TOKBU:
Kadang kala terasa juga bosan duduk di rumah. Selain mengadap tv dan pc apa lagi nak buat. So berjalan2 di Selayang Mall. Selain dari ber "window shopping" di Parkson, Watson dan lain2 kedai di situ, saya suka juga ke bookstore POPULAR. Itulah satu2nya kedai buku yang ada di Selayang Mall. Popular tidaklah segah MPH Bookstores atau Kinokuniya Bookstores di KLCC tu, tapi banyak jugalah buku yang bolih dibeli jika kita berminat.
Dulu saya memang rajin membaca. Dari surat khabar, buku dan majallah semua saya baca. Masa muda2 dulu tiap2 bulan saya akan membeli majallah hiburan seperti URTV, Media, Mangga (walaupun seorang kawan kata jangan baca benda yang tak berfaedah tu), tapi saya tetap beli juga. Selain dari itu saya juga suka membaca majallah humor seperti Gila2 dan Ujang.
Dulu buku2 yang saya suka baca adalah novel Inggeris. Masa yang muda2 dulu tidak banyak penulis2 Muda Melayu yang mengarang cerita cinta muda mudi seperti sekarang ni. Sekarang ni melambak2 novel Melayu kisah cinta Sebab itulah cerita romantik Inggeris menjadi pilihan saya ketika itu. Masih ingat lagi saya setiap kali ke MPH bookstores dua atau tiga novel Inggeris akan saya beli. Masa itu saya amat meminati tulisan2 Danielle Steel cerita yang saya ingat Once in a Lifetime, Vanished, Jewels dan Malice. Denise Robins - To Love Agains, All For You,Forbidden, Judith McNaught yang paling saya minat novelnya Almost Heaven, Once and Always, Miracles, Until You Remember When, Jackie Collins pula saya suka novelnya sangat berani dan tulisannya simple sajer antara yang saya suka Lucky dan Lady Boss, Barbara Cartland - Cought by Love, Three Days to Love dan Fascination in France dan ramai lagi. Saya juga turut meminati tulisan novelis lelaki seperti Nicholas Sparks yang menulis cerita romantik A Walk to Remember dan Sidney Sheldon. Banyak buku2 tulisan Sidney Sheldon yang saya suka antaranya Master of the Game, If Tomorrow Comes, The Sky is Falling, The Sand of Time dan The Stars Shine Down. Menulis ini terasa mahu membacanya semula. Tapi buku2 tu entah di mana letaknya. Nak kena cari ... seingat saya banyak buku2 saya tu dibaca kemudian oleh anak2 saudara dan juga anak saya Wannie. Nak kena tanya dan kumpulkan semula nampaknya....
So saya pun menghabiskan beberapa jam di Popular Bookstores ni. Selalu juga saya ke kedai ni tapi pergi sekejap2 jer ... so hari ini ada masa yang terluang lamalah di kedai ni. Ada beberapa buku yang menarik perhatian. Dah tua2 ni nampaknya buku2 Agamalah menjadi pilihan. Begitu juga buku2 resipi masakan. Makin bertambahlah berat badan nampaknya ...
Akhirnya tiga buku ni menjadi pilihan saya
Dua buku ni untuk Kayha
JUMPA LAGI ...
amboi kak G...rajin wat kek...akak, tiqa jadi followers akak ye...eheem...jd lupa jadi followers tiqa gak..hehehehe
ReplyDeleteTk Tiqa ... dah lama akak jadi followers awak ... tapi dah lama tak bukak sat lagi akak bukak yer .. last akak tengok entry yg ada gambar kawin Tiqa .. ada update baru ker ... buat kek ni tuk diri sendiri jer ... nnti kalau dah expert lek jual lawan Kak Ram hahaha ... take care
ReplyDeletegambar kek popular sapa yang ambik..... si kayha ke....????? sekadar bertanya aje.
ReplyDeletemintak tolong ada seorg mamat kat situ ... hehe ... naper lak tya2 cam ader aper lak wah wah wah ...
ReplyDelete