28 November, 2011

MASIH ADIK WALAUPUN DAH 29 TAHUN

29 tahun lalu pada hari Ahad 28 November jam 8.00 pagi saya ke Hospital Kerajaan Jelebu Negeri Sembilan setelah 10 hari kandungan saya overdue.  Kandungan ini terpaksa dipaksa keluar untuk mengelakkan kompelasi yang akan berlaku pada diri saya serta bayi dalam kandungan.  Tepat jam 12 tengahari saya melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel dan puteh melepak.  

Dek kerana dia anak ketiga pada masa itu tentunya dia dipanggil adik oleh abang dan kakaknya termasuklah saya dan arwah ayahnya.  Menjadi anak yang bongsu pastinya dia amat manja. Dari kecil hingga adik habis sekolah menengah adik dipelihara oleh emak saya.  Maka tidak hairanlah dia memanggil emak saya Mak.  Alhamdulillah sehingga kini dia amat menyanyangi emak saya.

Walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai anak dia masih dipanggil adik oleh kami semua.  Adik adalah Babah Kayha.  Adik dan keluarganya tingal bersama saya.  Dia pernah untuk berpindah dan tinggal sendiri tetapi saya tidak mengizinkan kerana mungkin saya masih beranggapan dia kecil lagi.  Tetapi yang pastinya sekurang2nya dia boleh menjaga saya bila tinggal bersama2.  

Hari ini hari lahir adik dan tentunya menggamit kenangan saya ketika melahirkannya.  Selamat Hari Lahir Adik .... 
Dari kecil memang hobinya mengira duit
rupanya memang nak kerja bank hahaha ..
.


JUMPA LAGI ...

22 November, 2011

BOLA .... BOLA .....BOLA

Hari ini saya pasti seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia akan memperkatakan pasal BOLA ... rakyat Malaysia terutamanya pasti akan berbangga dan bergembira dengan kejayaan anak2 muda kita dari pasukan Harimau Muda yang telah membaham Garuda Muda Indonesia. 

Sebagai rakyat Malaysia saya juga amat2 berbangga dan gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak kita ini.   Saya telah berdoa kepada Allah SWT agar kejayaan berpihak kepada anak2 muda kita ini kerana saya amat sedih kerana mereka semua diperlakukan dengan tidak adil dan diperlekehkan oleh media Indonesia dan juga panyokong2 bola sepak Indonesia.   Ternyata provokasi2 yang cuba dilakukan oleh rakyat Indonesia tidak sedikit pun melemahkan semangat Harimau Muda kita ini.  Buktinya walaupun kita ketinggal 1-0 di awal2 perlawanan, kesungguhan menentang laskar Garuda amat membanggakan kita.

Pujian harus diberikan kepada kesemua pemain2 dan yang paling utama penjaga gol kita Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menidakkan tendangan penalti Ferdinan Sinago.  Juga menjadi kebanggaan kita ketua Pasukan Harimau Muda Baddrol Bakhtiar yang telah berjaya mendapatkan Malaysia Pingat Emas yakni ibu segala pingat setelah tendangan penaltinya berjaya memperdayakan penjaga gol Indonesia yang saya kira akan membuat pejaga  gol Indonesia ini tidak lena tidor untuk jangka masa yang lama.

Syabasa Harimau Muda dan syabas Ong Kim Swee jurulatih pasukan Harimau Muda.  Walaupun anda dilayan sebegitu rupa ia tidak sedikit pun menjadi kudis pada anak2 didik kamu .... Tahniah ....

JUMPA LAGI ...

30 October, 2011

DEMAM PULAK ...


Kelmarin 29 Oktober Kayha genap 4 tahun.  Babahnya telah merancang untuk menyambut birthdaynya dan Kayha sendiri ada memberitahu kepada saya yang dia hendak kek choklet untuk birthdaynya.  Beberapa hari sebelum hari lahirnya Kayha demam.  Mummynya telah membawanya ke klinik.  Walaupun telah diberi makan ubat suhu badannya semakin panas.  

Kami telah membawanya ke Klinik Kerajaan (Klinik Komuniti Taman Ekhsan).  Seperti biasalah apabila klinik Kerajaan servisnya memanglah lambat. Ubat sudah dimakan tetapi suhu badannya masih panas lagi sehingga membimbangkan kami sekeluarga.  Maklumlah sekarang ni macam2 demam yang timbul kepada kanak2 lebih2 lagi kawasan kediaman saya memang telah diistiharkan kawasan denggi.  Babahnya mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik pakar di Pusat Rawatan Islam Kg Baru.  

Contoh darah Kayha telah diambil dan dikatakan ada sel dalam darah Kayha tu rendah kandungannya.  Hari Isnin yang akan datang Kayha kena buat pemeriksaan lagi.  Alhamdulillah bila diberi ubat panas badannya telah berkurangan dan dia sudah mula bolih bermain dan cergas.  Mummynya telah membelikannya kek choklat dan selepas Maghrib Kayha mengajak saya ke bawah kerana dia nak potong kek birthday.....

Apabila kanak2 demam berlarutan janganlah kita mengambil mudah begitu juga kita yang telah dewasa/tua ni .....

HAPPY BIRTHDAY DARLING TOKBU ....

JUMPA LAGI ...

30 September, 2011

JADZ KHALEESYA 2 - HUKM HEMMMM .....


15.9 - jam 8.30 pagi saya masih berada di wad bersalin HUKM untuk menunggu Izan dan bayi keluar dari bilik pembedahan.  Jadz diberitahu isteri dan anaknya akan ditempatkan di wad A1 dan telahpun dihantar ke sana.  So kami pun terus ke wad tersebut tetapi diberitahu yang hanya bayinya sahaja dihantar ke wad, Izan ditempatkan di wad H.D.U (High Dependency Unit) untuk intensive care selepas pembedahan.  Izan dikatakan akan ditempatkan di situ selama satu hari untuk dipantau tahap darah tingginya serta lain2 komplikasi semasa pembedahan tersebut.  Hati saya sungguh risau masa itu.  Jadz sudah merasa sedih dan risau tentang ini dan bimbangkan anaknya yang akan keseorangan tanpa mummy untuk sehari.  Untuk sementara Khaleesya akan dijaga oleh nurse2 yang bertugas di wad tersebut.  

Petangnya sewaktu masa melawat kami datang lagi ke HUKM.  Jadz pergi melihat isterinya dan saya dan Tokayahnya pergi melihat Khaleesya.  Masuk di wad itu kelihatan di kaunter nurse2 sedang berbual dengan doktor2 pelatih.  Saya rasa ada lebih kurang 10 orang.  Tetapi seorang pun tidak melihat siapa yang masuk dan siapa yang keluar.  Dalam erti kata lain tidak kisahlah.  Saya cuba untuk menarik perhatian sesaorang di situ untuk masuk melihat Khaleesya.  Tetapi tidak seorang pun yang memberi respon.  So saya pun masuklah di bilik khas yang menempatkan bayi2.  Hanya Khaleesya seorang saja yang berada di situ.  Lebih kurang 20 minit saya dan Tokayahnya berada di dalam barulah seorang nurse masuk.

pakcik makcik bilik ni ayah dengan mak baby saja yang bolih masuk yer ...

nak mintak izin tadi kamu semua sibuk berbual ... kita orang tak sabar nak tengok baby ni ...

bolih saya tau pakcik makcik ni saper

kami ini datuk dengan nenek baby ni ...

betul ker ... 

nak tengok ic ker ... ayah baby ni pergi tengok mummy baby ni di HDU jadi kami ke sini nak tengok lah cucu kami tapi tak der orang pun yang respon bila saya dekat kaunter tadi ... macam mana yer leka semua  ... kalau baby ni kena bawak lari semua orang tak sedar

nurse yang jaga sini ada kerja di belakang ... so dia tinggalkan sekejap

tinggalkan pun kenalah ada orang kat kaunter yang peka kalau orang masuk ... tapi tadi semua berbual sampai tak sedar kami masuk ... 

Pada ketika itu Jadz tiba dan meminta Khaleesya ditempatkan di katil di mana Izan di tempatkan pada waktu melawat supaya saudara mara yang akan datang melawat dapat melihat Khaleesya.

HUKM cuainya ....

JUMPA LAGI ...




28 September, 2011

JADZ KHALEESYA 1 - HUKM HUSSS ....

Selamat bertemu kembali kepada semua rakan2 yang mengikuti tulisan saya.  Lama sungguh tidak menulis.  Bukan tiada cerita tetapi minggu2 lepas memang saya sibuk sangat.  

