31 July, 2010

PEREMPUAN...PEREMPUAN DAN PEREMPUAN


TOKBU:
Kakak saya Cik Nong (CN) nama sebenarnya Zainab memang seorang yang sangat prihatin kalau bab2 yang melibatkan keluarga. Baik keluarga terdekat yang melibatkan kami anak beranak mahupun keluarga yang jauh bau2 bacang. Apa sajer perkabaran mengenai keluarga pasti akan disampaikan samada melalui sms ataupun panggilan telefon. Untuk kesekian kalinya dia menalifun dengan tonasinya yang agak mencemaskan diri saya. Sementalah anaknya Kak Cik sedang menanti saat untuk melahirkan anak. Jika anda semua ingat di entry terdahulu saya ada menceritakan sisuasi yang Kak Cik hadapi mengandung kali ini.

Menjadi seorang perempuan memang akan melalui saat2 yang mencemaskan ini iaitu melahirkan anak. Melainkan jika seorang tu mandul lainlah kan. Tapi menjadi perempuan yang mandul juga amat mencemaskan. Kebarangkaian suami berkahwin lain atau menjadi janda memang cerah. Nasib perempuan.

So pada Jumaat 23 Julai 2010 CN beritahu dia akan ke JB Kak Cik nak kena oprate sebab bleeding banyak. Maka lahirlah seorang bayi perempuan Nurlaily Sheeda nama diberi. So Kak Cik dan suaminya MJ adalah "Charle's Angles". Tak apalah Kak Cik dan MJ nanti kelian akan dapat juga anak lelaki iaitu menentu 3 orang kan. Tu tak kira lagi masa akan datang berapa hantaran perkahwinan entah2 akan menceceh jutaan ringgit kot .... lumayan kan. Wawahuallam. Panjang umur dapatlah melihatnya.
Baby Norlaily Saheeda

Kesah Kak Cik tidak sampai di situ jer, selepas melalui proses cesarean dan baby selamat dikeluarkan Kak Cik ditempatkan di ICU wad bersalin tu kerana pendarahan yang banyak. Disebabkan sudah 3 kali menjalani cesarean Kak Cik nasihat doktor Kak Cik tidak boleh melahirkan anak lagi. Maka dalam bahasa mudah kenalah ikat rahim. Saya pernah terbaca satu artikal (lupa lak kat mana) tentang perkara ini yang sebenarnya tidak istilah mengikat rahim bagi mencegah kehamilan. Istilah sebenar mengikat tiub fallopio kanan dan kiri. Kelahiran anak kali ini bagi Kak Cik amatlah menyakitkan dan mendebarkan kami sekeluarga. Pelbagai proses yang menyakitkan terpaksa Kak Cik tempoh. So anak Kak Cik hanyalah 3 orang semuanya perempuan. Tapi kuasa Allah siapalah tahukan. Banyak juga kes2 seperti ni yang saya dengar ter'accident' mengandung dan boleh melahirkan anak secara normal dan kuasa Allah juga dapat anak lelaki. Tapi tidak masalah lelaki atau perempuan kan sama sahaja zaman ini .... pokoknya Kak Cik selamat dan kita dah hampir dua minggu.

Cerita Kak Cik tak juga berakhir di situ. CN telefon lagi beritahu baby Nurlaily dan Kak Cik kena worded sebab baby kena penyakit kuning. Disebabkan baby menyusu badan Kak Cik pun kena masuk wad. Banyak sungguh dugaan Kak Cik kali ini. Harap Kak Cik bersabar dan semua yang berlaku ada rahmat di sebeliknya tu.... dan nasib seorang perempuan tak juga berakhir setakat tu ... selepas ini Kak Cik kena tempohi tempoh berpantang dan kena juga menjaga baby. Mudah2an semua ini akan membuatkan MJ lebih menyenyangi dan menghargai Kak Cik.

Apabila CN ke JB kenalah saya balik kampung untuk menjaga ibundaku .....


