23 March, 2011

TIADA ALASAN UNTUK TIDAK BERSENAM

Mentang2 dulu kerja kat KBS, slogan di atas jadi tajuk pulak kan ... yer lah tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat mendapat rezeki tiap2 bulan ..  Saya masih teringat bila mendengar ceramah tentang senaman ini, pegawai sukan akan berkata bila nak melakukan aktiviti senaman pakaian mestilah bersesuaian. 

Mestilah pakaian sukan seperti baju T yang berwarna cerah, seluar trak (traksuit), kasut sukan yang sesuai untuk berjogging dan kalau untuk aerobik pula ada kasut sukan lain yang besesuaian ... yerlah tak kan lah nak bersenam kita pakai baju kerja kan atau pakai kasut tinggi di mana ianya bolih mencederakan diri kita ...... dan dengan syarat2 itu ramailah kakitangan pejabat waktu itu tidak turut bersenam atau berriyadah sebab alasannya tidak ada pakaian sukan.  Tapi jika sesiapa kerja di KBS alasan itu sebenarnya tidak patut sebab KBS selalu memberikan subsidi baju sukan ini kepada kakitangannya.  So memang tiada alasan untuk tidak bersenam.  

Semasa saya berjogging di taman rekreasi di tempat saya, pakaian sukan memang tidak menjadi perkara pokok .... lihatlah gambar2 ini .....

Wanita India ini memang superwomen pada saya 

Melihat gambar2 di atas memang tiada sebenarnya alasan untuk kita semua untuk tidak bersenam ... kenalah berhati2 supaya kaki tidak cedera apabila menggunakan kasut atau selipar biasa ...

JUMPA LAGI ...

22 March, 2011

MUSIM LURUH


Musim luruh atau autumn kata orang puteh berlaku di negara2 beriklim sederhana iaitu peralihan dari musim panas ke musim sejuk.  Sedang berjogging pagi2 di taman rekreasi di tempat saya teringat pulak musim luruh ni.  Dengan keadaan cuaca yang hujan yang tidak lebat dan tidak juga renyai2 menjadikan suasana nyaman dan sejuk yang tidak menggiggilkan tubuh ini.  Autumn breeze tu terasalah.  Dan bila melihat pokok2 besar yang ditanam di taman ini menggugurkan bunga dan daun2 seakan2 hamparan bunga yang cukup menarik perhatian saya.  Saya tak pasti sama ada pokok sena ataupun pokok ketapang.  Tetapi melihat bunganya seakan bunga loceng pun ada.     Dalam hati berkata wah kat Malaysia pun ada musim luruh hihihi ... 


Macam kat oversea lak Malaysia kan ... dah bolih minum2 dan makan2 kat luar yerlah cuaca dah macam musim autumn ...

JUMPA LAGI ...

16 March, 2011

MASIH UTUH

Tidak ada yang kekal dalam perjalanan hidup kita.  Semua akan pergi juga nanti. Cepat atau lambat akan tiba jua dipenghujungnya.  Mungkin antara kita tidak perasan ada benda bolih kekal begitu lama.  Umpamanya barang2 di bawah ini yang masih ada hingga kini.  Bayangkanlah usia saya sudah 57 tahun dan barangan ini masih kekal hingga kini.  Masih segar diingatan saya semasa kecil lagi benda2 ini digunakan oleh keluarga saya.

Mungkin terdapat beberapa perubahanan pada bentuk dan rupanya sesuai dengan peredaran zaman namun ia  tetap utuh seperti dulu. 

bermacam2 produk terdapat di pasaran sekarang.  Walaupun jenama2 diatas telah sebati dalam hidup saya sebagai manusia biasa saya juga ingin merasa keluaran2 baru yang melambak di pasaran sekaran kita.  Sebagai pengguna kita harus bijak memilih.

JUMPA LAGI ....





14 March, 2011

BILA MEE GORENG DIGANTI SPAGHETTI GORENG

Sedang berkemas di dapor kelmarin terjumpa lebihan spaghetti yang digunakan untuk memasak spaghetti bolognese sebelum ini.  Spaghetti, tidak kira masakan apa sekali pun memang kegemaran keluarga saya.  Nak kata ada keturunan Italiano tak der pun darah Siam adalah ... Hihi lawak lak ... Yalah zaman sekarang kan apa juga resepi dari mana2 negara di dunia ni asal di Melayukan dan di Malaysiakan tambahan pula di komersialkan jika enak pasti akan menjadi kegemaran.  Anak2 saya contohnya kalau pergi Pizza Hut, spaghetti bolognese dan lasagna mesti menjadi pilihan.

Jadi hari ini teringin nak buat seafood spaghetti walaupun dah lama berpantang tak makan seafood lebih2 lagi undang dan sotong.  Pergi ke Giant mencari udang dan sotong tetapi hanya udang saja yang ada.  Nak ganti dengan daging tapi daging juga dah lama saya tak mahu makan.  So saya pilih chicken frankfurter with cheese.  Nanti tak payahlah masukkan cheese lagi.  So ada spaghetti sos, tomatto pure, cendawan butang, tomato, lada capsicum merah, saya tambah lada hijau dan cili padi yang saya ambil ke belakang rumah so jadilah spaghetti goreng saya.

Bila lapar apa pun sedap di makan.  Jom makan sekali ...
Semasa di Giant terpandang biskut ini.  Saya masih ingat masa saya kecik2 dulu biskut ni dah ada dan memang saya sukakannya.  Kini biskut ini masih ada lagi dan menjadi kesukaan Kayha pula.  Olih sebab tahu yang biskutnya dah habis saya pun membelinya.  Balik dari rumah pengasuhnya Kayha ternampak biskut itu ... apa lagi disuruhnya masuk dalam bekas dan sambil melihat cerita karton Pororo kegemarannya dia pun makanlah biskut itu.
JUMPA LAGI ...

11 March, 2011

CATATAN JUMAAT

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN DARI KITA :

UMAR AL KHATAB BERKATA :

1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3-Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya

4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.


6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita kita akan bermegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.



JUMPA LAGI ...

06 March, 2011

HI .. HI ... TERLEBIH RAJIN SUDAH ...

Selalunya kalau saya beli roti tak kiralah Gardenia ker Hi 5 ker yang bersaiz kecil mesti tak pernah habis.  Kesudahannya bila habis tamat tempoh penggunaannya terbuang saja.  Selalu juga terfikir nak keringkan saja roti2 tersebut bolih juga buat serbuk roti yang kemudiannya nanti bolih dibuat macam2 benda.  Tetapi akhirnya ke dalam tong sampah juga duduknya.

Tapi hari ini mood rajin nak membuat kueh membuak2 pulak. Dan roti yang dibeli pun masih banyak lagi so terfikirlah untuk membuat puding roti.  Dan bahan2 lain pun ada kecuali kena ke Giant ( yang hanya beberapa langkah saja dari rumah saya ) untuk membeli susu segar.

Buatnya pun bukan susah tak perlu nak guna mixer bagai hanya digaul biasa saja.  So jadilah puding roti.  Dan untuk buat sos kastard pun hanya mengambil masa  3 - 4 minit saja.  Sekejap lagi kalau rajin nak pergi beli ice-cream vanilla mesti sedap juga di makan bersama puding ni. Kayha pun sama sibuk mengacau saya membuat puding ni.  Becuk mulut dia tanya itu ini.

Dan tidak ada apa yang lebih menyeronokkan bila anak2 berkata ...

Sedap lah bu ...

dan berselera menikmatinya.

Sorrylah Abg Jadz dan Izan kelmarin awak berdua balik ke sini ibu tak terfikir pulak nak buat ... sebab dah penat memasak agaknya.

JUMPA LAGI ...


03 March, 2011

TULANG

Kelmarin sedang saya berlegar2 di ruang legar sebuah bangunan saya disapa oleh seorang promoter minuman susu Anlene.  Susu Anlene ada membuat promosi memperkenalkan jenama mereka dan di kesempatan itu mereka juga membuat "Bonehealth Check" ...

sekejap ajer kak ... 2 minit sajer .. ni sementara orang tak der ni ...

oh ... ok bolih juga ...

Lalu saya diberi borang untuk diisi.  

Ada sebuah mesin untuk meletakkan kaki dan tumit kaki disembur dengan air (saya rasalah) dan selepas itu saya dapat merasakan sedikit kehangatan di kaki dan lebih kurang 2 minit proses itu pun tamat.  Gadis china yang menjalankan proses itu mencatatkan sesuatu di borang tadi dan memberikannya kepada seorang pemuda china yang menanti di tempat yang disediakan.

Pemuda itu menerangkan kepada saya yang risiko saya mendapat keretakan tulang akibat osteoporosis adalah rendah.  Mula2 blurr juga selalunya rendahnya menunjukkan tidak baik.  Tapi rupanya ok.  Tetapi dalam usia yang sebegini saya kenalah katanya :
  • minum susu berkalsium tinggi seperti Anlena 4 sudu x 2 gelas sehari
  • Amalkan senaman menanggung berat seperti berlari, joging, berjalan dan aerobik
  • Hadkan minuman beralkohol dan kerkafeina
  • sentiasa lakukan pemeriksaan tulang
dan dia mencadangkan saya mengambil Anlene Gold yerlah apa lagi kan usia pun dah nak gold entah bila lak nak gol tak tau lah ...hehehe ... 

Tetapi yang saya suka dia orang ni tak ada paksaan untuk kita membeli barangan mereka pada masa itu.  Tidak seperti setengah2 barang yang membuat promosi kadang2 paksa pula kita membelinya setelah menerangkannya kepada kita.  

Saya bersyukur kerana di usia ini dikurniakan kesihatan yang baik tidak mempunyai penyakit yang kronik.  Cuma kolestrol jer mungkin ada tinggi.  Saya pun tidak tahu macam mana nak mengurangkannya lagi.  Banyak makanan yang berkolestrol telah saya hindari, berjogging pun saya buat lima kali seminggu tapi badan macam tu juga, perut pun tak nampak kesurutannya hemmm ...

Kata orang kalau minum banyak air berais perut buncit dan nanti dah tua lemah2 tulang.  Saya ni memang suka minuman berais.  Tekak ni rasa kering jer kalau tak kena ais ... tapi baru2 ni saya ada terbaca tulisan berkenaan ais dan air sejuk ni ... ha pandai2lah kita nak mencari kesahihannya.



Rahsia Ais Dan Air Sejuk


Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan

JUMPA LAGI ....

01 March, 2011

KELIRU SIKIT

Jumaat lalu saya ada panjangkan rencana berkaitan Salam ... rencana itu saya petik daripada seorang sahabat facebook saya. Berikutan dengan itu saya telah menerima nota berikut: 

Jawapan Saya kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
by Mohd Fadli Yusof on Monday, 21 February 2011 at 11:55
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (di fb)
Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?
Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Mohd Fadli Yusof

Sesungguhnya kita semua insan biasa sekiranya ada kekeliruan di mana2 dan sekiranya anda punyai alasan kukuh menegur amatlah wajar sekali dilakukan.  Mohon maaf dari saya sekiranya apa yang dipaparkan dalam entry saya yang lalu menimbulkan kesulitan dan ia amat dikesali.  Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya.

Jumpa lagi ...