14.9 - lebih kurang jam 4.00 ptg saya menerima panggilan dari anak saya Jadz maklumkan isterinya Izan yang sarat mengandung telah menunjukkan tanda2 untuk melahirkan anak mereka.  Yang membimbangkan Izan dikesan mempunyai darah tinggi. Jam 5.40 ptg. menantu saya Izan yang sudah pun ditempatkan di "labour room" menelefon saya memberitahu  merasa kesakitan melahirkan.  Apa yang mampu saya buat ialah menasihatkan dia supaya banyak berdoa dan bersabar.  Beberapa jam selepas itu saya dan anak saya sering berhubung untuk memaklumkan perkembangan menantu saya Izan.  Sehingga lewat malam Izan masih lagi belum melahirkan anak.  

15.9 - jam hampir 6.00 pagi Jadz menelefon memaklumkan yang Izan terpaksa dibedah juga.  Jam 6.50 saya telah pun berada di luar bilik pembedahan dan Jadz memaklumkan Izan masih lagi dalam bilik pembedahan.  Jam 7.29 Jadz keluar memberitahu yang Izan telah pun selamat menjalani pembedahan dan babynya perempuan.  Ha! semasa pemeriksaan beberapa bulan lalu Doktor memberitahu yang bayi dalam kandungan Izan lelaki.  Husss doktor HUKM apalah.  Scan pun tak betul.  

Jadz Khaleesya begitulah nama yang diberi.  Dilahirkan dengan beratnya 4.16 kg dan tentunya comel dan sangat2lah tembam.  Melihatnya sudah cukup memberi keriangan dihati saya.  Tokbu mengucap syukur ke hadrat Allah atas kelahiranmu sayangku Khaleesya.
                              Foto2 Khaleesya 8 jam selepas dilahirkan 

JUMPA LAGI ...









02 September, 2011

NI JUGA YANG SEDAP

Salam kepada semua rakan2 pembaca blok saya.  Rasanya masih belum terlewat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin ... lama sungguh saya tidak menulis di sini.  Sepanjang bulan Ramdhan saya sibuk membuat biskut raya yang ditempah oleh rakan2 anak2 saya.  Dan beberapa hari sebelum menjelang hari raya sibuk pula mengemas rumah dan membeli belah bahan2 juadah  untuk hari raya.  

Juadah hari raya seperti biasalah.  Nasi empit, ayam masak merah, kuah lodeh, sambal tumis sotong kering, sambal kacang dan kari daging itulah menu yang saya sediakan.  Dan selepas itu beberapa hari anak2 berkumpul kenalah pula memasak.  Itulah tugas seorang ibu yang tidak akan ada hentinya selagi terdaya.  

Dan setelah beberapa hari makan yang berat2 pagi ini saya sediakan lempeng yang dicecah dengan sambal tumis ikan bilis saja ... best gak dah lama tak makan ... 

beberapa  gambar di pagi raya ...
JUMPA LAGI ...

30 July, 2011

RAMDHAN DATANG LAGI

Lama sungguh tidak post apa2 di sini.  Kebelakangan ini saya agak sibuk.  Sibuk membuat contoh2 kueh raya untuk dijual.  Memang tahun ni saya berazam untuk menambah pendapatan melalui jualan kueh raya.  Daripada tidak membuat apa2 kerja lebih baik membuat sesuatu yang berfaedah.  Dua minggu lepas saya sibuk membantu rakan lama yang bertugas di Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Kak Aiza yang menganjurkan Seminar Antarabangsa Wanita Muslim Nusantara.  Saya telah ditugaskan untuk menyelenggarakan sesi perbincangan bengkel dalam seminar tersebut.  Alhamdullilah setelah sekian lama meninggalkan kerja2 itu dapat juga saya laksanakan dengan sempurna.
Contoh2 kueh raya tersebut saya berikan kepada anak2 saya untuk ditunjukkan kepada rakan2 pejabat mereka.  Nampaknya kebanyakan rakan2 pejabat anak2 saya tidak sabar2 nak beraya agaknya.  Mereka telah menempah untuk merasanya masa ini jua.  So sibuklah saya membuat kueh2 tersebut.  Ada masa terluang ni saya mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu.  Rindu pula lama tak menulis dan tentunya pengunjung2 blog saya tertanya2 kenapa tidak post baru kan ...
Insyaalah Isnin ini kita akan mula berpuasa.  Setiap kali menjelang Ramdhan hati saya sedih dan sayu.  Kerana pada hari pertama Ramdhan beberapa tahun lalu saya kehilangan adik lelaki saya Almarhum Zainal.  Arwah meninggal mengejut dan sehingga kini kematiannya menjadi misteri kepada saya sekeluarga.  Saya sentiasa berdoa agar Arwah adik saya  ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Saya amat merinduinya.


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 dan semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT.


Selamat Berpuasa ...


JUMPA LAGI ...