JUMPA LAGI ....

Nota: Kayha tak nak cerita kali ni merajuk sebab kena tinggal Tokbu nak balik kampung ...

20 July, 2010

MEMENAFAATKAN TANAH


Tokbu:

Pepatah ada berkata "kalau kita berbakti pada tanah tentu ada hasilnya". Di kesempatan masa terluang setelah menjadi pesara ni saya cuba menjadikan berkebun secara kecil2lan sebagai hobi. Maklumlah nak beli tanah untuk bekebun secara besar2ran tak ada uwang.... So ada sedikit ruang di belakang rumah saya pun berkebunlah secara kecil2lan. Alhamdullilah setelah beberapa bulan nampaknya ia membuahkan hasil.






Pada mulanya saya hanya menanam pokok2 hisan saja. Setelah dibaja nampaknya ia tumbuh menghijau dan segarnya. Cuma cuaca yang panas kadang2 melayukan daunnya dan ia perlu disiram setiap hari. Melihat tumbuhan2 tadi hijau mekar sedap mata memandang.




Semasa saya bershopping saya terjumpa banyak benih2 sayuran2 dijual yang dipek kecil2. Hati tertarik membeli benih cili padi, cili merah, daun sadri, tomato dan daun besil. Saya tak pasti adakah daun besil yang terkenal dalam masakan barat ini sebenarnya daun selasih. Kalau dicium dari baunya saya rasa memang daun selasih.

Saya mula menamam benih2 tadi didalam pasu2 kecil dahulu dan apabila telah tumbuh dengan segarnya saya mengalihkannya ke batas yang telah dibuat dengan kemasnya oleh Abang. Disamping itu saya juga menanam kunyit, halia dan serai. Lebihan daun kesum yang dibeli untuk memasak saya cucukan saja di tanah dan Alhamdulillah tumbuh dan bercamah dengan banyaknya. Selain itu ada juga ditanam sertai dan daun pandan.






Berkat berbakti pada tanah apa yang saya usahakan telah membuahkan hasil. Cili padi telah mula berbuah. Masih belum banyak lagi tetapi kalau setakat nak masukkan bila masak maggi dah boleh kot hihi sedap tau ... Daun kunyit telah saya gunakan untuk merebus kerang tempoh hari. Sekurang2nya tidak payah dibeli lagi. Hari raya yang akan menjelang nanti bolehlah digunakan dalam masakan rendang. Begitu juga daun kesum telah saya petik untuk memasak ayam masak asam pedas. Daun pandan pun sekarang tak payah hendak dibeli untuk memasak nasi lemak.

Perancangan seterusnya saya ingin menanam pokok tomato. Kena belajar macam mana menjaganya. Menurut kawan2 kena pacak kayu tak tahu macam mana agaknya. Nantilah nak cuba juga.

Oleh sebab tanah dibelakang rumah dulunya tidak dijaga maka banyaklah rumput dan pokok2 liar yang tumbuh. Sekarang ini pun masih lagi tumbuh dan kenalah dibuang setiap hari. Apabila saya melihat kebun mini saya ini terasa satu kepuasan kerana melihat ia menghijau dengan mekarnya dan apa yang dilakukan benar2 menjadi dan berhasil. Menanam pokok2 ini perlukan penjagaan kerana ada juga kumbang dan siput yang memakan daun2 hijau itu. Syukur Alhamdullah apa yang dibuat mendatangkan hasil.


Kayha:

Kalau Tokbu ke belakang tuk tengok tanam-tanaman Tokbu, adik ada gak ikut sekali sekali. Adik kacau Tokbu. Adik ambik sodok tanah adik sodokkan. Best gak main tanah. Adik tolong Tokbu cabut rumput. Ada sekali tu Adik tercabuat pokok yang Tokbu tanam. Tapi Tokbu tak adlah marah kat adik. Adik mana tahukan. Adik suka tengok pokok2 Tokbu banyak dah tumbuh.


