23 May, 2011

DAN AIR MATA MENGALIR LAGI3 ...

Sabtu lalu kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh dan menghempap Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At Taqwa di Kampong Sungai Gahal, Hulu Langat, Selangor.  Kejadian itu mengakibatkan 16 orang kanak2 dan juga pekerja rumah anak yatim tersebut meninggal dunia.  Sementara 9 orang lagi cedera.  

Dua daripada mereka kakinya terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawa mereka.  Malah seorang dari anak tersebut iaitu Zulkhair Aminuddin 13 tahun terpaksa dipotong kakinya di tempat kejadian.  Dia tertimbus dari paras pinggang dan bila diselamatkan dia kehilangan banyak darah dan kakinya telah kebiruan.  Bayangkanlah bagaimana dia terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat bila kakinya dipotong hingga ke paras lutut.  Sebak dada dan mengalir air mata saya dan saya terpaksa berhenti beberapa kali semasa menaip entry ini.

Sebenarnya banyak cerita sedih akibat dari kejadian ini.  Dan tentunya anda semua ada membaca di dada2 akhbar.  Apabila kejadian seperti ini berlaku barulah kedengaran cerita2 yang kurang enak tentang kewujudan rumah anak2 yatim ini.  Kononnya rumah ini tidak berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita agensi yang menguruskan pendaftaran rumah2 kebajikan seperti ini dan pembinaan rumah ini tiada kelulusan penguasa tempatan dan macam2 lagi.  Tetapi ramai di antara kita tidak tahu betapa susahnya untuk mendapat kelulusan untuk kerja2 amal seperti ini terlalu banyak kerenah birokrasi.   Kadang2 kelulusan seperti ini memakan masa yang terlalu lama.  So siapa yang hendak disalahkan.  Bila ada kejadian seperti ini mulalah pihak berkuasa menunding jadi dan lepas tangan.  

Inilah gambar terakhir anak2 ini sebelum kejadian ... kredit kepada Mohd Khairul Ismail ...
Doa saya mengiringi mereka, kepada anak2 dan mereka yang terkorban dalam kejadian ini didoakan mereka ditempatkan di kalangan mereka yang soleh .. AlFatihah ...

JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment