26 November, 2009

MINGGU YANG SIBUK


Tokbu:

Minggu ni saya sibuk sikit. Macam2 nak buat. Maklumlah Jumaat ni kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Raya Haji sebutan rengkas. Walaupun sesetengah dari kita merasakan Raya Haji ni tidaklah semeriah Hari Raya AidilFitri tapi ia tetap disambut walau ala kadar sajer. Bagi keluarga saya Hari Raya Haji ni tetap disambut dengan menyediakan juadah seperti Hari Raya Aidilfitri. Ada keluarga yang buat korban dan kami sekeluarga akan mengunjungi mereka makan2 macam Hari Raya Aidifitri rasanya.

Raya Haji tahun ni saya tidak balik kampong. Anak2 pun tidak bercuti ada yang kena kerja hari sabtu so sambutlah Raya Haji di sini. Sepanjang hidup saya baru dua kali saya menyambutnya di sini. Jadi kenalah berbelanja dan masak sendiri. Kalau di kampong tu, semua kakak yang buat. Saya cuma tolong sikit2 sajer.

Disebabkan itulah minggu ni saya sibut benar. Pergi berbelanja barang2 keperluan untuk memasak. Selain merancang juadah apa yang hendak disediakan. Mula2 saya bercadang untuk masak nasi tomato atau nasi minyak sahaja. Senang lauknya masak ayam pedas, daging masak kurma, buat kuah dal dan acar pulang hari. Tapi bila diberitahu pada anak2 nampak mereka macam kureng suka. Mereka ni lebih suka kalau saya buat ketupat ker nasi empit ker ada kuah lodeh, sambal, tu favourate dia orang. So kenalah tukar menu.

Sebab tidak ada orang menolong kenalah saya sediakan bahan2nya awal2. Blend dulu mana yang patut. Simpan dalam peti ais. Nanti tinggal tumis saja.

Kayha:

Kayha tak tau kenapa Tokbu sibut betul minggu ni. Tapi dalam sibuk2 Tokbu tetap layan adik. Dah dua malam Tokbu tidurkan adik. Malam tadi kata mammay adik sedar pukul lima adik nak pergi kat Tokbu. Adik dah sampai kat pintu. Nasib baik pintu bilik tutup kalau tak tentu adik dah dapatkan Tokbu. Pagi2 lagi adik dah dengar Tokbu sibuk kat dapur. Barulah adik tau esok ada raya lagi yeeehhhhhhh. Nanti tentu ayah dengan anti Izan datang tidur sini.

Tokbu:

So kepada semua Tokbu ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha. Saya berdoa semoga dua keluarga saya yang sedang menunaikan haji selamat sejahtera dan selamat kembali.

23 November, 2009

KARUTKAH IA


Tokbu dan Kayha:

Hari Jumaat lepas kakak saya di kampong call saya beritahu tentang ibu saya. Sakit di perut dan belakangnya sudah kurang dan dia nampaknya sihat. Tapi pelupanya makin teruk. Kata kakak dia selalu tanyakan saya kadang2 ibu saya mengatakan saya sedang masak di dapur walhal saya di sini. Terkadang pulak ibu memanggil kakak saya dengan nama saya. Mendengar itu hati saya rasa tidak menentu dan sedih. Oleh sebab suami ada urusan luar kawasan saya mengajak anak saya Eriq (babah Kayha) balik. Kami mengambil keputusan sama ada balik selepas Eriq habis kerja petang Jumaat, jika tidak hujan - bimbang nak balik jauh bila hujan bukan apa teringat masa balik hari raya lepas, waktu tu hujan kereta kami di hentam dari belakang dan tepi fobia dibuatnya. So la ni kan musim hujan jadi kami pun baliklah pagi Sabtu.

Terlanjur balik tu saya dan Eriq ingin menghabiskan rawatan secara tradisional Kayha dan juga pulih rumah. Sebenarnya sukar untuk yakin benda2 begini tetapi bila ia terjadi pada diri kita maka ianya tidak lagi mengarut dan memangnya wujud. Pada saya as long as caranya tidak menyebabkan kita jadi syirik dan cara perubatannya menggunakan ayat2 suci AlQuraat tidak meminta yang bukan2 macam ayam pangganglah tanah kubur orang mati dibunuhlah, it's find with me.

Semua ini bermula masa tu Kayha masih kecil. Selepas Mammaynya habis pantang mereka kambali tinggal bersama saya. Kayha kalau mengangis macam kena histria. Macam ada sesuatu yang ditakutkan. Puaslah kami sekeluarga baca macam2 ayat suci AlQuraan semua tidak berkesan. So masa bawa dia balik kampung untuk pertama kali, Kayha buat hal pulak di sana. Macam kena rasuk. So kakak saya pun panggillah Mak Eton orang kampung saya yang boleh megubat (menangkal) panyakit2 begini. Berkat doa yang dibaca Kayha pun pulihlah. Mak Eton meminta Eriq membawa Kayha untuk berubat dengannya dua kali lagi. So bila Eriq balik selepas tu dia pun bawaklah Kayha berubat. Cuma untuk kali ketiga yang terakhir dia tidak berkesempatan untuk membawa Kayha berjumpa Mak Eton. Kira nak matikan ubat kata orang dulu2.

Di samping tu beberapa kejadian anih berlaku di rumah saya. Ada lembaga yang mengacau anak saya, anak saudara saya dan mungkin juga dia ada mengacau Kayha. Sebelum Kayha lahir lagi pun gangguan itu ada berlaku. Eriq adalah jumpa dengan Ustaz meminta tolong memulihkan rumah. Gangguan itu berhenti seketika selepas itu berlaku lagi. Saya tidak ingat bila ianya bermula. Seingat saya masa saya mula2 tinggal di sini, lagi pulak masa tu saya tinggal sorang2 tak ada ap2 berlaku.

Jadi petang Sabtu selepas Asar saya, kakak, Kayha dan Mammaynya serta Tasha ke rumah Mak Eton. Semasa sampai Mak Eton sedang solat Asar. Mak Eton membacakan doa untuk dua botol air satu untuk diminum dan satu lagi untuk buat dibuat mandi. Bila dia nak bacakan ayat pada badan Kayha dan mengurut badan Kayha apa lagi menangislah Kayha. Tangisan tu bukanlah meraung tapi senyap jer macam orang menahan kesedihan yang amat. Air mata bercucuran kesian pulak tengokkannya. Selepas habis mengubat Kayha, Mak Eton beralih pulak untuk membaca doa untuk memulihkan rumah. Bahan yang diperlukan seperti kemenyan, garam, asam jawa, paku dan buah keras. Kamenyan yang telah dihancurkan digaul dengan garam. Bahan ini untuk ditaburkan di sekeliling rumah dan juga untuk dibakar. Mak Eton juga menyuruh saya mengambil air yang sudah di baca tadi untuk direnjis di semua ruang di dalam rumah saya. Semuasa merenjis tu pintu tingkap hendaklah dibuka. Asam jawa, garam, buah keras dan juga paku adalah bahan2 untuk diberi pada Mak Eton kiranya matikan rawatan itulah.

Bertolak balik dari kampong jam 3 petang dan sampai ke rumah kira2 jam 6 lebih. Saya pun mulalah menabur garam dan kemenyan di sekeling rumah. Selepas itu saya mula merenjis air di seluruh ruang di rumah saya, 4 bilik di atas dan dua bilik air. Di bahagian bawah - ruang tamu, dapur dan bilik yang di diami anak saudara saya. Semasa saya merenjis di bilik ini, saya terdengar sesuatu macam bunyi burung terbang tapi saya tidak nampak apa2. Apabila ini berlaku, saya teringat lama dulu semasa saya sedang bersiap untuk ke tempat kerja, saya keluar dari bilik untuk mengambil tudung di luar bilik saya, saya tergerak untuk menjenguk ada satu bilik tu yang kosong bila saya jenguk jer ada macam benda terbang keluar tingkap dari bilik tu macam bunyi burung terbang tapi tak nampak apa2, masa tu berdiri bulu roma saya. Tapi saya tidak fikir apa2 selepas itu. Mungkin juga benda yang sama yang saya dengar dahulu. Saya cuma berharap dengan berkat doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa lindungilah kami sekeluarga.

Apa2 pun pada saya perkara2 sebegini memang wujud. Cuma kira perlu memohon perlindungan dari Allah SWT. Jika ia tidak berlaku pada diri kita mungkin kita tidak akan mempercayainya. Karut kata sesetengah orang. Cuma jangan sampai ia menjadikan kita syirik sudahlah. Apa2 pun kepada kengkawan di luar sana rajin2lah baca AlQuraan kerana ada di antara ayat2 tersebut boleh melindungi kita dan juga memberkaiti hidup kita. Amin.

