31 July, 2010
PEREMPUAN...PEREMPUAN DAN PEREMPUAN
TOKBU:
Kakak saya Cik Nong (CN) nama sebenarnya Zainab memang seorang yang sangat prihatin kalau bab2 yang melibatkan keluarga. Baik keluarga terdekat yang melibatkan kami anak beranak mahupun keluarga yang jauh bau2 bacang. Apa sajer perkabaran mengenai keluarga pasti akan disampaikan samada melalui sms ataupun panggilan telefon. Untuk kesekian kalinya dia menalifun dengan tonasinya yang agak mencemaskan diri saya. Sementalah anaknya Kak Cik sedang menanti saat untuk melahirkan anak. Jika anda semua ingat di entry terdahulu saya ada menceritakan sisuasi yang Kak Cik hadapi mengandung kali ini.
Menjadi seorang perempuan memang akan melalui saat2 yang mencemaskan ini iaitu melahirkan anak. Melainkan jika seorang tu mandul lainlah kan. Tapi menjadi perempuan yang mandul juga amat mencemaskan. Kebarangkaian suami berkahwin lain atau menjadi janda memang cerah. Nasib perempuan.
So pada Jumaat 23 Julai 2010 CN beritahu dia akan ke JB Kak Cik nak kena oprate sebab bleeding banyak. Maka lahirlah seorang bayi perempuan Nurlaily Sheeda nama diberi. So Kak Cik dan suaminya MJ adalah "Charle's Angles". Tak apalah Kak Cik dan MJ nanti kelian akan dapat juga anak lelaki iaitu menentu 3 orang kan. Tu tak kira lagi masa akan datang berapa hantaran perkahwinan entah2 akan menceceh jutaan ringgit kot .... lumayan kan. Wawahuallam. Panjang umur dapatlah melihatnya.
Baby Norlaily Saheeda
Kesah Kak Cik tidak sampai di situ jer, selepas melalui proses cesarean dan baby selamat dikeluarkan Kak Cik ditempatkan di ICU wad bersalin tu kerana pendarahan yang banyak. Disebabkan sudah 3 kali menjalani cesarean Kak Cik nasihat doktor Kak Cik tidak boleh melahirkan anak lagi. Maka dalam bahasa mudah kenalah ikat rahim. Saya pernah terbaca satu artikal (lupa lak kat mana) tentang perkara ini yang sebenarnya tidak istilah mengikat rahim bagi mencegah kehamilan. Istilah sebenar mengikat tiub fallopio kanan dan kiri. Kelahiran anak kali ini bagi Kak Cik amatlah menyakitkan dan mendebarkan kami sekeluarga. Pelbagai proses yang menyakitkan terpaksa Kak Cik tempoh. So anak Kak Cik hanyalah 3 orang semuanya perempuan. Tapi kuasa Allah siapalah tahukan. Banyak juga kes2 seperti ni yang saya dengar ter'accident' mengandung dan boleh melahirkan anak secara normal dan kuasa Allah juga dapat anak lelaki. Tapi tidak masalah lelaki atau perempuan kan sama sahaja zaman ini .... pokoknya Kak Cik selamat dan kita dah hampir dua minggu.
Cerita Kak Cik tak juga berakhir di situ. CN telefon lagi beritahu baby Nurlaily dan Kak Cik kena worded sebab baby kena penyakit kuning. Disebabkan baby menyusu badan Kak Cik pun kena masuk wad. Banyak sungguh dugaan Kak Cik kali ini. Harap Kak Cik bersabar dan semua yang berlaku ada rahmat di sebeliknya tu.... dan nasib seorang perempuan tak juga berakhir setakat tu ... selepas ini Kak Cik kena tempohi tempoh berpantang dan kena juga menjaga baby. Mudah2an semua ini akan membuatkan MJ lebih menyenyangi dan menghargai Kak Cik.
Apabila CN ke JB kenalah saya balik kampung untuk menjaga ibundaku .....
JUMPA LAGI ....
Nota: Kayha tak nak cerita kali ni merajuk sebab kena tinggal Tokbu nak balik kampung ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment