28 November, 2011

MASIH ADIK WALAUPUN DAH 29 TAHUN

29 tahun lalu pada hari Ahad 28 November jam 8.00 pagi saya ke Hospital Kerajaan Jelebu Negeri Sembilan setelah 10 hari kandungan saya overdue.  Kandungan ini terpaksa dipaksa keluar untuk mengelakkan kompelasi yang akan berlaku pada diri saya serta bayi dalam kandungan.  Tepat jam 12 tengahari saya melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel dan puteh melepak.  

Dek kerana dia anak ketiga pada masa itu tentunya dia dipanggil adik oleh abang dan kakaknya termasuklah saya dan arwah ayahnya.  Menjadi anak yang bongsu pastinya dia amat manja. Dari kecil hingga adik habis sekolah menengah adik dipelihara oleh emak saya.  Maka tidak hairanlah dia memanggil emak saya Mak.  Alhamdulillah sehingga kini dia amat menyanyangi emak saya.

Walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai anak dia masih dipanggil adik oleh kami semua.  Adik adalah Babah Kayha.  Adik dan keluarganya tingal bersama saya.  Dia pernah untuk berpindah dan tinggal sendiri tetapi saya tidak mengizinkan kerana mungkin saya masih beranggapan dia kecil lagi.  Tetapi yang pastinya sekurang2nya dia boleh menjaga saya bila tinggal bersama2.  

Hari ini hari lahir adik dan tentunya menggamit kenangan saya ketika melahirkannya.  Selamat Hari Lahir Adik .... 
Dari kecil memang hobinya mengira duit
rupanya memang nak kerja bank hahaha ..
.


JUMPA LAGI ...

22 November, 2011

BOLA .... BOLA .....BOLA

Hari ini saya pasti seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia akan memperkatakan pasal BOLA ... rakyat Malaysia terutamanya pasti akan berbangga dan bergembira dengan kejayaan anak2 muda kita dari pasukan Harimau Muda yang telah membaham Garuda Muda Indonesia. 

Sebagai rakyat Malaysia saya juga amat2 berbangga dan gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak kita ini.   Saya telah berdoa kepada Allah SWT agar kejayaan berpihak kepada anak2 muda kita ini kerana saya amat sedih kerana mereka semua diperlakukan dengan tidak adil dan diperlekehkan oleh media Indonesia dan juga panyokong2 bola sepak Indonesia.   Ternyata provokasi2 yang cuba dilakukan oleh rakyat Indonesia tidak sedikit pun melemahkan semangat Harimau Muda kita ini.  Buktinya walaupun kita ketinggal 1-0 di awal2 perlawanan, kesungguhan menentang laskar Garuda amat membanggakan kita.

Pujian harus diberikan kepada kesemua pemain2 dan yang paling utama penjaga gol kita Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menidakkan tendangan penalti Ferdinan Sinago.  Juga menjadi kebanggaan kita ketua Pasukan Harimau Muda Baddrol Bakhtiar yang telah berjaya mendapatkan Malaysia Pingat Emas yakni ibu segala pingat setelah tendangan penaltinya berjaya memperdayakan penjaga gol Indonesia yang saya kira akan membuat pejaga  gol Indonesia ini tidak lena tidor untuk jangka masa yang lama.

Syabasa Harimau Muda dan syabas Ong Kim Swee jurulatih pasukan Harimau Muda.  Walaupun anda dilayan sebegitu rupa ia tidak sedikit pun menjadi kudis pada anak2 didik kamu .... Tahniah ....

JUMPA LAGI ...