24 September, 2010

33 TAHUN NAN LALU ...


TOKBU:
Hari ini genaplah 33 tahun usia putera sulung ku ... Jadzreill. Rasanya baru semalam melahirkannya. Begitulah cepatnya masa berlalu ... walaupun sudah 33 tahun bagi saya ia masih my baby boy yang manja, yang amat mengambil berat tentang diri saya dan sebagai anak sulung sentiasa menjadi pelindung bagi dua orang adik2nya. Walaupun telah berumahtangga tetapi setiasa mengunjungiku bila ada masa terluang. Saya bersyukur kerana isterinya jua amat memahami dan sangat menghormati diri saya dan keluarga saya. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan anak sebaik Jadz dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Doa saya juga semoga Jad dan isteri sentiasa didalam perlindungan Allah dan dapat melayari hidup berkeluarga dengan penuh kasih sayang dan bahagia. Dikurniakan zuriat yang salleh dan sallehah.

Dulu



Masa ini saya mengandungkan Jad 4 bulan .. melawat kakak di Kem Ulu Kinta Perak 1977








Sekarang









KAYHA:
Ari ini birthday ayah ... adik lum lagi ucap happy beday pada ayah ... nanti bila adik balik dari rumah Mek ada nak ajak Tokbu telipon ayah ... Adik sayang kat ayah ... bila ayah telipon Tokbu ayah mesti tanya adik... kalau ayah datang adik pegi jalan2 dengan Babah ngan Mummy Ayah mesti tunggu adik balik ... ayah mesti nak jumpa adik. Adik sayang kat ayah ... Happy Birthday Ayah ...





JUMPA LAGI ....

21 September, 2010

ERTI KEBAHAGIAAN


TOKBU:
Tidak ada apa yang membahagiakan kita di hari lebaran kecuali berkumpul dengan keluarga. Saya merasa amat bahagia dan gembira kerana anak2 beraya bersama saya. Walaupun dua anak lelaki saya telah berumahtangga tetapi untuk kali ini mereka memilih beraya bersama saya ... gambar2 ini adalah kebahagian saya ...

















KAYHA:
Selonoknya hari laya ... adik jumpa semua olang ... lepas laya kat umah Tokbu, adik ngan Baba, Mummy, AkakTasya ngan Tokbu, Cik Nani, Ayah ngan Antie balik raya kat umah Tok Mama ngan Nenek. Lamai olang kat sana ... ada Adam, Allesya, Kak Sofia, Kak Tina, Kak Aca... lamai lagi lah ... selonoknya ... adik dapat banyak duit laya ...

CELAMAT ALI LAYA ....













JUMPA LAGI ...

15 September, 2010

CERITA SEDIH DI AIDIL FITRI ... AIR MATA MENGALIR 1

TOKBU:
Hari Raya kali ini saya dihidangkan dengan pelbagai kisah yang menyayat hati. Pertama sudah tentunya kemalangan jalan raya yang sudah mengorbankan banyak nyawa. Sedih bila membaca di dada akhbar kisah anak kehilangan ibu bapa, Wanita kehilangan suami , anak, suami kehilangan isteri dan anak2, ibu bapa kehilangan anak tempat bergantung. Sampai bilakah kita akan turut bersedih mendengar cerita kemalangan jalan raya di negara kita ini. Pelbagai langkah berjaga2 telah dibuat oleh pihak berkuasa namun angka kemalangan masih juga meningkat. Di mana silapnya ...

Semasa duduk menjamu selera saya bertanya kepada kakak tentang peristiwa rogol yang melibatkan jiran sekempong. Jika anda masih ingat saya ada menceritakan dalam entry saya terdahulu kisah kampong saya yang tidak lagi selamat diduduki kerana sering berlaku pecah rumah dan akhirnya berlaku pula kisah rogol. Kakak menceritakan mangsa rogol bernama M yang akan mengambil peperiksaan PMR tahun ini memang dalam keadaan truma yang amat sangat. Menceritakan peristiwa yang berlaku kakak saya beritahu yang si perogol jahanam tu telah pun dapat ditangkap dan telahpun dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan tiga kali sebatan. Dan paling memeranjatkan saya serta anak2 saudara lain ialah si setan itu bisu dan pekak.

Sebelum ini dia memang sudah mempunyai dua kes mencabul ... sama ada pernah dihukum atau tidak, tiada maklumat yang diketahui. Mungkin juga hasil solat hajat yang dibuat oleh rakan2 ibu mangsa menyebabkan si jahanam itu kembali semula ke kampong saya dan ambik kau kena tangkap lah kali ini. Kakak saya bercerita seorang sahabatnya yang bernama Wan Kamariah atau saya panggil Kak Wan ( beliau meninggal pada 8 Ramdhan lepas) telah membuat solat hajat dan telah memberi semangat kepada ibu mangsa dengan mengatakan supaya bersabar dan dia berdoa orang yang melakukan perbuatan keji ini akan ditangkap di sini juga. Sehari selepas itu Kak Wan meninggal. Dan benarlah kata2 Kak Wan sehari selepas Kak Wan meninggal si jahanam itu tertangkap.

Bercerita lebih lanjut kakak saya beritahu si jahanam ini duduk di Sg Mati. Kalau di Muar tu kiranya kampong lah. Dari Sg. Mati ke Jalan Daud jauh tu. Tapi dia ni naik motor. Kerjanya memang mencari mangsa dengan mengetuk rumah orang. Sebelum kejadian dia dikatakan ada mengetuk rumah2 di sekitar tampat saya. Nasib malang M hari itu sebab ibunya keluar beli barang di bandar. Dia tinggal berseorangan di rumah. Si jahanam tu mengetok pintu belakang rumah. Memang adatlah kita kat kampong kan ... jiran2 terdekat selalu ketuk pintu belakang. Mungkin M ingtkan jirannya yang mengetuk lalu dibukanya pintu. Apa lagi si setan pun menyerang terus. Kejadian berlaku di dapor rumah mangsa. Apabila disoal polis, M mengatakan dia cuba melawan dengan membaling semua barang yang sempat dicapai. Tapi kudrat seorang gadis kecil kan banyak manalah ... M tidak berdaya melawan apabila tengkoknya di karate oleh si setan tu. Selepas kejadian setan tu melarikan diri. M terus berlari keluar rumah sembil menangis. Semasa berlari keluar yang tak tau ke mana nak di tuju dia terserempak dengan seorang nyonya cina. Lalu di peluknya nyonya tu. Nyonya itu bercerita M punya menggiggil memang tidak dapat di ceritakan. Selepas itu barulah jiran2 datang. Ibu mangsa yang balik dari bandar kehairanan melihat rumahnya ramai orang dan bila diberitahu pengsan dia.

