TOKBU:
Saya mengenalinya sekitar tahun 1980'an. Semasa itu dia bergiat aktif dalam persatuan belia dan saya pula berkerja di Bahagian Belia. U itulah panggilan semua orang kepadanya. Orangnya memang cantik dan bergaya. Penampilannya setiap kali datang ke pejabat saya berjumpa dengan pegawai yang pada masa itu mengendalikan hal ehwal wanita Puan Zaharah Hamid. Dari situ saya tahu dia adalah seorang exco sebuah persatuan belia yang menjaga halehwal wanita. Dia sangat aktif dalam menjalankan aktiviti2 persatuannya. Dia juga aktif dalam parti politik UMNO.
Persahabatan saya dengannya bertambah rapat apabila kami menyertai rombongan belia wanita dari seluruh Malaysia ke Jakarta, Indonesia. Selalu jugalah saya bersama dengannya apabila saya berpeluang mengikuti program2 yang dianjurkan oleh Puan Zaharah.
Hubungan persabahabatan kami on and off. Dia menghilang seketika kemudian muncul balik. Begitulah keadaannya hingga kini. Sekitar tahun 2000 dia muncul semula di pejabat saya dengan membawa beberapa orang yang katanya sepupunya. Begitulah yang berlaku selepas itu menghilang lepas tu muncul semula. Pada suatu hari saya menerima sms dari salah seorang sepupunya mengatakan U terlantar di Hospital. Apabila mengunjunginya di hospital U mengalami mile stroke sebelah badan. Oleh kerana beberapa sebab saya tidak dapat melawat U selepas tu dan berita yang saya terima U telah dibedah di bahagian kepalanya bagi mengeluarkan cecair yang dipercayai nanah di kepalanya. Saya tidak pasti apakah penyakit U.
Tahun 2004 apabila saya berpindah ke Putrajaya U muncul semula dan dia nampaknya telah sihat tetapi keadaannya tidaklah secergas dahulu. Matanya kabur dan menunggu untuk menjalani pembedahan dan dia perlu dipapah apabila menaiki dan turun tangga. Saya diberitahu oleh sepupunya H selepas menjalani pembedahan U lumpuh seketika dan menjalani beberapa sesi terapi. Sejak dari pertemuan semula ini kami sering berhubungan walaupun terkadang kala dia sepi beberapa ketika.
Semakin lama berkawan dengannya semakin saya rasa tidak mengenalinya. Ia semacam misteri - cerita tentang dirinya berubah setiap kali berjumpa. H rupa bukan sepupunya. U mengenali H semasa U bekerja dengan syarikat abang H. Yang pasti dia pernah berkahwin dengan seorang kerabat di raja dan mempunyai seorang anak lelaki yang sekarang ini berkerja di luar negara. Perkahwinan itu adalah pilihan keluarga kononnya lebih kepada urusan perniagaan keluarga. Saya tidak pula bertanya mengapa dia bercerai. Selepas beberapa tahun bersendirian dia berkahwin pula dengan seorang ahli peniagaan dan juga seorang ahli politik yang terkenal juga. Menurutnya dia berpisah kerana keluarganya juga. Perhubungannya dengan adik beradiknya juga tidak berapa baik. Tidak hairanlah semasa U sakit yang menjaganya ialah H adik beradik.
U seorang yang sangat percaya pada perkara2 paranormal. Dia amat percaya sepanjang hidupnya dirinya disihir oleh salah seorang keluarganya sendiri. Tidak hairanlah dia sering berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional. Pernah saya mengikut dia dan H menemui seorang ustaz di Sg Buluh bagi mengubati penyakit U.
Minggu lepas selama 5 hari saya menghabiskan masa bersama U dan H berjalan2 ke rumah rakan2 yang mengadakan open house sempena sembutan Hari Raya ini. Saya juga dibawa ke Kajang menemani U yang sedang berubat dengan seorang ustaz. Semasa menemui ustaz saya mengambil peluang untuk menceritakan keadaan Kayha yang saya sekeluarga percaya nampak sesuatu di rumah saya. Menurut Ustaz memang rumah saya ada gangguan dan sebagai kanak2 Kayha memang bolih nampak benda2 tersebut. Alhamdulillah setelah mengamalkan apa yang disuruh oleh ustaz tersebut ada perubahan yang dapat saya rasakan. Berbalik pada U menurut ustaz, U perlu berubat dalam jangka masa yang lama. Saya tidak tahu secara mendalam apakah yang mengganggu U tetapi saya dapat melihat U memang sangat2 tidak sihat.
Minggu lepas juga saya ikut U balik ke kampongnya di Banting. Ibunya masih tinggal di sana dijaga oleh seorang pembantu dari Indonesia. Ibunya sudah tua hampir mencecah 82 tahun. Menurut U perhubungannya dengan ibunya tidaklah begitu baik kerana sedari kecil dia dijaga oleh neneknya. Dan ditambah pula dengan "buatan" seorang saudaranya maka hubungannya dengan ibunya makin dingin. Menurutnya ada ketikanya ibunya amat membenci dirinya. Tetapi setelah dia berubat dengan ustaz hubungannya dengan ibunya ada melihatkan perubahan.
Semasa di rumah ibu U saya telah terjumpa dengan "peleset". Sebagai seorang Islam tentunya kita tidak bolih percaya benda2 yang karut ini. Tetapi saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana ibu saya mengalamai perkara begini. Bagaimana untuk saya tidak mempercayainya. Disebabkan pernah mengalami perkara begini saya tahu apa yang perlu saya lakukan apabila berjumpa dengan "peleset" ini. Dalam perjalanan balik saya menceritakan apa yang saya jumpa kepada U dan H. Kebetulan pada hari Isnin kami akan berjumpa sekali lagi ustaz untuk melihat ada apa2 perubahan pada kami berdua. Ustaz mengatakan rumah saya sudah pulih dan saya bolih putus ubat. Sesiapa yang pernah menjalani perubatan secara tradisional tahu apa maknaya putus ubat. U telah menceritakan kepada ustaz apa yang berlaku di rumah ibunya dan menurut ustaz ibunya turut terkena buatan itu dan telah mengalihkan apa yang ada ditubuh ibu U ke tubuh U. Dan U kena berubat lagi.
Semasa bermalam di rumah U sekali lagi U bercerita tetang kisah dirinya. Bagaimana ia dianyai olah saudara terdekatnya hingga dia melarat dan jauh muflis. Bagaimana dalam pembahagian harta arwah ayahnya dia diketepikan. Bagaimana satu benda dimasukkan ke dalam perutnya yang menyebabkan dia menanggung kesakitan sekian lama. Benda yang di dalam perut itulah yang mahu dikeluarkan oleh ustaz. Memang sebagai insan biasa yang mendengar cerita U akan ada keraguan dalam diri. Begitu juga saya tetapi hakikatnya memang saya tidak dapat lagi mengenali diri U sepenuhnya ... Saya berharap satu hari nanti saya ada kekuatan untuk bertanya kepada U siapa dia sebenarnya ...