JUMPA LAGI .........

12 July, 2010

World Cup, FI dan Kak Cik



Tokbu:

Demam Piala Dunia (WC) dah berakhir. Sebagaimana ramalan saya Spanyol menjuari piala dunia 2010. Perlawan yang penuh dengan kekasaran pada saya yang mana menyaksikan sejumlah kad kuning dan satu kad merah dikeluarkan oleh pengadil kepada pemain Belanda, ialah masing-masing nak menjadi juara kerana kedua2 pasukan tidak pernah menjuarai WC. Untuk tempat ketiga pula ramalan saya tidak menjadi apabila Jerman mengalahkan Uruguay. Geram betul Uruguay dah leading 2 gol tapi itulah kan beberapa saat pun tinggal masih boleh mendapat gol asalkan ada semangat perjuangan. Apapun dengan berakhirnya world cup ni kembali normallah kehidupan peminat2 bola yang sanggup bersengkang mata menunggu perlawanan jam 2.30 pagi. Hampir sebulan lamanya menyaksikan 48 pasukan terbaik dunia bertarung bermula dari 11 Jun 2010 dan berakhir 12 Julai 2010. Empat tahun lagi di Brazil. Mungkinkah saya akan bermimpi untuk melihat Pasukan Malaysia menjadi salah satu pasukan di World Cup akan datang. Ingin sekali melihat dua beradik kembar Aidil dan Zaquan beraksi di Brazil ...... mungkinkah mimpi akan menjadi kenyataan.

Sebelum melayan final world cup saya menyaksikan dulu F1 salah satu sukan yang sangat saya minati. Kali ini di litar Silverstone untuk GP British. Mark webber dari pasukan Red Bull menang. Walaupun pengurusan pasukannya menganaktirikan dia hah dia telah membuktikan dia juga setanding Vettal (rakan sepasukan yang sentiasa diberi layanan istimewa oleh pengurusan Red Bull). Walau apa pun saya sentiasa memberikan tumpuan kepada Michael Schumacher (MSC) (saya gelar Pakcik). Walau pun belum pernah menang dalam menampilan barunya setelah bersara beberapa tahun dia masih lagi handal jika dibandingkan dengan pemandu2 muda yang lain. Dari 10 perlumbaan hanya dua perlumbaan saja beliau tidak dapat menamatkan 10 tempat teratas. Dalam kedudukan mata MSC di kedudukan 9 pelumba teratas.

Dalam melayan WC dan F1 hati ini tidak senang dan resah mendapat perkabaran dari my sis yang anaknya Kak Cik (KC) mungkin dibedah hari Ahad (kelmarin) kerana kompleksi kandungannya. Kak Cik sedang mengandungkan anak ketiga masuk bulan ke 8. Sebelum ini KC telahpun menjalani dua kali kelahiran anaknya melalui cesarean. Untuk anak yang ketiga ni pun KC akan menjalani cesarean. Cuma mengandung kali ini KC mempunyai masalah urinya ke bawah menyebabkan KC terpaksa tinggal di wad sehingga bersalin yang dijangka pada bulan Ogos. Minggu lepas doktor di HSF Muar mendapati uri KC semakin ke bawah sudah hampir dengan rahim dan untuk menyelamatkan rahim KC, terpaksalah KC ke HJB untuk mendapat rawatan pakar. KC ditahan di HJB dan akan tinggal disana sehingga bersalin. Doktor telah maklumkan jika KC bleeding dia akan terus di bedah. Dan pada hari Sabtu KC bleeding menyebabkan Doktor maklumkan KC akan dibedah. Tetapi kerana bleeding tu tidak berterusan maka tak jadilah KC dibedah kelmarin. Saya doakan KC dan bayinya selamat dan memohon kepada Allah SWT agar menyelamatkan kedua-dua mereka.