Mungkin juga doa Arwah Kak Wan termakbul si jahanam tu kembali ke kampong saya, tapi kali ini takdirnya sudah menanti ... dia mengetuk pintu rumah seorang pendatang Indonesia. Mungkin dia terlihat kelibat seorang gadis di rumah itu. Tapi nasib malang menantinya bila pintu dibuka oleh bapa gadis itu. Sebelum itu M telah memberi gambaran macam mana rupa orang yang menyerangnya so lelaki Indonesia tu teringat akan gambaran itu lalu dia pun menjeritlah beri tahu jiran2nya. Si jahanam tu lari dan semua penduduk di situ mengejarnya termasukkah penduduk2 cina di sekitar kediaman itu. Dia tidak dapat melarikan diri lalu tertangkap dan dibelasan dek penduduk di situ. Seorang wanita Indonesia yang cekap menelefon bapa M yang sedang berkerja. Apa lagi bila sampai teruk si setan itu dibelasah oleh bapa M sampai pecahlah mukanya. Yerlah hati seorang bapa kan kita tak mengalamainya kita tak tahu perasaan sebenar. Hati saya sedih bila Kakak bercerita keadaan M yang ketakutan troma pobia dan sebagainya. Hinggakan doktor yang merawatnya pun menangis melihat keadaannya. Keluarga M telah berpindah ke tempat lain selepas kejadian itu. Kejadian ini tentunya akan menghantui M seumur hidupnya... tapi saya rasa yang akan lebih menghantui diri dan rasa bersalah sepanjang hidup mereka ialah jiran sebelah rumah yang mendengar jeritan M tetapi tidak berbuat apa2 untuk menolong.
Sedih hati ini berlarutan dengan berita sedih merungkai mestri kehilangan jutawan produk kecantikan Datuk Susilawati bersama tiga rakannya akhirnya terjawab dengan berita mereka dibunuh dengan kejam .. walaupun tidak mengenalinya tetapi saya amat meminatinya kerana cerita ketabahan beliau menghadapi liku2 hidup yang mencabar sebelum bergelar jutawan. Lebih sedih lagi membaca berita kesedihan anak Kamarudin, melihat di TV kesedihan isteri Norhisham apa lagi Norhisham orang kampong saya Muar ... Apa yang paling sedih cara kematian mereka. Memang kejam sungguh perbuatan mereka ini. Kalau dah bunuh itu sudahlah ni tak dibakarnya... konon nak hilangkan bukti tapi kata pepatah sepandai2 tupai melompat .....

Dan rasa sedih juga terus terasa di hati saya bila melihat ibu2 kepada pasangan kembar dan rakan mereka yang tidak pulang ke rumah beberapa hari semasa pergi berjalan raya ... yang menangis merayu anak2 gadis mereka pulang ke rumah. Kalau mereka sajer berjalan2 tak apa tapi apa yang ditakutkan ialah kejadian2 yang tidak diingini maklumlah mereka ni perempuan.

Dan sedih lagi bila mendengar berita Ustazah dan anak lelaki yang mati dibunuh oleh jiranya mungkin juga dirogol dan anak lelakinya dilewat. Di manakah nilai seorang manusia Islam di bulan Ramdhan ini.

Dan kesedihan saya berlarutan bila mengenangkan ibu tersayang tidak merasa selisa dan sering menangis apabila berpindah ke rumah baru di Sg Abung ... Selamat Tinggal Jalan Daud Lorong Serkam I ... Mengalirlah air mata ni ...


JUMPA LAGI ....

10 September, 2010

MAK OI PENATNYA .... JUADAH HARI RAYA


TOKBU:
Salam AidilFitri saya ucapkan kepada rakan2 dan pengunjung blog saya ... Untuk pertama kalinya saya menyambut Hari Raya AidilFitri di perantauan ... di rumah sendiri. Sudah berusia begini tak terasa lebih2 lagi semua anak2 beraya bersama. Tapi pagi2 tadi bila menelefon kakak dan bercakap dengannya serta bonda tercinta sebak hati tidak dapat ditahan.

Bila beraya sendiri faham2lah semua kena buat sendiri. Kalau di kampung semua kakak yang buat saya hanya menolong sikit2 sajer. Nasiblah ada dua menantu perempuan merekalah yang menolong saya. Tapi bila sampai bab masak memasak saya sendirilah yang kena buat. Macam nak patah pinggang rasanya lama berdiri di dapor. Macam mana pun hati puas kerana dapat juga menyediakan juadah hari raya sendiri. Hasilnya inilah dia ... gembira bila melihat anak2, menantu cucu berselera menikmatinya.







