Hari Raya kali ini saya dihidangkan dengan pelbagai kisah yang menyayat hati. Pertama sudah tentunya kemalangan jalan raya yang sudah mengorbankan banyak nyawa. Sedih bila membaca di dada akhbar kisah anak kehilangan ibu bapa, Wanita kehilangan suami , anak, suami kehilangan isteri dan anak2, ibu bapa kehilangan anak tempat bergantung. Sampai bilakah kita akan turut bersedih mendengar cerita kemalangan jalan raya di negara kita ini. Pelbagai langkah berjaga2 telah dibuat oleh pihak berkuasa namun angka kemalangan masih juga meningkat. Di mana silapnya ...
Semasa duduk menjamu selera saya bertanya kepada kakak tentang peristiwa rogol yang melibatkan jiran sekempong. Jika anda masih ingat saya ada menceritakan dalam entry saya terdahulu kisah kampong saya yang tidak lagi selamat diduduki kerana sering berlaku pecah rumah dan akhirnya berlaku pula kisah rogol. Kakak menceritakan mangsa rogol bernama M yang akan mengambil peperiksaan PMR tahun ini memang dalam keadaan truma yang amat sangat. Menceritakan peristiwa yang berlaku kakak saya beritahu yang si perogol jahanam tu telah pun dapat ditangkap dan telahpun dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan tiga kali sebatan. Dan paling memeranjatkan saya serta anak2 saudara lain ialah si setan itu bisu dan pekak.
Sebelum ini dia memang sudah mempunyai dua kes mencabul ... sama ada pernah dihukum atau tidak, tiada maklumat yang diketahui. Mungkin juga hasil solat hajat yang dibuat oleh rakan2 ibu mangsa menyebabkan si jahanam itu kembali semula ke kampong saya dan ambik kau kena tangkap lah kali ini. Kakak saya bercerita seorang sahabatnya yang bernama Wan Kamariah atau saya panggil Kak Wan ( beliau meninggal pada 8 Ramdhan lepas) telah membuat solat hajat dan telah memberi semangat kepada ibu mangsa dengan mengatakan supaya bersabar dan dia berdoa orang yang melakukan perbuatan keji ini akan ditangkap di sini juga. Sehari selepas itu Kak Wan meninggal. Dan benarlah kata2 Kak Wan sehari selepas Kak Wan meninggal si jahanam itu tertangkap.
Bercerita lebih lanjut kakak saya beritahu si jahanam ini duduk di Sg Mati. Kalau di Muar tu kiranya kampong lah. Dari Sg. Mati ke Jalan Daud jauh tu. Tapi dia ni naik motor. Kerjanya memang mencari mangsa dengan mengetuk rumah orang. Sebelum kejadian dia dikatakan ada mengetuk rumah2 di sekitar tampat saya. Nasib malang M hari itu sebab ibunya keluar beli barang di bandar. Dia tinggal berseorangan di rumah. Si jahanam tu mengetok pintu belakang rumah. Memang adatlah kita kat kampong kan ... jiran2 terdekat selalu ketuk pintu belakang. Mungkin M ingtkan jirannya yang mengetuk lalu dibukanya pintu. Apa lagi si setan pun menyerang terus. Kejadian berlaku di dapor rumah mangsa. Apabila disoal polis, M mengatakan dia cuba melawan dengan membaling semua barang yang sempat dicapai. Tapi kudrat seorang gadis kecil kan banyak manalah ... M tidak berdaya melawan apabila tengkoknya di karate oleh si setan tu. Selepas kejadian setan tu melarikan diri. M terus berlari keluar rumah sembil menangis. Semasa berlari keluar yang tak tau ke mana nak di tuju dia terserempak dengan seorang nyonya cina. Lalu di peluknya nyonya tu. Nyonya itu bercerita M punya menggiggil memang tidak dapat di ceritakan. Selepas itu barulah jiran2 datang. Ibu mangsa yang balik dari bandar kehairanan melihat rumahnya ramai orang dan bila diberitahu pengsan dia.
Mungkin juga doa Arwah Kak Wan termakbul si jahanam tu kembali ke kampong saya, tapi kali ini takdirnya sudah menanti ... dia mengetuk pintu rumah seorang pendatang Indonesia. Mungkin dia terlihat kelibat seorang gadis di rumah itu. Tapi nasib malang menantinya bila pintu dibuka oleh bapa gadis itu. Sebelum itu M telah memberi gambaran macam mana rupa orang yang menyerangnya so lelaki Indonesia tu teringat akan gambaran itu lalu dia pun menjeritlah beri tahu jiran2nya. Si jahanam tu lari dan semua penduduk di situ mengejarnya termasukkah penduduk2 cina di sekitar kediaman itu. Dia tidak dapat melarikan diri lalu tertangkap dan dibelasan dek penduduk di situ. Seorang wanita Indonesia yang cekap menelefon bapa M yang sedang berkerja. Apa lagi bila sampai teruk si setan itu dibelasah oleh bapa M sampai pecahlah mukanya. Yerlah hati seorang bapa kan kita tak mengalamainya kita tak tahu perasaan sebenar. Hati saya sedih bila Kakak bercerita keadaan M yang ketakutan troma pobia dan sebagainya. Hinggakan doktor yang merawatnya pun menangis melihat keadaannya. Keluarga M telah berpindah ke tempat lain selepas kejadian itu. Kejadian ini tentunya akan menghantui M seumur hidupnya... tapi saya rasa yang akan lebih menghantui diri dan rasa bersalah sepanjang hidup mereka ialah jiran sebelah rumah yang mendengar jeritan M tetapi tidak berbuat apa2 untuk menolong.
Sedih hati ini berlarutan dengan berita sedih merungkai mestri kehilangan jutawan produk kecantikan Datuk Susilawati bersama tiga rakannya akhirnya terjawab dengan berita mereka dibunuh dengan kejam .. walaupun tidak mengenalinya tetapi saya amat meminatinya kerana cerita ketabahan beliau menghadapi liku2 hidup yang mencabar sebelum bergelar jutawan. Lebih sedih lagi membaca berita kesedihan anak Kamarudin, melihat di TV kesedihan isteri Norhisham apa lagi Norhisham orang kampong saya Muar ... Apa yang paling sedih cara kematian mereka. Memang kejam sungguh perbuatan mereka ini. Kalau dah bunuh itu sudahlah ni tak dibakarnya... konon nak hilangkan bukti tapi kata pepatah sepandai2 tupai melompat .....
Dan rasa sedih juga terus terasa di hati saya bila melihat ibu2 kepada pasangan kembar dan rakan mereka yang tidak pulang ke rumah beberapa hari semasa pergi berjalan raya ... yang menangis merayu anak2 gadis mereka pulang ke rumah. Kalau mereka sajer berjalan2 tak apa tapi apa yang ditakutkan ialah kejadian2 yang tidak diingini maklumlah mereka ni perempuan.
Dan sedih lagi bila mendengar berita Ustazah dan anak lelaki yang mati dibunuh oleh jiranya mungkin juga dirogol dan anak lelakinya dilewat. Di manakah nilai seorang manusia Islam di bulan Ramdhan ini.
Dan kesedihan saya berlarutan bila mengenangkan ibu tersayang tidak merasa selisa dan sering menangis apabila berpindah ke rumah baru di Sg Abung ... Selamat Tinggal Jalan Daud Lorong Serkam I ... Mengalirlah air mata ni ...
JUMPA LAGI ....
No comments:
Post a Comment