Dua ditengah tu anak Kak Cik - Tina dan Aca

Mengandung ni ibarat menyabung nyawa. Sebab itulah perempuan yang meninggal semasa bersalin dikatakan mati sahid. Saya terkenang semasa saya mengandung dahulu. Tiga kali mengandung menyebabkan saya tidak mahu beranak lagi. Memang saya akui semasa mengandung ketiga-tiga anak selama 9 bulan saya tidak mengalami alahan yang teruk. Saya seperti biasa boleh makan apa sajer, cergas bergaya. Tetapi bila sampai masa melahirkan anak sakitnya memang tidak dapat saya tahan. Teringat melahirkan anak yang pertama Jad yang mungkin masa itu tidak ada pengalaman. Saya menjerit sekuat hati. Saya tarik bajunya hingga tercabut butang bajunya kerana menahan sakit pada masa itu. Anak kedua pula Wannie, awal2 ibu saya berpesan kalau sakit gigit leher baju jangan menjerit. Saya ikut kata ibu, berlubanglah leher baju yang saya pakai kerana gigitan saya untuk menahan kesakitan dan hampir di bawa ke bilik pembedahan kerana saya dah tak larat untuk meneran. Tapi syukurlah akhirnya Wannie dilahirkan normal dan beratnya 9p 2a. "Manalah tak teruk ibunya" kata seorang nurse. Anak yang ketiga pula Adik, saya overdue 10 hari dan akhirnya kena induce. Pukul 8 pagi masuk ubat jam 1 tengahari baru melahirkan. Masa itulah saya mengatakan saya tidak mahu melahirkan anak lagi dan itulah Tuhan kabulkan permintaan saya selepas itu saya tidak mempunyai anak lagi. Pengajarannya walau sakit macam mana pun kita tidak harus cakap yang bukan2 kerana seperti dikata apa yang kita cakap itu niat dan Tuhan akan makbulkan. Ketika itu menyesal pun tidak guna.

Bercerita pasal anak sedih dan ngeri bila kisah pembuang bayi berluas-luasa la ni. Ntah apa nak jadi agaknya. Dimana silapnya. Patutkah pendidikan sex diajar di sekolah. Mungkin kita patut memikirkannya. Bukan untuk menggalakkan sex sebelum kahwin tapi apa yang patut mereka buat sehingga tidak terjadi perkara yang tidak diingini.

Bercakap pasal anak minggu lepas bila Kayha balik dari rumah pengasuh dia beritahu saya yang di rumah Mek (pengasuh) akan baby kecik. Saya kata baby Aleeya ker. Baby Aleeya adalah baby yang dijaga oleh Mek juga. Bukan kata Kayha ada baby baru. Rupanya cucu Mek. Anak Mek baru melahirkan anak. Kayha dah pandai bercerita. So kenalah hati2 dia dah semakin bijak.

Fakta WC:

Best Player : Diego Forlan (Uruguay)
Best Team : Spanyol (tentulah Juarakan)
Best Young Player : Thomas Mueller (German)


JUMPA LAGI - JANGAN BUANG BAYI

08 July, 2010

WAH LAMANYA ......... TAK MENULIS...... WAKA WAKA



Tokbu:

Lama betul saya tak menulis.....Rasanya untuk tahun 2010 ni saya belum lagi bercerita apa2 .... tak sibuk mana pun tapi tulah kadang-kadang banyak perkara yang membuat kita leka. Laptop yang selalu digunakan rosak bila dah dibaiki orang pinjam pulak, lama2 dah tak nampak bayangnya kemana pergi tak taulah. Tak kuasa saya nak memikirkannya.

Sekarang ni rata2 umum bercerita tentang Bola Sepak Piala dunia (World Cup). Saya taklah minat sangat dengan football ni tapi ikutlah juga perkembangan sukan ni walaupun bolasepak di negara kita ni tak taulah macam mana jadinya nanti. Saya kenal gak bintang2 bolasepak dunia seperti Lionel Messi, Kaka, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney yang tak se gah mana bila beraksi di pentas world cup hingga mengakibatkan pasukan masing-masing bungkus ........

