20 July, 2010

MEMENAFAATKAN TANAH


Tokbu:

Pepatah ada berkata "kalau kita berbakti pada tanah tentu ada hasilnya". Di kesempatan masa terluang setelah menjadi pesara ni saya cuba menjadikan berkebun secara kecil2lan sebagai hobi. Maklumlah nak beli tanah untuk bekebun secara besar2ran tak ada uwang.... So ada sedikit ruang di belakang rumah saya pun berkebunlah secara kecil2lan. Alhamdullilah setelah beberapa bulan nampaknya ia membuahkan hasil.






Pada mulanya saya hanya menanam pokok2 hisan saja. Setelah dibaja nampaknya ia tumbuh menghijau dan segarnya. Cuma cuaca yang panas kadang2 melayukan daunnya dan ia perlu disiram setiap hari. Melihat tumbuhan2 tadi hijau mekar sedap mata memandang.




Semasa saya bershopping saya terjumpa banyak benih2 sayuran2 dijual yang dipek kecil2. Hati tertarik membeli benih cili padi, cili merah, daun sadri, tomato dan daun besil. Saya tak pasti adakah daun besil yang terkenal dalam masakan barat ini sebenarnya daun selasih. Kalau dicium dari baunya saya rasa memang daun selasih.

Saya mula menamam benih2 tadi didalam pasu2 kecil dahulu dan apabila telah tumbuh dengan segarnya saya mengalihkannya ke batas yang telah dibuat dengan kemasnya oleh Abang. Disamping itu saya juga menanam kunyit, halia dan serai. Lebihan daun kesum yang dibeli untuk memasak saya cucukan saja di tanah dan Alhamdulillah tumbuh dan bercamah dengan banyaknya. Selain itu ada juga ditanam sertai dan daun pandan.






Berkat berbakti pada tanah apa yang saya usahakan telah membuahkan hasil. Cili padi telah mula berbuah. Masih belum banyak lagi tetapi kalau setakat nak masukkan bila masak maggi dah boleh kot hihi sedap tau ... Daun kunyit telah saya gunakan untuk merebus kerang tempoh hari. Sekurang2nya tidak payah dibeli lagi. Hari raya yang akan menjelang nanti bolehlah digunakan dalam masakan rendang. Begitu juga daun kesum telah saya petik untuk memasak ayam masak asam pedas. Daun pandan pun sekarang tak payah hendak dibeli untuk memasak nasi lemak.

Perancangan seterusnya saya ingin menanam pokok tomato. Kena belajar macam mana menjaganya. Menurut kawan2 kena pacak kayu tak tahu macam mana agaknya. Nantilah nak cuba juga.

Oleh sebab tanah dibelakang rumah dulunya tidak dijaga maka banyaklah rumput dan pokok2 liar yang tumbuh. Sekarang ini pun masih lagi tumbuh dan kenalah dibuang setiap hari. Apabila saya melihat kebun mini saya ini terasa satu kepuasan kerana melihat ia menghijau dengan mekarnya dan apa yang dilakukan benar2 menjadi dan berhasil. Menanam pokok2 ini perlukan penjagaan kerana ada juga kumbang dan siput yang memakan daun2 hijau itu. Syukur Alhamdullah apa yang dibuat mendatangkan hasil.


Kayha:

Kalau Tokbu ke belakang tuk tengok tanam-tanaman Tokbu, adik ada gak ikut sekali sekali. Adik kacau Tokbu. Adik ambik sodok tanah adik sodokkan. Best gak main tanah. Adik tolong Tokbu cabut rumput. Ada sekali tu Adik tercabuat pokok yang Tokbu tanam. Tapi Tokbu tak adlah marah kat adik. Adik mana tahukan. Adik suka tengok pokok2 Tokbu banyak dah tumbuh.


JUMPA LAGI .........

No comments:

Post a Comment