KAYHA:
Adik tak kasi mummy nak tolong Tokbu masak. Tokbu masak pun adik kacau, adik ajak Tokbu naik atas tak kasi Tokbu masak. Bila adik tidur baru mummy dapat tolong Tobu. Adik suka Ayah ngan Antie balik rumah Tokbu ... pagi2 tadi mummy dah mandikan adik ... adik nangis sebab adik sejuk ... mummy pasang air panas pun adik nangis ... lepas mandi adik pakai baju baru mummy kata baju raya ... lepas pakai baju adik makan nasi empit ngan kuah lodeh ... pas makan2 adik tengok ayah, antie, cik nani, babah, mummy, akak semula salam Tokbu nangis2 adik sedih adik pun nak nangis ... pas tu ada gambar2 adik tak mahu gambar ... nanti Tokbu tentu tunjuk gambar tu nanti ... Celamat ari laya .... adik dapat duit laya yeh yeh ... adik nak gi jalan rumah mek lah ...

06 September, 2010

SAKIT ITU TIDAK DIJANGKA

TOKBU:
Sabtu lepas saya terasa tangan saya kebas. kata setengah orang semut2. Perasan kah anda bila kita duduk bersila lama2 kemudian bila kita bangun kaki kita akan terasa kebas sesemut. Macam tulah saya rasa tangan saya. Bila menjelang pagi dua jari iaitu jari manis dan jari kelingking terasa kebas yang amat sangat.

Seorang kawan menyarankan saya agar jangan ambil mudah. Itu salah satu tanda nak kena mild strok katanya. Apa lagi takutlah saya. Saya pun meminta Boboy menghantar saya ke klinik. Nak pergi hospital kerajaan hari Ahad mana beroperasi. Wad kecemasan adalah. Tapi ini bukan kes kecemasan. Tentu mereka tak mahu terima ... lagi pun nak kata serik tu tidaklah tapi bila memikirkan wad kecemasan di Hospitak Selayang tu ... aduh baik sakit sikit terus teruk rasanya.

Saya pun buatlah pemeriksaan di Klinik Medviron klinik yang memang sering saya kunjungi ketika sakit. Biasalah mula2 ambil bp - ok katanya ... yang lain2 ok cuma kolestrol saya memang tinggi. Lepas tu macam2 ujian dibuat pada tangan saya ... akhirnya dia kata mungkin urat ... adalah dia terangkan dengan panjang lebar pasal urat di tangan tu kenapa bolih jadi macam tu saya pun angguk ajerlah. Lepas tu ambik ubat kenalah RM35.00. Kalau doktor yang biasa saya jumpa tu ada taklah semahal itu.

Atas nasihat teman saya itu jugalah saya ke HKL pagi tadi untuk mendapatkan second opinion tentang tangan saya yang kebas. Sampai di HKL sudah jam 8 lebih. Saya tahu kalau dah lambat begini ramainya orang sudah semestinya. Jangkaan saya betul. Saya dapat nombor 1499. Pada masa saya mengambil nombor giliran untuk pendaftaran angka di kaunter2 menunjukkan sudah 1300 lebih. Bayangkan berapa ramai orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan. Jabatan Pesakit Luar HKL sudah jauh berubah. Kali terakhir saya mendapat rawatan di sana pada tahun 2000. Pendaftaran juga dibuat secara manual. Pada ketika itu tempat orang ramai menunggu untuk pendaftaran adalah tempat terbuka. Hari ini orang ramai selesa di tempat tertutup berdinding kaca. Pendaftaran pun menggunakan sudah menggunaka komputer. Ada 11 kaunter di sediakan. 8 kaunter untuk orang ramai. Dua kaunter untuk OKU dan warga emas. Istilah warga emas di sini 65 tahun ke atas. Dan tentunya saya tidak termasuk lagi dalam warga emas. Terpaksalah menunggu. Tetapi tidaklah selama pada tahun 2000. Sekarang lebih cepat.

Lebih kurang 15 minit saya nombor saya sudah di skrin dan membuat pendaftaran bagi menentukan bilik mana saya akan menjalani pemeriksaan. Dari tempat pendaftaran saya ke tempat pemeriksaan doktor. Saya tidak perasan ada berapa bilik rawatan. Perhatian saya hanya pada bilik rawatan saya iaitu Bilik 13. Lebih kurang 10 minit dapat berjumpa doktor. Saya beritahu doktor yang saya takut mild strok. Doktor kata tak mungkin sebab bp saya ok tapi agaknya melihat seriusnya saya tentang penyakit saya doktor tersebut menulis sesuatu di kad saya dan meminta saya mengikut seorang nurse ke tingkat atas. Saya pun tak perasan nama tempat itu. Di sini ramai juga yang sedang menunggu untuk pemeriksaan. Rata2 warga emas yang pada pandangan saya mungkin mengidap penyakit yang memerlukan rawatan berterusan. Seperti biasa proses yang sama seperti di Klinik Medviron berlaku. Ambil bp, check darah, air kencing dan buat ecg. Segala jenis wayer dilekat dibadan saya. Lebih kurang 45 minit semuanya beres. Kemudian kembali semula ke doktor yang merawat saya tadi. Dia beritahu saya semua ok ... tak ada darah tinggi, kecing manis, jantung ok ... cuma saya diminta jaga pemakanan saya sebab kolestrol saya 7.1 dan 6.5. Kurangkan garam katanya. Dua minggu lagi dia minta saya menjalani pemeriksaan lagi. Nampaknya dua2 doktor betul tentang penyakit saya iaitu saraf. Saya diberi ubat sapu dan kalsium. di Klinik Medviron pil untuk saraf dan pil menghilangkan rasa kebas menurut nurse yang memberikan ubat itu lah. Hentam ajerlah. Yang pastinya selepas menjalani pemeriksaan tadi perut ku menucuk-nucuk sakitnya. Gestrik ku kembali lagi ker ... sepanjang perjalanan macam rasa nak pengsan menahan sakit.

Nampaknya saya kena qada' puasa lah lepas raya nanti.

Gambar2 semasa di HKL ...



30 August, 2010

TANGGAL 31 BULAN LAPAN 57 ... MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!


Tokbu:
Itulah lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman ... sebenarnya lagu itu dinyanyikan semula oleh Allhyarham, penyanyi asal saya pun tak ingat siapa. Esok genaplah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan ... semasa bersekolah dahulu setiap kali menyambut hari kemerdekaan saya akan menyertai rakyat Muar merayakannya di Padang Jublee Intan. Seronok rasanya waktu itu ... apabila bersekolah menengah ditambah pula dengan pemberian menonton wayang percuma ... saya ingat lagi ceritanya Akhir Sebuah Impian ... naper yer cerita tu yang dipertuntunkan kepada kami semua. Ya lah waktu itu industri film Malaysia belum maju seperti sekarang ni ... mungkin murid2 sekarang akan dipertuntunkan dengan cerita Embun ... atau cerita2 lagi yang seumpama dengannya. Saya sendiri hairan kenapa agaknya saya tidak boleh ingat film2 petriotik ciptaan kita. Bak kata Nabil raja lawak "lu fikirlah sendiri".

Semasa berkerja ada juga Kementerian saya menyertai perarakan kemerdekaan dan mana2 staff yang ingin turut serta akan menjalani latihan kawad selama 3 bulan. Saya memang tidak pernah menyertai bukan kerana apa tak tahan panas. Lagi pun nawaitu kebanyakan mereka tidak benar2 ada semangat petriotik... ada yang kata "tak payah buat kerja ofis", "dapat baju dan makan free", "dapat elaun lagi".... hai tak faham saya.

Sempena bulan kemerdekaan saya masih ingat semasa saya berkerja kami dibekalkan dengan bendera negara kita secara percuma untuk dihiaskan di pejabat. Mungkin tahun ni ada lagi kot... dan diberi juga untuk dibawa balik ke rumah untuk dipasang... tak tau lah berapa ramai yang memasangnya. Bagi diri saya sendiri saya sentiasa memasang bendera Malaysia di rumah semenjak diberi percuma cuma bila saya me'cantikan' sedikit rumah saya bendara tu tak dipasang lagi. Hari ni saya mencari2 kalau ada bendara yang berbaki lagi untuk dipasang tapi belum jumpa. Kena beli kat pasaraya Maidin nampaknya ni.