19 November, 2009

Teringat Kawan-kawan Part 2

Tokbu :

Part 1 tu saya akhirkan dengan masa saya di Treasury. Tahun 1980 saya bertukar ke Jabatan lain. Masa tu saya tinggal di Hulu Klang. So carilah office yang dekat dengan tempat tinggal. Office lama di Jalan Duta jauh. Nak pergi kerja pun jauh. So dapatlah office kat Keramat. Dekatlah sikit. Tempat baru bos saya berbangsa Cina the late Mr. Yap. Mendiang ni baik orangnya. Tidak cerewet. Bahagian saya kerja kali ni tidak banyak orang Melayu. Cina dengan India banyak. Banyak dealing dengan international (luar negara). Masa mula saya bertugas di tempat baru ni, Rahman dan Normah yang dulu approach saya mahu berbual dengan saya. Kira baiklah dengan saya. Yang lain pandang2 serong lagi. Maklumlah mungkin style saya lain sikit kot dari dia orang. Dari segi pakaian dan juga penampilan diri. Saya akui dari segi penampilan diri masa tu saya memang kira up-to-date lah. Saya jarang pakai baju kurung Melayu kecuali hari Jumaat. Tak lama lepas tu Normah berenti kerja sebab jiwanya lebih pada business bayangkanlah masa kerja dia boleh berniaga cakap saja nak apa sampai nak kelapa parut pun dia boleh bawakkan.

Selepas tu barulah terjalin persahabatan yang akrab dengan Rahmah, Hajah Asmah, Kamisah, Fatimah, Ramiah, Daud, Rosman, Ishak dan banyak lagi yang maaflah jika saya tak sebut. Selepas itu masukkah orang baru Fuzyiah, Hamidah, Zakaria, Che Tom dan Tan, Rohani dan adiknya Latifah (boleh adik beradik sama satu office kan). Hajah Asmah, Rahman, Ishak adalah di antara rakan2 yang bersama saya hingga saya bersara. Kecuali Rahman telah lama bersara. Banyak kenangan manis dan pahit semasa di Wisma Keramat ni.

Sewaktu di Wisma Keramat ni saya bertugas dengan beberapa bos, bermula dengan Mr. Yap, lepas saya bertukar ke Bahagian lain di sini beberapa kali saya bertukar bos antaranya Tuan Syed Rahman (arwah), Encik Ali Bakar (arwah), Encik Kamaruddin (kami gelar dia Mr. One minit - always speaking mat salleh). Seronok sungguh berkerja di Bahagian ini di mana pegawai2nya memang gila2 macam En Olan (arwah), Encik Zakaria (arwah), Puan Zaharah (gambarnya saya paparkan kelmarin), Jagdeep Kaur, Puan Khairani (Bonda), Enck Ibrahim (Ayahanda) dan rasa ada lagi saya dah lupa. Memang seronok sangat masa ni, kita orang akan pergi makan sama2, keluar pergi shopping sama2, Encik Olan dengan kelakar habis dia, tred mark dia "Toyok" tu yang sampai la ni kita orang ada gelar seorang kawan di sini dengn Usof Toyok, tu dari arwah Olan lah tu. Selepas tu Encik Suroya (Dato') join, lagi gila2. Dia ni selalu orang confuse ingat dia perempuan. Ini salah satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan semasa berkerja. Ia amat manis dan sentiasa bersemandi di hati saya.

Selepas kebakaran di Wisma Keramat, office saya berpindah di Damansara. Memandangkan tempat kerja jauh saya berpindah tempat tinggal di Damansara.



Kayha:

Pagi ni adik rasa tak mahu pergi rumah Mek. Adik baring kat bilik Tokbu. Tokbu, Babah dan Mammay tanya adik nak pergi rumah Mek tak, adik kata tak nak. Pas tu Tokbu pujuk adik bye, bye pada Mammay. Tokbu bawak adik turun bawah. Bila tiba kat bawah adik nak lak ikut Mammay. Nampaknya adik pergilah rumah Mek. Tokbu relex lah sebab Tokbu kata dia tak pergi mana2 hari ni.

Tokbu:

Saya emo sikit bila tulis cerita tadi. Kenangan yang tetap abadi di hati saya. Memang macam2 berlaku sewaktu di Wisma Keramat. Ada yang tak mahu saya ingat tapi ia tetap mengganggu diri saya sekali sekala. Berenti dulu di sini nanti saya bercerita pula kisah di Damansara. Jumpa lagi .........

18 November, 2009

Teringat Kawan-kawan



Tokbu:

Semalam, ada orang kata kelmarin saya menyusun semula album2 gambar. Nak asingkan gambar kawan2 dengan family. Emo sikit bila tengok gambar2 lama dengan kawan2 masa bekerja di kampong dulu dengan masa mula2 kerja di KL dan gambar2 terbaru dengan kawan2 di tempat terakhir saya berkerja. Nantilah saya akan fikirkan macam mana cara nak masukkan gambar2 lama tu di sini.

kawan2 masa sama2 berkerja di kampong dulu Sadiah, dia ni berkerja di Pejabat Daerah Kluang, Johor, tak tau masih berkerja lagi atau dah pencen macam saya sebab dia ni tua setahun dari saya. Dulu saya selalu gak call dia ..... tapi kan kadang2 asyik kita jer call terasa macam dia tak ingatkan kita kan. Asmah Kasim: dapat tau dia jadi nurse memang lost contect langsung dengan dia. Encik Harun: tak tahu apa terjadi pada dia.

Masa di kampong dulu saya adalah baik kira ngam dengan dua orang ni, Rubiah (Rubi) dan Jamilah (JJ). Depa berdua ni kira adik2 lah muda dari saya. Rubi ni sangatlah cantik putih melepak dan JJ tomboy dengan brutelnya, tak tau macam mana boleh satu kepala dengan dia orang. JJ (arwah) meninggal dunia akibar cancer payudara. Kami sama2 dapat berkerja di KL. Rubi dan saya berkerja di tempat yang sama iaitu di Treasury. Selepas saya bertukar di jabatan lain, Ruby join semi-government Perbadanan Pelancongan Malaysia. Dengan cerita masih lagi bekerja. Arwah JJ pulak selepas dia balik dari bertugas di Italy dapat lak berkerja di tempat saya. Adalah dua tiga tahun bersama dengan dia lepas tu dia ke Tokyo berkerja di sana. Lepas tu terima berita dia kena cancer dan meninggal. Sedih sungguh masa tu. Yerlah banyak yang aku terkilan dengan dia (unfinish business kata orang) semoga rohnya bersemandi dengan aman di sana.

Ada banyak gambar semasa di Treasury. Ramai kawan2 lama di sana masih lagi berhubung dengan saya walau pun masing2 dah berpindah ke jabatan2 lain. Macam Fatimah, Ramlah, Azizah, Zaiton dan Mainariah. Cuma tak tahu ke mana perginya Kak Jah, Vernice Ho, Mrs Lim, OC Ramli, Naemah dan lain2 yang saya dah lupa. Teringat pulak pada arwah Ghazali dia ni cacat penglihatan tapi sangat baik dengan saya. Semua ini tinggal kenangan, kenangan terindah sangat pada saya.

Kayha:

Balik dari rumah pengasuh semalam, adik ketuk bilik Tokbu. Tokbu kata baju adik pakai cantik. Tokbu tanya sapa beli baju ni, adik kata Mek (pengasuh) beli. Adik tau Tokbu suka tengok adik pakai baju tu kata Tokbu cantiknya. Tokbu ambik gambar. Tak taulah Tokbu tunjuk kat sini ker tak.

Hari ni birthday Kakak Tasya. Babah kata hari tu dah buat birthday party dah potong cake, dah dapat hadiah ari ni kiss ajerlah kakak. Adik pun kiss kakak.

Tokbu:

Banyak lagi yang saya nak tulis tentang kawan2 lama dan kawan2 baru. Nanti saya sambung di lain masa ...... nak keluar jalan2 cari makan hahaha. Pian ... (kawan yang ada keistimewaannya sediri pada saya) terima kasih kerana balas email aku.


16 November, 2009

CEPATNYA MASA BERLALU



Sedar tak sedar sudah masuk minggu ke-3 bulan November. Tak lama lagi kita akan menyembut pula Hari Raya Aidil-Adha. Semalam terima msg dari seorang saudara yang menunaikan ibadah haji tahun ini mengatakan yang dia sudah berada di Mekkah. Harap2 tahun hadapan Tokbu akan ke sana Insyaalah.

