Sabtu lepas saya terasa tangan saya kebas. kata setengah orang semut2. Perasan kah anda bila kita duduk bersila lama2 kemudian bila kita bangun kaki kita akan terasa kebas sesemut. Macam tulah saya rasa tangan saya. Bila menjelang pagi dua jari iaitu jari manis dan jari kelingking terasa kebas yang amat sangat.
Seorang kawan menyarankan saya agar jangan ambil mudah. Itu salah satu tanda nak kena mild strok katanya. Apa lagi takutlah saya. Saya pun meminta Boboy menghantar saya ke klinik. Nak pergi hospital kerajaan hari Ahad mana beroperasi. Wad kecemasan adalah. Tapi ini bukan kes kecemasan. Tentu mereka tak mahu terima ... lagi pun nak kata serik tu tidaklah tapi bila memikirkan wad kecemasan di Hospitak Selayang tu ... aduh baik sakit sikit terus teruk rasanya.
Saya pun buatlah pemeriksaan di Klinik Medviron klinik yang memang sering saya kunjungi ketika sakit. Biasalah mula2 ambil bp - ok katanya ... yang lain2 ok cuma kolestrol saya memang tinggi. Lepas tu macam2 ujian dibuat pada tangan saya ... akhirnya dia kata mungkin urat ... adalah dia terangkan dengan panjang lebar pasal urat di tangan tu kenapa bolih jadi macam tu saya pun angguk ajerlah. Lepas tu ambik ubat kenalah RM35.00. Kalau doktor yang biasa saya jumpa tu ada taklah semahal itu.
Atas nasihat teman saya itu jugalah saya ke HKL pagi tadi untuk mendapatkan second opinion tentang tangan saya yang kebas. Sampai di HKL sudah jam 8 lebih. Saya tahu kalau dah lambat begini ramainya orang sudah semestinya. Jangkaan saya betul. Saya dapat nombor 1499. Pada masa saya mengambil nombor giliran untuk pendaftaran angka di kaunter2 menunjukkan sudah 1300 lebih. Bayangkan berapa ramai orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan. Jabatan Pesakit Luar HKL sudah jauh berubah. Kali terakhir saya mendapat rawatan di sana pada tahun 2000. Pendaftaran juga dibuat secara manual. Pada ketika itu tempat orang ramai menunggu untuk pendaftaran adalah tempat terbuka. Hari ini orang ramai selesa di tempat tertutup berdinding kaca. Pendaftaran pun menggunakan sudah menggunaka komputer. Ada 11 kaunter di sediakan. 8 kaunter untuk orang ramai. Dua kaunter untuk OKU dan warga emas. Istilah warga emas di sini 65 tahun ke atas. Dan tentunya saya tidak termasuk lagi dalam warga emas. Terpaksalah menunggu. Tetapi tidaklah selama pada tahun 2000. Sekarang lebih cepat.
Lebih kurang 15 minit saya nombor saya sudah di skrin dan membuat pendaftaran bagi menentukan bilik mana saya akan menjalani pemeriksaan. Dari tempat pendaftaran saya ke tempat pemeriksaan doktor. Saya tidak perasan ada berapa bilik rawatan. Perhatian saya hanya pada bilik rawatan saya iaitu Bilik 13. Lebih kurang 10 minit dapat berjumpa doktor. Saya beritahu doktor yang saya takut mild strok. Doktor kata tak mungkin sebab bp saya ok tapi agaknya melihat seriusnya saya tentang penyakit saya doktor tersebut menulis sesuatu di kad saya dan meminta saya mengikut seorang nurse ke tingkat atas. Saya pun tak perasan nama tempat itu. Di sini ramai juga yang sedang menunggu untuk pemeriksaan. Rata2 warga emas yang pada pandangan saya mungkin mengidap penyakit yang memerlukan rawatan berterusan. Seperti biasa proses yang sama seperti di Klinik Medviron berlaku. Ambil bp, check darah, air kencing dan buat ecg. Segala jenis wayer dilekat dibadan saya. Lebih kurang 45 minit semuanya beres. Kemudian kembali semula ke doktor yang merawat saya tadi. Dia beritahu saya semua ok ... tak ada darah tinggi, kecing manis, jantung ok ... cuma saya diminta jaga pemakanan saya sebab kolestrol saya 7.1 dan 6.5. Kurangkan garam katanya. Dua minggu lagi dia minta saya menjalani pemeriksaan lagi. Nampaknya dua2 doktor betul tentang penyakit saya iaitu saraf. Saya diberi ubat sapu dan kalsium. di Klinik Medviron pil untuk saraf dan pil menghilangkan rasa kebas menurut nurse yang memberikan ubat itu lah. Hentam ajerlah. Yang pastinya selepas menjalani pemeriksaan tadi perut ku menucuk-nucuk sakitnya. Gestrik ku kembali lagi ker ... sepanjang perjalanan macam rasa nak pengsan menahan sakit.
Nampaknya saya kena qada' puasa lah lepas raya nanti.
Gambar2 semasa di HKL ...
apa lanjutan kepada kes ni? saya pon mengalami simptom yang sama.
ReplyDelete