Memang tidak dinafikan semenjak 53 tahun kemerdekaan negara, banyak kemajuan yang dapat kita lihat di negara kita. Macam2 dari segi pembangunan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Tetapi harga sebuah kemerdekaan itu perlu dibayar oleh semua rakyat dengan pelbagi masalah yang timbul seiring dengan kemajuan negara kita. Walaupun kita telah merdeka tetapi minda kebanyakan kita belum lagi merdeka ... amat ngeri bila terbentang di dada2 akbar dan di media2 massa, sekarang ni jenayah yang makin berleluasa, akhlak yang semakin menurun, rasuah yang tidak dapat dibendung, kebanjiran warga asing di negara kita, perubahan politik tanahair yang memeningkan rakyat ... macam2 lagi.

Apakah yang bakal berlaku di masa2 mendatang... sukar untuk digambarkan. Anak2 muda dan kanak2 masa ini bakal menggantikan kita ... tapi sesetengah mereka tidak tau pun apa itu KEMERDEKAAN ...

JUMPA LAGI ...

29 August, 2010

BAHANG RAYA


TOKBU:
Lebih kurang dua minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Bulan Syawal bulan yang dinantikan oleh umat Islam setelah sebulan kita berpuasa. La ini ke mana saje kita pergi kesesakan pasti berlaku. Pergilah ke Shopping Kompleks pasti deretan kereta bersesak-sesak.









Orang ramai terutama yang beragama Islam sudah mula membuat persiapan menyambut hari raya. Rata2 di shooping kompleks atau tapak2 yang disediakan untuk peniaga sempena hari raya dikunjungi orang ramai. Kebanyakan yang menjadi tumpuan ialah pakaian baju wanita, baju melayu lelaki dan juga kueh mueh. Biskut2 raya melambak2 dijual bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membuat sendiri kueh2 raya.
























Siapa yang paling teruja menyambut hari raya. Siapa lagi kan kalau bukan kanak2. Di pusat2 membeli belah pasti kita dapat melihat ibu bapa membawa anak2 untuk membeli baju raya. Macam2 kerenah anak2 dapat dilihat. Ada yang menangis, ada yang masam muka sebab baju yang mereka mahu tidak dapat. Pendek kata macam2 telatah boleh kita lihat. Masa2 beginilah kompleks beli belah membuat untung.

Bagi diri saya pula sebelum menyembut puasa lagi saya telah membeli pakaian raya. Bukan apa saya memikirkan bila dah bulan puasa nanti tak larat rasanya nak berjalan ke mana2. Ada juga antara kita yang suka bershopping last minit. Yerlah kesukaan masing2 kan. Ada juga yang mengatakan saat2 akhir itu harga lebih murah sebab peniaga2 hendak menghabiskan stok mereka. Ada rakan2 beritahu kalau nak beli kueh mueh atau baju2 pergilah Jalan Tengku Abdul Rahman di malam raya . Happening katanya. Peniaga2 melolong kueh mueh dan pakaian2 dengan harga murah sungguh. Tak tahulah saya tak pernah pun berpeluang ke sana. Mungkin tahun ini boleh kot sebab saya beraya di sini. Tapi nak masak pulak .......


Kayha:
Adik tak pegi shopping baju raya. Sebab baju adik semua Cik Nani belikan. Semalam Babah ngan Mummy gi shopping tak bawak adik ngan kakak. Adik tinggal dengan Tokbu. Adik taulah kalau adik ikut nanti adik kacau. Adik nak beli peminan jer ... lalala. Tu yang Babah ngan Mummy tak mau bawak adik. Adik tau lah.

JUMPA LAGI