30 May, 2011

RAMPAS KUASA

Anda tentu perasan yang kanak2 di alaf ni semuanya cerdik2 dan keletah kan.  Dah tu semuanya comel2 belaka.  Lihat ajer lah bayi sekarang ni  baru lahir jer dah bukak mata bukan main luas lagi dan kalau diagah sudah tersenyum.  Pelbagai faktor sebenarnya yang mempengaruhi perubahan2 tersebut.

Tahun ni Oktober Kayha genap 4 tahun.  Melihat dia membesar di depan mata dan melihat dia bolih membuat banyak perkara memajukan dirinya amat mengkagumkan saya. Dia suka menonton tv dan faham akan jalan ceritanya.  Dia dah pandai bercakap di telefon.  Lepas tu dah pandai mengambil gambar menggunakan handphone.  Dia dah pandai membuat puzzle dan pandai mewarna gambar dan mengenal abjat dan angka.  Dah pandai berebut dengan Babah dan Tasya untuk main PSP.  Dan kini dah dah pandai main games di  PC saya.


Apabila ada masa terluang saya memang suka main games di pc saya.  Kayha pulak selalu tengok saya main games tersebut dan dia selalu bertanya itu dan ini.  Terkadang duduk di pangku saya untuk melihat saya main dan bertanya itu dan ini.  Kemudian dia mula minta nak main.  Saya pun ajarlah dia macam mana nak main games tersebut.  La ni dia dah pandai main games itu walaupun lambat tetapi dia dah  tahu macam mana nak main games tersebut.  Sekarang ni pantang lihat saya bukan pc dia nak main games.  Tak der  can saya nak main kalau dia ada. Nampaknya kena tunggu dia tak der lah kalau nak mengadap pc.




JUMPA LAGI ...

27 May, 2011

CATATAN JUMAAT


Selawat, Rahmat dan Hajat

Mudah2an kita selalu melazimkan diri mengingati Nabi saw dengan berbanyakkan Solawat, agar mendapat syafaat hidup di dunia dan di Yaumul-Hisaab.

Sungguh Nabi s.a.w. adalah satu rahmat yang dianugerahkan Allah kepada sekalian alam.

“Dan tidaklah Kami utuskan engkau (yakni Junjungan Nabi)
melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam.”

Oleh itu sewajarnya kita bergembira dengan anugerah rahmat Allah ini. Antara cara untuk menyatakan kegembiraan ini adalah dengan selalu bahkan sentiasa ingat dan memperingati Nabi s.a.w dengan bersolawat.

“Sesiapa yang bersholawat ke atasku pada setiap hari 100 kali, nescaya ditunaikan Allah baginya 100 hajat, 70 daripada hajat akhiratnya dan 30 hajat dunianya.” Ibnu Mundah dan Abu Musa al-Madini

JUMPA LAGI ...



Top of Form

23 May, 2011

DAN AIR MATA MENGALIR LAGI3 ...

Sabtu lalu kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh dan menghempap Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At Taqwa di Kampong Sungai Gahal, Hulu Langat, Selangor.  Kejadian itu mengakibatkan 16 orang kanak2 dan juga pekerja rumah anak yatim tersebut meninggal dunia.  Sementara 9 orang lagi cedera.  

Dua daripada mereka kakinya terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawa mereka.  Malah seorang dari anak tersebut iaitu Zulkhair Aminuddin 13 tahun terpaksa dipotong kakinya di tempat kejadian.  Dia tertimbus dari paras pinggang dan bila diselamatkan dia kehilangan banyak darah dan kakinya telah kebiruan.  Bayangkanlah bagaimana dia terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat bila kakinya dipotong hingga ke paras lutut.  Sebak dada dan mengalir air mata saya dan saya terpaksa berhenti beberapa kali semasa menaip entry ini.

Sebenarnya banyak cerita sedih akibat dari kejadian ini.  Dan tentunya anda semua ada membaca di dada2 akhbar.  Apabila kejadian seperti ini berlaku barulah kedengaran cerita2 yang kurang enak tentang kewujudan rumah anak2 yatim ini.  Kononnya rumah ini tidak berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita agensi yang menguruskan pendaftaran rumah2 kebajikan seperti ini dan pembinaan rumah ini tiada kelulusan penguasa tempatan dan macam2 lagi.  Tetapi ramai di antara kita tidak tahu betapa susahnya untuk mendapat kelulusan untuk kerja2 amal seperti ini terlalu banyak kerenah birokrasi.   Kadang2 kelulusan seperti ini memakan masa yang terlalu lama.  So siapa yang hendak disalahkan.  Bila ada kejadian seperti ini mulalah pihak berkuasa menunding jadi dan lepas tangan.  

Inilah gambar terakhir anak2 ini sebelum kejadian ... kredit kepada Mohd Khairul Ismail ...
Doa saya mengiringi mereka, kepada anak2 dan mereka yang terkorban dalam kejadian ini didoakan mereka ditempatkan di kalangan mereka yang soleh .. AlFatihah ...

JUMPA LAGI ...

20 May, 2011

CATATAN JUMAAT

Mengapa Penting Menjaga Roh
Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesehatan fisik. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau gangguan apa saja, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Seandainya perawatan biasa dianggap kurang baik, maka beralih ke doktor pakar.

Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Manusia akan mengambil sikap sama sekali tidak peduli atau memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal akibat dari penyakit hati atau roh bukan saja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran, malah akan disiksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak, nauzubillah.

Menjaga hati atau roh adalah amat penting. Sebabnya:

1.Roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fisik (jasad lahir) yang akan binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberi jasad baru.

2.Roh itulah yang akan menerima atau merasakan nikmat atau azab bersama jasad barunya di Akhirat kelak.

3.Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman, syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan, syaitan dengan keraguan.

4.Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni dari Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari).

5.Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat.

6.Roh kalau ia sangat bersih, matanya lebih tajam daripada mata lahir atau mata kepala, sebagian yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya yang disebut mukasyafatul qulub.

7.Roh/hati adalah raja dalam diri. Dia akan perintahkan tentara-tentaranya, yaitu anggota lahir atau jawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arahkan tentaranya untuk berbuat kejahatan dan begitulah sebaliknya.

8.Karena ia dapat menerima sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki dan juga dapat menerima sifat-sifat mazmumah yang dibenci dan dikeji yang seyogianya dibuang atau dijauhi.

9.Ia adalah tempat merasa, yaitu susah atau senang, bahagia atau dukacita, rasa sempit dan rasa lapang, rasa keluh-kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putus asa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa ragu atau percaya, rasa pesimistis atau optimistis, rasa rindu atau simpati.

10.Sikap jasad lahir atau tingkah laku baik ataupun buruk adalah pancaran dari hati atau roh.

11.Hati adalah tempat penglihatan dan penilaian Tuhan, sedang jasad lahir tempat pandangan makhluk.

12.Hidayah yang lahir adalah sumber dari yang batin atau roh/hati.

13.Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentu segala amalan seseorang itu diterima atau ditolak bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanya Allah yang mengetahui.

14.Seseorang yang berbuat kebaikan, orang tidak katakan baik tangannya, kakinya, tapi orang berkata baik hatinya.

15.Ketahanan yang lahir adalah bersumber dari ketahanan yang baik yakni roh/hati.

16.Segala perubahan yang lahir ini berasal dari perubahan yang batin yakni roh/hatinya.

17.Penyakit roh atau hati membawa ke neraka, penyakit lahir membawa ke surga(segala kesusahan dan kesakitan lahiriah merupakan kifarah).

18.Penyakit lahir kalau sangat parah hanya pada badan, tapi penyakit roh/hati menghancurkan apa saja yang ada di dunia ini.

19.Penyakit badan kalau sangat parah, menyebabkan mati badan, tapi penyakit roh/hati menyebabkan matinya iman dan Islam.

20.Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh/hati siksanya kekal abadi.

21.Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batin Allah yang benci.

22.Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin menguruskan iman.

23.Di dalam tidur, adakalanya seseorang mendapat alamat di dalam mimpi baik itu secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepada roh, bukannya mata kasar.