Di awal pusingan saya tak meramal mana-mana pasukan yang akan menang dalam perlawanan mereka. Walau pun Tokbu ada pasukan2 favorite seperti Afrika Selatan, Perancia, Argentina, Korea Selatan, Brazil, Belanda, Cameron dan Sepanyol. Tak terkecuali juga saya nak juga tengok England beraksi (walaupun ada teman saya kata tak payahlah tengok England main) dah pasukan terkenal tengok jugalah. Kasihan pasukan England seri 1-1 dengan US, seri 0-0 dengan Algeria, nasib baik menang pada Slovenia dapatlah masuk pusingan kalah mati 16 pasukan. Kena bantai dengan Jerman 4 - 1. Tapi tengok England main malam tu ok gak. Cuma nasib tak der kot.

Masuk pusingan suku akhir saya mula meramal pasukan mana yang akan ke separuh akhir. Dari empat perlawanan dua ramalan saya salah. Uruguay - Ghana saya pilih Ghana (suka tengok Gyan), Belanda - Brazil saya pilih Brazil (walaupun saya pernah mengatakan Brazil tak akan menang tahun ni sebab Dunga tidak memilih Ronaldinho dalam pasukan Brazil) tapi bila lihat prestasi Brazil yang dua kali menang dan seri 0-0 dengan Portugal saya rasa Brazil oklah. Tapi kalah pulak dengan Belanda. Dua pasukan lagi yang saya ramal akan menang iaitu Jerman dan Spanyol menepati tekaan saya. Tiba separuh akhir ramalan saya juga betul bila saya memilih Belanda bila bertemu Uruguay dan Jerman - Spanyol pula saya memilih Spanyol. Ada mengatakan David Villa wira Spanyol antara yang bakal menggantikan Cristiano Ronaldo sebagai bintang bola sepak dunia. Mungkin jugak.

Kemuncak world cup 2010 akan berakhir pada 12 Julai ini. Antara Belanda dan Spanyol pasukan mana yang akan menang. Mungkin ramai yang meramal Belanda tapi saya tetap akan memilih Spanyol, kenapa? Sebab saya memang suka Espaniolaaaaaaaaa. Jangan lupa lak untuk tempat ketiga antara Uruguay - Jerman siapa yang akan menang. Ramalan saya Uruguay hahaha. Mari kita tengok siapa yang kena.

Kayha:

Adik dah makin besar. La ni bila masuk bilik Tokbu adik selalu tengok Tokbu tengok orang main bola. Bila gol Tokbu jerit gol adik pun ikut kata gol. Bulan Oktober ni Adik 4 tahun. Babah kata tahun depan adik masuk tadika. Adik tak lagi duduk rumah Mek (Pengasuh). Wah bila balik dari tadika tentu adik balik rumah. Tokbu jaga adik lah kan yeh yeh adik suka. Bila adik dah besar ni adik dah pandai cakap macam2. Kadang-kadang adik kena marah dengan Babah, Mummy, Tokbu dan Cik Nani sebab dia orang kata adik tak boleh cakap macam tu. Selalu gak Babah pukul mulut adik bila adik cakap b*** b**** m***** adik nangis lah. Adik mana tau adik ikutlah apa orang cakap. Salah adik ker ..... geramnya. Sekarang ni adik makin rapat dan manja dengan Tokbu. Bukan Tokbu tak pernah marah adik kalau adik buat salah tapi adik tetap manja dengan Tokbu. Bila kena marah dengan Babah atau Kak Tasya kacau adik, adik nangis dan lari dapat Tokbu. Tokbu akan punjuk adik. Adik sayang Tokbu.

Tokbu : Roger Federer kalah di Wimbledon apa dah jadi Federer asyek kalah jer tahun ni ...

JUMPA LAGI ..... WAKA WAKA