12 July, 2010
World Cup, FI dan Kak Cik
Tokbu:
Demam Piala Dunia (WC) dah berakhir. Sebagaimana ramalan saya Spanyol menjuari piala dunia 2010. Perlawan yang penuh dengan kekasaran pada saya yang mana menyaksikan sejumlah kad kuning dan satu kad merah dikeluarkan oleh pengadil kepada pemain Belanda, ialah masing-masing nak menjadi juara kerana kedua2 pasukan tidak pernah menjuarai WC. Untuk tempat ketiga pula ramalan saya tidak menjadi apabila Jerman mengalahkan Uruguay. Geram betul Uruguay dah leading 2 gol tapi itulah kan beberapa saat pun tinggal masih boleh mendapat gol asalkan ada semangat perjuangan. Apapun dengan berakhirnya world cup ni kembali normallah kehidupan peminat2 bola yang sanggup bersengkang mata menunggu perlawanan jam 2.30 pagi. Hampir sebulan lamanya menyaksikan 48 pasukan terbaik dunia bertarung bermula dari 11 Jun 2010 dan berakhir 12 Julai 2010. Empat tahun lagi di Brazil. Mungkinkah saya akan bermimpi untuk melihat Pasukan Malaysia menjadi salah satu pasukan di World Cup akan datang. Ingin sekali melihat dua beradik kembar Aidil dan Zaquan beraksi di Brazil ...... mungkinkah mimpi akan menjadi kenyataan.
Sebelum melayan final world cup saya menyaksikan dulu F1 salah satu sukan yang sangat saya minati. Kali ini di litar Silverstone untuk GP British. Mark webber dari pasukan Red Bull menang. Walaupun pengurusan pasukannya menganaktirikan dia hah dia telah membuktikan dia juga setanding Vettal (rakan sepasukan yang sentiasa diberi layanan istimewa oleh pengurusan Red Bull). Walau apa pun saya sentiasa memberikan tumpuan kepada Michael Schumacher (MSC) (saya gelar Pakcik). Walau pun belum pernah menang dalam menampilan barunya setelah bersara beberapa tahun dia masih lagi handal jika dibandingkan dengan pemandu2 muda yang lain. Dari 10 perlumbaan hanya dua perlumbaan saja beliau tidak dapat menamatkan 10 tempat teratas. Dalam kedudukan mata MSC di kedudukan 9 pelumba teratas.
Dalam melayan WC dan F1 hati ini tidak senang dan resah mendapat perkabaran dari my sis yang anaknya Kak Cik (KC) mungkin dibedah hari Ahad (kelmarin) kerana kompleksi kandungannya. Kak Cik sedang mengandungkan anak ketiga masuk bulan ke 8. Sebelum ini KC telahpun menjalani dua kali kelahiran anaknya melalui cesarean. Untuk anak yang ketiga ni pun KC akan menjalani cesarean. Cuma mengandung kali ini KC mempunyai masalah urinya ke bawah menyebabkan KC terpaksa tinggal di wad sehingga bersalin yang dijangka pada bulan Ogos. Minggu lepas doktor di HSF Muar mendapati uri KC semakin ke bawah sudah hampir dengan rahim dan untuk menyelamatkan rahim KC, terpaksalah KC ke HJB untuk mendapat rawatan pakar. KC ditahan di HJB dan akan tinggal disana sehingga bersalin. Doktor telah maklumkan jika KC bleeding dia akan terus di bedah. Dan pada hari Sabtu KC bleeding menyebabkan Doktor maklumkan KC akan dibedah. Tetapi kerana bleeding tu tidak berterusan maka tak jadilah KC dibedah kelmarin. Saya doakan KC dan bayinya selamat dan memohon kepada Allah SWT agar menyelamatkan kedua-dua mereka.
Dua ditengah tu anak Kak Cik - Tina dan Aca
Mengandung ni ibarat menyabung nyawa. Sebab itulah perempuan yang meninggal semasa bersalin dikatakan mati sahid. Saya terkenang semasa saya mengandung dahulu. Tiga kali mengandung menyebabkan saya tidak mahu beranak lagi. Memang saya akui semasa mengandung ketiga-tiga anak selama 9 bulan saya tidak mengalami alahan yang teruk. Saya seperti biasa boleh makan apa sajer, cergas bergaya. Tetapi bila sampai masa melahirkan anak sakitnya memang tidak dapat saya tahan. Teringat melahirkan anak yang pertama Jad yang mungkin masa itu tidak ada pengalaman. Saya menjerit sekuat hati. Saya tarik bajunya hingga tercabut butang bajunya kerana menahan sakit pada masa itu. Anak kedua pula Wannie, awal2 ibu saya berpesan kalau sakit gigit leher baju jangan menjerit. Saya ikut kata ibu, berlubanglah leher baju yang saya pakai kerana gigitan saya untuk menahan kesakitan dan hampir di bawa ke bilik pembedahan kerana saya dah tak larat untuk meneran. Tapi syukurlah akhirnya Wannie dilahirkan normal dan beratnya 9p 2a. "Manalah tak teruk ibunya" kata seorang nurse. Anak yang ketiga pula Adik, saya overdue 10 hari dan akhirnya kena induce. Pukul 8 pagi masuk ubat jam 1 tengahari baru melahirkan. Masa itulah saya mengatakan saya tidak mahu melahirkan anak lagi dan itulah Tuhan kabulkan permintaan saya selepas itu saya tidak mempunyai anak lagi. Pengajarannya walau sakit macam mana pun kita tidak harus cakap yang bukan2 kerana seperti dikata apa yang kita cakap itu niat dan Tuhan akan makbulkan. Ketika itu menyesal pun tidak guna.
Bercerita pasal anak sedih dan ngeri bila kisah pembuang bayi berluas-luasa la ni. Ntah apa nak jadi agaknya. Dimana silapnya. Patutkah pendidikan sex diajar di sekolah. Mungkin kita patut memikirkannya. Bukan untuk menggalakkan sex sebelum kahwin tapi apa yang patut mereka buat sehingga tidak terjadi perkara yang tidak diingini.
Bercakap pasal anak minggu lepas bila Kayha balik dari rumah pengasuh dia beritahu saya yang di rumah Mek (pengasuh) akan baby kecik. Saya kata baby Aleeya ker. Baby Aleeya adalah baby yang dijaga oleh Mek juga. Bukan kata Kayha ada baby baru. Rupanya cucu Mek. Anak Mek baru melahirkan anak. Kayha dah pandai bercerita. So kenalah hati2 dia dah semakin bijak.
Fakta WC:
Best Player : Diego Forlan (Uruguay)
Best Team : Spanyol (tentulah Juarakan)
Best Young Player : Thomas Mueller (German)
JUMPA LAGI - JANGAN BUANG BAYI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment