TOKBU:
Nama sebenarnya Mohammad Shukri tetapi sedari kecil lagi semua memanggilnya Atan. Atan adalah nama yang koman bagi anak lelaki yang disayangi oleh keluarga2 di kampong saya. Ramai lelaki di kampong saya dipanggil Atan. Atan merupakan anak bungsu kakak saya Cik Nong. Semasa saya mengandungkan Babah Kayha, Cik Nong turut mengandungkan Atan. Saya melahirkan Eriq pada bulan November 1982 dan Atan pula dilahirkan pada Januari 1983. Atan dan Eriq membesar bersama.
Di kalangan rakan2, Atan dipanggil Shuk dan panggilan itu digunapakai bila dia telah meningkat dewasa. Shukri@Atan tinggal dengan saya sudah lebih kurang hampir 6 tahun. Dia telah berkerja dan mungkin kedudukan kewangannya sudah kukuh so sampailah seru untuknya berkahwin. Setelah keluarga saya merisik Mawar gadis pilihan Shukri tibalah masa majlis pertunangan mereka. Pada 6 November lepas sempena cuti Deepavali Majlis Pertunangan Shukri dan Mawar pun berlangsung.
Majlis pertunangan berlangsung selepas solat Asar di rumah keluarga Mawar di Balai Polis Daerah Kepong. Di majlis itu pihak Shukri menghadiahkan 11 barang hantaran kepada pihak Mawar manakala pihak perempuan pula membalas dengan 13 barang hantaran. Persetujuan dicapai pertunangan mereka berlangsung selama 1 tahun dan bolih berubah mengikut keadaan sama ada mahu di percepatkan atau dilambatkan. Wang hantaran perkahwinannya pula adalah RM7,777.77 serba satu.
Melihat dia membesar di depan mata saya dan kini akan melangkah ke alam perkahwinan dan berkeluarga sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya. Sementelah Arwah bapanya tidak dapat melihat anak bungsunya sudah cukup dewasa dan akan berkahwin tidak lama lagi.
KAYHA :
Adik tido masa semua nak pegi lumah cik Mawar. Semua kata adik tido sampai semua olang dah nak balik. Adik letih dan ngantok lah sebeb adik banyak main dengan Kak Tina dan Kak Acah ... Adik nampak Ibu Chik buat banyak balang2 cantik ... ni dia meh tengok ..
BARANG2 HATARAN PIHAK SHUKRI
Antara barang2 hantaran Mawar kepada Shukri
JUMPA LAGI ...
No comments:
Post a Comment