Isnin lepas Tokbu ke Bentung dan Raub, Pahang. Tiada tujuan apa2 sebenarnya ke sana saja jalan2. Sudah lama rasanya tidak ke sana. Last Tokbu ke pekan Raub tahun 80an bersama dengan sahabat Tokbu bernama Umi. Kami masa itu dalam perjalanan ke Terengganu untuk mengendalikan satu kursus di sana. Singgah untuk sarapan pagi di pekan Raub. Sebelah kedai minum tu ada sebuah kedai runcit kami terpandang kuali lepar untuk buat goreng roti canai dan yang sewaktu dengannya. Bukan main teruja masa tu. Tokbu dan Umi pun belilah seorang satu. Selepas tu rajinlah jugak Tokbu buat roti canai, buat goreng burger, mertabak macam2lah. Sedar tak sedar kuali tu dah tak ada. Entah ke mana perginya. Sapa yang mengambil atau entah sapa agaknya yang membuangnya. Tokbu cubalah mencari kedai tu balik tapi tak jumpa. Pekan Raub dah banyak berubah yerlah dah berpuluh tahun kan. Tak jumpalah Tokbu kuali tu lagi.

Tokbu teringatkan kuali tu nak tau kenapa. Teringin pulak nak buat mertabak. Tokbu baca di blog Badrulaftersix (salah satu blog yang Tokbu suka baca selain dari klubbkidd, sultan mudzaffar, lindaonn, V, Aznil dan ada beberapa lagilah) Bad tu ada menunjukkan cara2 dia buat mertabak, tu yang Tokbu teringin pulak nak buat. Kuali leper lak dah tak der. Anywhere berjalan2 sajerlah di pekan tu.

Hari Rabu Tokbu mengemas pokok2 yang di tanam oleh menantu Tokbu. Sejak ada Kayha ni nampaknya dia tak der masa nak menjaga pokok2nya tu. Almaklumlah Kayha dah makin bertambah lasak la ni. Terlanjur Tokbu ada beli dua pokok hiasan so Tokbu pun bersihkanlah jugak pokok2 menantu Tokbu. Gembur2kan tanah dan tabur baja. Mungkin boleh jadi hobi baru Tokbu.

Hari Jumaat Tokbu terima telefon dari kakak Tokbu dari kampung. Dia baru balik dari hospital bawak Mak Tokbu menerima rawatan doktor. Menurut doktor Mak Tokbu kena sakit alsar. Susah hati Tokbu dibuatnya. Selama ni Tokbu bersyukur ke hadrat Allah kerana Mak Tokbu tidak ada penyakit yang kronik seperti warga tua yang lain. Cuma sakit2 biasa, maklumlah orang tua. Tokbu bersyukur di usia 56 tahun ni masih mempunyai ibu. Walaupun ingatannya dah berkurangan tapi badannya masih sihat dan tidak pernah lupa menunaikan solat 5 waktu. Tulah bila mendapat tahu dia tidak sihat tengah hari tu juga Tokbu balik ke kampung. Syukurlah keadaannya tidak membimbangkan. Masih seperti biasa. Cuma sesekali dia kata sakit di perut dan di pinggang. Tokbu terharu melihat keperihatinan anak saudara Tokbu Nadia yang susah hati benar tengok atuknya sakit. Yerlah dia berkerja dan tinggal di kampung dan dia jugak yang selalu menjenguk atuknya tu. Alhamdulillah nampaknya Mak Tokbu nampak sihat. Harap2 tidak ada apa2 yang buruk berlaku.

Kayha:

Adik macam biasa, petang balik dari rumah pengasuh adik mesti cari Tokbu. Masuk bilik Tokbu, makan dengan Tokbu, minum susu dalam bilik Tokbu. Kiranya sampai nak tidur baru adik dapatkan Mummy. Kadang2 Tokbu tidurkan adik. Hari Jumaat Tokbu balik kampung tengok nenek sakit. Petang Kakak Tasya ada konsert kat SM. Sekolah tadika Kakak Tasya buat konsert akhir tahun. Tahun ni tahun akhir kakak sekolah tadika. Tahun depan kakak masuk darjah satu. Adikpun nak sekolah macam kakak.

Tokbu:

So hingga jumpa lagi ........... Salam dari Tokbu dan Kayha


Ditengah tu Mak Tokbu Hajjah Hasnah

09 November, 2009

BERTEMU KEMBALI




Sudah hampir dua bulan rasanya tidak menulis di blog ni. Maklumlah Tokbu sedang menikmati saat2 bermulanya hidup seorang pesara. Banyak sebenarnya yang tidak dapat dinikmati semasa kita berkerja. Al-maklum waktu hayat kita hampir separuh dihabiskan di pejabat malah ada sesetengah orang 3/4 kot masa dihabiskan di pejabat. Sekarang ni banyak masa terluang untuk mengemas rumah yang selama ini ala-ala kadar sajer mengemasnya, barulah nampak banyak yang perlu dibetulkan. Masa inilah dapat berjumpa saudara mara yang jauh kerana ada masa untuk melawat mereka tak payah tergesa2 fikir nak balik nanti nak kerja, penat. Semuanya sudah tiada.

Tokbu banar2 beraya tahun ni, kata orang raya sakan. Paling jauh beraya di sempadan sana mengunjungi saudara di sana maklumlah Tokbu punya keturunan sebelah ibu adalah berasal dari sana. Gembira dapat berjumpa saudara mara sambil bercuti panjang.

Kayha:

Kayha (adik) ingat Tokbu pencen dapatlah adik tinggal dengan Tokbu. Tak payah gi rumah pengasuh. Rupanya tak, kena gak pegi. Tokbu kata dia banyak urusan. Adalah sekali dua adik tinggal dengan Tokbu. Sok! boleh manja2. Ikut Tokbu gi bank, gi Jalan Tungku Abd. Rahman shopping kat kedai banyak bunga cantik2 kata Tokbu kedai barang pengantin. Tokbu nak buat hantaran orang nak kawin. Cantik Tokbu buat. Adik kacau Tokbu buat. Tokbu marah gak tapi marah sayang. Adik suka bila adik balik ke rumah Tokbu ada kat rumah.

Tokbu:

Banyak sebenarnya saya nak tulis di sini, tapi nantilah, kalau semua ditulis hari ni, tak derlah lagi cerita kan. Pada 22 Oktobe lepas rakan-rakan di pejabat mengadakan majlis perpisahan untuk saya di Putrajaya Equistarian Club. Terharu sungguh. Ramai yang datang. Cuma kesal sikit masa ucapan balas bos, Encik Yang saya tidak dapat berucap panjang sebab sebak rasanya perasaan ini. Sebenarnya banyak yang saya nak ucapkan. Tapi harap rakan2 faham. Di sini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada xbos lama Y.Bhg. Dato' Mohid, xbos baru Encik Yang, Cik Sheena, Fatihah, Najib, Banun, Cik Noor, Encik Shahrul, Tika, Ramlah, Zainah, Haji Ismail, Hasbullah, Hjah Asmah, Rohaya, Noraini dan Faizah, dan tak lupa kepada Cik Mala, Puan Jacinta dan Kak Yom yang tidak dapat datang tapi sudi memberi sumbangan, begitu juga dengan Puan Hely walaupun sudah bertukar ke tempat lain tapi masih sudi meraikan saya. Hadiah pun besar bukan main. Sampai tak larat nak mengangkatnya. Saya harap Fatihah dapat masukkan gambar majlis tu nanti di blog dia. Cik adik rajin2 lah menulis. Boleh gak akak baca di masa terluang.

Kayha :

31 Oktober lepas adik genap 2 tahun. Tokbu buat "happy birthday" tuk adik dan akak. Akak punya birthday bulan 11 tapi buat sekali. Jimat kos kata Babah. Tokbu masak macam2. Ramai orang datang. Adik dapat banyak hadiah. Nanti adik tunjuk gambar, lain kali lah. Tokbu tak jemput kawan2 Tokbu sebab ni majlis budak2 kata Tokbu. Sedara2 mammy dan babah ramai datang. Sampai malam pun ada orang datang. Adik suka sangat. Tok Mama dan nenek dari kampung pun datang dengan ibu cik, kak tina dan kak aca pun ada.

Tokbu:

Walaupun hari raya Aidilfitri dah berlalu dan tak lama lagi Aidiladha akan muncul, namun rasanya masih lagi terasa kemeriahannya. Sebab dah lama tak menulis di sini saya paparkan beberapa gambar semasa beraya di kampung.

Jumpa lagi salam untuk semua.