24.Rasullullah SAW menyuruh takut kepada pandangan mata hati/roh, Allah tidak mengatakan takutilah pandangan mata kasar.

" Takutilah firasat orang mukmin, karena ia melihat dengan cahaya Allah." ( Riwayat at-Tarmizi )

25.Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penyakit batin dipandang hina.

26.Penyakit lahir tidak sampai menyebabkan hilangnya kepercayaan orang, tapi penyakit batin sampai berakibat menghilangkan kepercayaan orang.

27.Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan.

28.Roh dapat mengembara tanpa jasad dan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib dengan izin Allah.

29.Selepas mati, roh dapat kembali ke dunia dan dapat melihat keluarganya, tidak seperti jasad.

30.Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak simpati.

Kesimpulannya:
Sebab pentingnya hati dan roh maka:
  • Wajib kita memberi makanan yang cukup, makanannya ialah sembahyang, zikrullah, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, shalawat, melihat kebesarannya melalui pemandangan dan mengingat mati
  • Berilah ia pakaian, yaitu dengan sifat-sifat taqwa.
  • Jauhkan dari segala penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riak, ujub dan sebagainya.
  • Perlu muhasabah terhadapnya selalu.
  • Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberinya makan serta pakaian.


Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu". Peganglah hadis ini, semoga menjadi dorongan dan pedoman serta panduan kepada kita.

Wallahu a'lam

JUMPA LAGI ...




16 May, 2011

SELAMAT HARI GURU

La ni kan macam2 hari ada.  Minggu lepas kita menyambut Hari Ibu.  Sebelum ni Hari Wanita, Ahad kelmarin Hari Belia dan hari ni sambutan Hari Guru.  Yang pastinya guru2 hari ni mesti banyak dapat hadiah dari anak2 murid mereka.  Masa saya bersekolah dulu sekitar tahun 60an dan 70an seingat saya tidak ada lagi hari guru.  Ialah masa berubah dan kita kenalah maju kehadapan mengikut peredaran zaman.

Sempena hari guru ni teringat pulak guru2 saya dulu.  Masa sekolah rendah saya dah tak ingat pun nama2 guru saya.  Ialah dah lebih dari 50 tahun. Ingatan pun dah kureng hihihi.  Tapi yang saya masih ingat masa sekolah rendah dulu saya memang popular kerana dari darjah 1 hingga darjah 6 saya selalunya mendapat nombor 1 atau nombor 2.  Masa sekolah rendah saya bersekolah di sekolah Parit Khadi Muar.  Setahu saya sekolah tu dah tak der lagi.  

Tetapi guru di sekolah menengah adalah yang masih saya ingat.  Cikgu Zainun guru saya di Tingkat 1,  dia ni kalau kita salah jawab dia cubit. Dia suka cubit di tepi ketiak kita. Alamak sakitnya tidak terkira.  Masa saya di tingkatan 2 cikgu ni namanya Cikgu Hassan, orangnya berbadan gempal rupa macam cina.  Pada pagi tu kelas saya ada pendidikan jasmani.  Tahu2 ajerlah bila lepas senaman tu tentulah badan panas dan berpeluh.  Kami pun bukaklah kipas.  Cikgu Hassan ni pula first time mengajar di kelas saya ni.  Dia mengajar Bahasa Malaysia. Manalah kami semua tahu dia ni tak suka kipas di on.  Ada lelah kot. Amboi mengamuk sakanlah dia.  Dia nak tahu siapa yang on kipas tu.  Seorang pun tak mengaku ... yerlah takut lah kan.  Oleh kerana tiada siapa yang mengaku satu kelas kena hukum di pukul tapak tangan dengan ruler sebanyak 3 kali seorang dan lepas tu kami semua di jemur di luar kelas.  Sakit tangan dahlah kan ni malu dengan kelas2 lain satu hal.    Esoknya dapat tahu ada seorang bapa dah datang sekolah komplen pada cikgu besar.  Sebab anaknya demam akibat hukuman itu.  Tapi lepas dari itu cikgu Hassan ni tak der lah lagi memukul kami.  Tapi yang saya paling ingat cikgu Hassan ni ialah ia amat pentingkan tulisan.  Dia mahu semua tulisan bersambung.  Bukan tulisan bercerai2 ni.  Saya harap anda semua faham maksud saya yer.  Saya pernah kena buat excise tulisan sambung ni sampai dua muka kertas.  Tapi hasilnya bolih tengok sekarang ni tulisan saya kemas dan cantik (kawan2 katalah).

Masa di tingkatan 3 cikgu saya ni namanya Cikgu Hussin.  Orangnya handsome.  Ramailah pelajar2 perempuan meminatinya.  Dia ni kira guru kelas saya lah.  Pada satu hari dia dah terjumpa surat dalam buku saya.  Bukan surat cinta untuk saya tapi surat seorang pelajar lelaki yang mahu saya rekomenkan kawan baik saya untuk dia.  Saya dan kawan baik saya N pun dipanggilkah oleh cikgu Hussin dan diberi konseling (walaupun masa tu belum ada jawatan tu di sekolah2).  Sejak dari hari tu cikgu Hussin ini kira kamcing lah dengan saya dan N.  Ada satu cikgu perempuan namanya Cikgu Khatijah minat dengan cikgu Hussin ni.  Dia anti betul dengan saya dan N.  Bila tiba masa dia mengajar kelas saya selalu dia cari kesalahan saya dan N.  Saya pun mengadulah dengan Cikgu Hussin.  Sejak dari itu cikgu Khatijah pulak yang kamcing dengan kami berdua.  Dan lepas itu mereka berdua bertemu jodoh.  

Masa di tingkat 5 pulak ada lagi satu cikgu yang bernama Cikgu Hassan.  Bukan cikgu Hassan yang dulu.  Ni namanya Cikgu Hassan Maarof.  Memang dah tau dia ni garang bukan main.  Dia ni ajar ilmu hisab (masa ni math lah).  Silap jawab jer kena rotan di kaki.  Memang saya tak suka benar dengan dia.  Pernah kami semua cakap kalau kami semua nanti jadi guru nak rotan pulak anak dia nanti.  Hihihi funny kan tak tau lah cikgu Hassan ni di mana sekarang.  Nak jadi cerita lepas sekolah saya ada berpacaran dengan anak saudara cikgu Hassan ni.  Kalau ada jodoh dengan I ni mesti saya akan bertemu dengan cikgu Hassan ni.  Bolihlah saya cubit2 anak dia lak kan kah kah kah.

Tapi itu hanya tinggal kenangan.  Memang jasa guru atau cikgu tidak dapat kita membalasnya.  Kita kena mengakui kerana gurulah kita semua tahu membaca dan menulis dan mendapat pendidikan dan pengetahuan untuk meneruskan kehidupan kita di dunia yang serba mencabar ini.  Terima kasih cikgu ....

Selamat Hari Guru kepada guru2 yang membaca blog saya ini ..

JUMPA LAGI ...

09 May, 2011

MAK...IBU...UMMI...BONDA ...MAMA...MUMMY - WANITA AGUNG

Ratu Hatiku - Hajah Hasnah Hj Ismail 

Kelmarin Ahad kebanyakan anak2 di Malaysia meraikankan ibu2 mereka sempena Hari Ibu.  Ada setengah orang mengatakan perayaan ini tidak patut dirayakan kerana mengikut cara orang2 barat.  Tetapi pandapat peribadi saya sekirnya nawaitu anak2 untuk menunjukkan rasa kasih sayang, untuk mengenang jasa ibu2 mereka tidak ada salahnya.  Memanglah sepatutnya hari2 anak2 harus menunjukkan kasih sayang kepada ibu mereka tetapi memlilih untuk meraikan pada satu hari yang istimewa memang patut dilakukan.

Saya tidak pasti bila mulanya Hari Ibu ini diraikan secara besaran2 atau dikomersialkan di Malaysia ini.  Saya terperasan beberapa tahun lalu bila anak2 mula wish saya Happy Mother Day  dan selepas itu anak serta menantu saya mula meraikannya dengan membelanja makan dan memberi hadiah.  Saya pun ikutlah wish Mak saya dengan menelefonnya dan Mak saya yang memang sporting habis pun faham akan perayaan ini.  Kelmarin juga saya menghantar MMS pada kakak saya mengucapkan Hari Ibu untuk dia dan memintanya menunjukkan MMS itu kepada Mak.  Walau pun banyak Mak dah lupa tetapi saya pasti dia faham perasaan sayang saya kepadanya.  Baru ini saya ada balik kampong dan pada pengamatan saya masih banyak lagi yang dia ingat bila dia berbual dengan saya.

Memang kasih saya terhadap Mak tidak ada penghujungnya.  Pengorbanan  Mak saya memang amat besar.  Mak saya membesarkan kami tiga beradik tanpa ayah.  Bayangkan lah semasa ayah saya meninggal saya berusia 3 tahun.  Cakap pun pelat lagi.  Mak tidak pernah berkahwin lain hingga  kini. Bayangkan lah macam mana beliau dapat membesarkan saya adik beradik seorang diri.  Mak memang garang orangnya tetapi saya faham itu semua untuk kebaikan saya adik beradik.  Apabila sudah menjadi ibu baru saya merasa apa yang Mak  rasa.  Betap susahnya membesarkan anak2 seorang diri. Bohonglah kalau saya kata tidak pernah mengecikkan hati Mak dan bohonglah juga kalau saya tidak pernah berkecil hati pada anak2.  Tetapi sebagai ibu yang waras dan beriman tidak akan pernah mendoakan yang tidak baik untuk anak2.  Selalu memaafkan mereka, walaupun berkecil hati atau kecewa kadang2 dengan perbuatan anak2 sebagai ibu, kita selalu mendoakan yang terbaik untuk anak2.  Tingginya darjat seorang anak bila selalu mengembirakan ibu mereka.
Hadiah dari anak perempuan saya Wannie.  Wannie tidak pernah lupa memberikan saya hadiah setiap kali hari ibu dan hari lahir saya. Begitu juga menantu saya Lin.  Tersentuh hati saya dengan ingatan dan penghargaan mereka kepada saya.  Jika kita menunjukkan contoh yang baik kepada anak2 Insyaallah anak2 akan menjadi anak yang sentiasa menyanyangi ibu2 mereka.
Selamat Hari Ibu kepada ibu2 yang membaca blog saya ini.

JUMPA LAGI ...

07 May, 2011

KAYHA KE PD

Hari ini Kayha ke Port Dickson (PD).  Ofis Babahnya ada buat family day di sana.  Selalunya hari2 cuti begini Kayha memang lambat bangun.  Tapi hari ini dia kena paksa bangun.  Nasib baik dia tak mengamuk.  Merengek sikit2 saja.  Pujuk untuk mandi tak mahu.  Disebabkan Mummynya sibuk menyiapkan barang2 yang hendak dibawa saya pun menolong menyiapkan Kayha.  Saya hanya mengelapkan saja badan dia sebab dia memang tak mahu mandi.  

Bila dah siap begitu dah tak mahu duduk dalam rumah.  Dah tak sabar nak berjalan.  Terus masuk kereta tak mahu keluar lagi. Bila ditanya adik nak kemana ..

pulau pangkol ...

bukan ... adik nak ke Port Dickson

Tokbu ... nanti adik nak main air

ok ... jangan menangis yer, jangan mengamuk yer ... adik main air dengan kakak dengan kawan2 yer ...

baiklah ....
Sesekali anak2 perlu dibawa bercuti begini biar mereka dapat pelajaran baru pengalaman baru dan juga kawan baru ...

Sebelum pergi bukan main berbudi bahasa dia ...

Tokbu marilah ikut adik  ....

Tokbu ada kerja lah ...

oh Tokbu ada keja ...

Sebentar tadi menantu saya menelefon memberitahu mereka telah selamat sampai di Port Dickson.  Kayha pula tidak meragam pun sepanjang perjalanan dan sekarang ni tengah tidor.  Yer lah mengantuk lah tu pagi2 dah bangun. 


JUMPA LAGI ...