25 November, 2010

KUKU


TOKBU:
Kuku adalah sebahagian dari anggota kita.  Kadang2 kuku dapat menggambarkan peribadi seseorang.  Bayangkanlah jika kuku tidak dijaga dengan elok bersempudal (ni bahasa orang Johor) kiranya selikihlah, kotor dan sebagainya orang melihat pun akan geli. 

Teringat masa sekolah dulu ada hari2 guru memeriksa kuku. Semua letakkan tangan atas meja.  Guru akan memeriksa.  Sesiapa yang kukunya panjang dan kotor tangannya akan dipukul.  Begitu pentingnya kebersihan kuku.

Kebanyakan wanita yang berkerjaya pasti akan merias kukunya.  Masa saya muda2 dahulu dan telah berkerja setiap bulan saya akan ke saloon rambut bukan sahaja untuk mengerat rambut tetapi untuk membuat manicure dan pedicure iaitu merias kuku tangan dan kuku kaki.  Saya akui saya amat mementingkan ketrampilan diri semasa saya berkerja dahulu.  Masa muda2 dahulu penggunaan inai seperti sekarang amat kurang.  Mereka yang berinai hanyalah pengantin baru.  Tetapi masa kini sesiapa saja bolih berinai.  Kayha pun berinai.  Apa taknya bila melihat mummynya memakai inai dia pun sibuk nak memakainya.  Remaja sekarang ni mempunyai bermacam2 pilihan untuk mencantikkan kuku mereka.  Pelbagai rawatan ada disediakan dan pewarna kuku pun sangat menarik.  



Penjagaan kuku tangan dan kuku kaki memanglah penting.  Cubalah bayangkan jika kuku tangan atau kuku kaki tidak dijaga atau dipotong dengan rapi tentulah mengundang jijik orang memandangnya.  Walaupun saya sudah tidak berkerja penjagaan kuku amatlah penting bagi saya.  Kalau dulu semasa berkerja saya akan menyimpan kuku panjang tidaklah panjang sangat.  Kira2 sedap mata memandang.  Ini kerana jari saya pendek dan bulat so kalau simpan kuku panjang sedikit nampaklah jari tu panjang.  
Untuk menjaga kebersihan kuku tentunya kita akan mengerat kuku kita.  Tetapi sebagai seorang Islam ada antara kita tidak tahu rahsia di sebalik mengerat kuku ini.  Semasa saya kecil dahulu kira2 dah pandai mengerat kuku sendiri ibu saya beritahu bahawa kalau hendak mengerat kuku mestilah hari Jumaat, Isnin dan Khamis. Dan bila dah potong kuku tu jangan buang bersipah2 hendaklah dibuang di tanah.  Dan jika kita dalam hadas besar tidak bolih memotong kuku.  Dan nasihat itu saya ingat sampai sekarang.


Baru2 ini seorang sahabat saya yang saya kenal melalui facebook ada menulis tentang Rahsia Memotong Kuku.  Ini ini amat menarik perhatian saya.  Mungkin kebanyakan anak2 muda sekarang ini tidak mengetahuinya.  Tetapi sebagai seorang Islam sesuatu ilmu yang baik itu eloklah dikongsi bersama.  Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Saudara Mohamed Ibrahim Maricar kerana berkongsi ilmu ini. Penghargaan dari saya.



RAHSIA MEMOTONG KUKU
by Mohamed Ibrahim Maricar on Tuesday, 26 October 2010 at 12:31
Waktu Memotong Kuku
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
• Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
• Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
• Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
• Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
• Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
• Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
• Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Salah satu sunnah yg dilakukan Rasulullah SAW, yakni memotong kuku seperti berikut:-
Cara memotong kuku jari tangan adalah mulai dari jari telunjuk yang kanan terus melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang kanan, terus disambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jarikiri dan berakhir di ibu jari kanan.
Dan untuk memotong kuku jari kaki mulai dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

Dalam perkara waktu memotong kuku, hadits berikut, sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang artinya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi‘i dan ulama-ulama asy-Syafi‘iyah, sunah memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Jum‘at, sebagaimana disunahkan mandi, memotong kuku, memakai wangi2an, berpakaian rapi sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jum‘at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Huroiroh Rodhiallohu ‘anhuma yang artinya:“Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunah), dia diam ketika imam berkhutbah dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Abu Huroiroh didapatkan hadits berikut: “Bahwasanya Rasulullah s.a.w., memotong kuku dan mengunting misai (kumis) pada hari Jum‘at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang.”(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Menanam Potongan Kuku
Referensinya adalah sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahwa Ibnu ‘Umar Rodhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

Wallahu a'lam.

Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dari ilmu di atas. 


JUMPA LAGI ....



No comments:

Post a Comment