selama satu hari untuk dipantau tahap darah tingginya serta lain2 komplikasi semasa pembedahan tersebut.  Hati saya sungguh risau masa itu.  Jadz sudah merasa sedih dan risau tentang ini dan bimbangkan anaknya yang akan keseorangan tanpa mummy untuk sehari.  Untuk sementara Khaleesya akan dijaga oleh nurse2 yang bertugas di wad tersebut.  

Petangnya sewaktu masa melawat kami datang lagi ke HUKM.  Jadz pergi melihat isterinya dan saya dan Tokayahnya pergi melihat Khaleesya.  Masuk di wad itu kelihatan di kaunter nurse2 sedang berbual dengan doktor2 pelatih.  Saya rasa ada lebih kurang 10 orang.  Tetapi seorang pun tidak melihat siapa yang masuk dan siapa yang keluar.  Dalam erti kata lain tidak kisahlah.  Saya cuba untuk menarik perhatian sesaorang di situ untuk masuk melihat Khaleesya.  Tetapi tidak seorang pun yang memberi respon.  So saya pun masuklah di bilik khas yang menempatkan bayi2.  Hanya Khaleesya seorang saja yang berada di situ.  Lebih kurang 20 minit saya dan Tokayahnya berada di dalam barulah seorang nurse masuk.

pakcik makcik bilik ni ayah dengan mak baby saja yang bolih masuk yer ...

nak mintak izin tadi kamu semua sibuk berbual ... kita orang tak sabar nak tengok baby ni ...

bolih saya tau pakcik makcik ni saper

kami ini datuk dengan nenek baby ni ...

betul ker ... 

nak tengok ic ker ... ayah baby ni pergi tengok mummy baby ni di HDU jadi kami ke sini nak tengok lah cucu kami tapi tak der orang pun yang respon bila saya dekat kaunter tadi ... macam mana yer leka semua  ... kalau baby ni kena bawak lari semua orang tak sedar

nurse yang jaga sini ada kerja di belakang ... so dia tinggalkan sekejap

tinggalkan pun kenalah ada orang kat kaunter yang peka kalau orang masuk ... tapi tadi semua berbual sampai tak sedar kami masuk ... 

Pada ketika itu Jadz tiba dan meminta Khaleesya ditempatkan di katil di mana Izan di tempatkan pada waktu melawat supaya saudara mara yang akan datang melawat dapat melihat Khaleesya.

HUKM cuainya ....

JUMPA LAGI ...




28 September, 2011

JADZ KHALEESYA 1 - HUKM HUSSS ....

Selamat bertemu kembali kepada semua rakan2 yang mengikuti tulisan saya.  Lama sungguh tidak menulis.  Bukan tiada cerita tetapi minggu2 lepas memang saya sibuk sangat.  

14.9 - lebih kurang jam 4.00 ptg saya menerima panggilan dari anak saya Jadz maklumkan isterinya Izan yang sarat mengandung telah menunjukkan tanda2 untuk melahirkan anak mereka.  Yang membimbangkan Izan dikesan mempunyai darah tinggi. Jam 5.40 ptg. menantu saya Izan yang sudah pun ditempatkan di "labour room" menelefon saya memberitahu  merasa kesakitan melahirkan.  Apa yang mampu saya buat ialah menasihatkan dia supaya banyak berdoa dan bersabar.  Beberapa jam selepas itu saya dan anak saya sering berhubung untuk memaklumkan perkembangan menantu saya Izan.  Sehingga lewat malam Izan masih lagi belum melahirkan anak.  

15.9 - jam hampir 6.00 pagi Jadz menelefon memaklumkan yang Izan terpaksa dibedah juga.  Jam 6.50 saya telah pun berada di luar bilik pembedahan dan Jadz memaklumkan Izan masih lagi dalam bilik pembedahan.  Jam 7.29 Jadz keluar memberitahu yang Izan telah pun selamat menjalani pembedahan dan babynya perempuan.  Ha! semasa pemeriksaan beberapa bulan lalu Doktor memberitahu yang bayi dalam kandungan Izan lelaki.  Husss doktor HUKM apalah.  Scan pun tak betul.  

Jadz Khaleesya begitulah nama yang diberi.  Dilahirkan dengan beratnya 4.16 kg dan tentunya comel dan sangat2lah tembam.  Melihatnya sudah cukup memberi keriangan dihati saya.  Tokbu mengucap syukur ke hadrat Allah atas kelahiranmu sayangku Khaleesya.
                              Foto2 Khaleesya 8 jam selepas dilahirkan 

JUMPA LAGI ...









02 September, 2011

NI JUGA YANG SEDAP

Salam kepada semua rakan2 pembaca blok saya.  Rasanya masih belum terlewat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin ... lama sungguh saya tidak menulis di sini.  Sepanjang bulan Ramdhan saya sibuk membuat biskut raya yang ditempah oleh rakan2 anak2 saya.  Dan beberapa hari sebelum menjelang hari raya sibuk pula mengemas rumah dan membeli belah bahan2 juadah  untuk hari raya.  

Juadah hari raya seperti biasalah.  Nasi empit, ayam masak merah, kuah lodeh, sambal tumis sotong kering, sambal kacang dan kari daging itulah menu yang saya sediakan.  Dan selepas itu beberapa hari anak2 berkumpul kenalah pula memasak.  Itulah tugas seorang ibu yang tidak akan ada hentinya selagi terdaya.  

Dan setelah beberapa hari makan yang berat2 pagi ini saya sediakan lempeng yang dicecah dengan sambal tumis ikan bilis saja ... best gak dah lama tak makan ... 

beberapa  gambar di pagi raya ...
JUMPA LAGI ...

30 July, 2011

RAMDHAN DATANG LAGI

Lama sungguh tidak post apa2 di sini.  Kebelakangan ini saya agak sibuk.  Sibuk membuat contoh2 kueh raya untuk dijual.  Memang tahun ni saya berazam untuk menambah pendapatan melalui jualan kueh raya.  Daripada tidak membuat apa2 kerja lebih baik membuat sesuatu yang berfaedah.  Dua minggu lepas saya sibuk membantu rakan lama yang bertugas di Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Kak Aiza yang menganjurkan Seminar Antarabangsa Wanita Muslim Nusantara.  Saya telah ditugaskan untuk menyelenggarakan sesi perbincangan bengkel dalam seminar tersebut.  Alhamdullilah setelah sekian lama meninggalkan kerja2 itu dapat juga saya laksanakan dengan sempurna.
Contoh2 kueh raya tersebut saya berikan kepada anak2 saya untuk ditunjukkan kepada rakan2 pejabat mereka.  Nampaknya kebanyakan rakan2 pejabat anak2 saya tidak sabar2 nak beraya agaknya.  Mereka telah menempah untuk merasanya masa ini jua.  So sibuklah saya membuat kueh2 tersebut.  Ada masa terluang ni saya mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu.  Rindu pula lama tak menulis dan tentunya pengunjung2 blog saya tertanya2 kenapa tidak post baru kan ...
Insyaalah Isnin ini kita akan mula berpuasa.  Setiap kali menjelang Ramdhan hati saya sedih dan sayu.  Kerana pada hari pertama Ramdhan beberapa tahun lalu saya kehilangan adik lelaki saya Almarhum Zainal.  Arwah meninggal mengejut dan sehingga kini kematiannya menjadi misteri kepada saya sekeluarga.  Saya sentiasa berdoa agar Arwah adik saya  ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Saya amat merinduinya.


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 dan semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT.


Selamat Berpuasa ...


JUMPA LAGI ...

11 July, 2011

3 In 1

Pagi tadi sewaktu hendak mula terjumpa benda ini.  
Teringat pulak masa kecik2 dulu di laman rumah saya banyak pokok pinang.  Teringat ada seorang rakan lelaki datang ke rumah sempat menyanyi bila melihat pokok pinang tu. "Tanam pinang rapat2 biar senang puyuh berlari, kalau ku pinang, pinang tak dapat, ku pujuk2 ku bawak lari" ... hahaha kenangan lalu.  Bila daun pinang itu kering gugur ke bumi,  bahagian bahagian  bawah daunnya itu dipanggil upih.  Saya bersama sepupu2 saya atau rakan2 akan bermain pelepah pinang ini.   Ada seorang menarik daunnya kononnya pemandulah dan kalau upih itu besar bolihlah dua tiga orang duduk.  Termengah2lah yang tukang menarik tu menarik kami semua.  Jika seorang saja yang duduk lajulah si penarik itu menariknya. Memang meriah ketika zaman kanak2 di kampong.  Masa kini permainan begini memang sudah tidak ada lagi.  Ya lah pokok pinang pun tak kelihatan lagi.

Semasa sedang berjogging pula terpandang ini ... satu pemandangan yang indah.  Terpegun dengan keagungan Tuhan.
Balik dari berjogging, Kayha tengah menangis.  Sebabnya tak mahu pakai gaun uniform Tadikanya.  Sebelum ni memang dia tak mahu pakai uniform gaun ni.  Dia lebih selesa memakai t-shirt dengan seluar pendek.  Tetapi Babahnya mahu Kayha memakai gaun biar dia nampak lembut dan tidak lasak sangat.  Setelah saya memujuknya barulah dia mahu memakainya tetapi masih tidak menyukainya.  

Menaip sambil menikmati milo 3 in 1 ...

JUMPA LAGI ...


08 July, 2011

SAKIT

Kelmarin saya amat terkejut apabila Wannie beritahu saya rakannya di Muar beritahu ada kejadian hostage di sebuah tadika di Sungai Abong, Muar.  Saya segera menelefon kakak saya yang memang tinggal di Sungai Abong.  Kakak saya yang mulanya tidak tahu tentang kejadian itu kemudian menelefon balik saya maklumkan yang lelaki itu telah ditembak.  Dan kami bersyukur kerana semua kanak2 dan guru di tadika tersebut selamat.  Saya segera teringatkan Kayha dan juga dua orang cucu saudara saya (cucu kakak saya).  Ya lah ketiga2 mereka sedang belajar di tadika dan tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa semua kanak2 yang menjadi tawanan itu.

Malam tadi dalam Buliten Utama TV3 ada menyiarkan berita kejadian tersebut dan pagi tadi melalui TV juga saya mengetahui yang lelaki tersebut telah meninggal dunia.  Menurut berita itu lagi Mak Saudara kepada lelaki tersebut mengatakan lelaki tersebut ada sejarah sakit mental dan ada sejarah keganasan serta dadah.  Masa kita memang macam2 penyakit ada.  Penyakit yang dulunya tidak pernah kita dengar tiba2 muncul seperti HIV, Aids, H1N1dan macam2 lagi. Tetapi kebelakangan ini penyakit kemurungan akibat tekanan jiwa semakin banyak kita dengar.  Berbagai keganasan terpampang di akhbar2.  Pembunuhan di sana sini. Penemuan mayat2 dibakar dan juga dikerat2.  Suami menikam isteri, anak membunuh keluarganya dan macam2 lagilah.  Ngeri bila membacanya.  Penyakit inilah yang sering berlaku sekarang ini.  Mereka ini sakit teruk sebenarnya.  

Semoga kejadian di Tadika Serikids, Sg Abong, Muar itu tidak berlaku di Tadika cucu2 ku ini.  Kayha, Adam Fawaz dan Elisa Yasmeen Ya Allah lindungilah mereka ... Amin 


Ada satu penyakit yang memang sangat merbahaya.  Siapa yang terkena penyakit ini memang kira kes teruk lah .... Sakit Angau ... hahaha lawaks lah pulak ...

JUMPA LAGI ...

29 June, 2011

PUTRIKU

Namanya Jadzwin Farzea Jaafar.  Dikalangan anak2 buahnya dia dipanggil Cik Uni @Cik Nani.  Rakan2nya memanggilnya JJ  dan kami sekeluarga memanggilnya Wannie.  Menjadi seorang saja anak perempuan pada saya sekeluarga Wannie memang menjadi kesayangan arwah ayahnya.  Semasa dilahirkan 32 tahun yang lalu Wannie dilahirkan dengan fizikal yang besar iaitu 9lb 2oz (kiraan tahun2 70an).

Hari ni Wannie menyambut hari lahirnya yang ke 32.  Hari ini dia cuti dan pagi2 lagi dah keluar dengan rakan2nya tak tahulah apa rancangan mereka.  Ada celebrate lah tu agaknya.  Kalau anak dara zaman2 saya dahulu di usia ni kalau masih belum berumahtangga memang menjadi buah mulut masyarakat.  Syukurlah di abad ini masalah itu tidak lagi menjadi persoalan yang besar.  Walau pun ada juga kebimbangan dihati saya ye lah sebagai ibu nak juga melihat dia berumahtangga.  Bimbang kalau saya sudah tiada nanti siapalah yang akan menjaganya.  Tetapi jodohnya belum sampai lagi dan pada Wannie sendiri bukanlah satu masalah yang besar.  Dia mempunyai kerjayanya sendiri dan saya lihat hari2 dilaluinya dengan ceria.  Dan dia juga amat sayangkan Kayha.  Apa saja yang anak saudara dia nak selalu ditunaikannya.  Sebagai seorang ibu saya selalu berdoa semoga dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh yang dapat membimbingnya dan memberi kebahagiaan kepadanya di dunia dan di akhirat. 



Kepada Wannie ibu ucapkanya Selamat Hari Lahir ... Moga cepat bertemu jodoh ..

JUMPA LAGI ...