30 July, 2011

RAMDHAN DATANG LAGI

Lama sungguh tidak post apa2 di sini.  Kebelakangan ini saya agak sibuk.  Sibuk membuat contoh2 kueh raya untuk dijual.  Memang tahun ni saya berazam untuk menambah pendapatan melalui jualan kueh raya.  Daripada tidak membuat apa2 kerja lebih baik membuat sesuatu yang berfaedah.  Dua minggu lepas saya sibuk membantu rakan lama yang bertugas di Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Kak Aiza yang menganjurkan Seminar Antarabangsa Wanita Muslim Nusantara.  Saya telah ditugaskan untuk menyelenggarakan sesi perbincangan bengkel dalam seminar tersebut.  Alhamdullilah setelah sekian lama meninggalkan kerja2 itu dapat juga saya laksanakan dengan sempurna.
Contoh2 kueh raya tersebut saya berikan kepada anak2 saya untuk ditunjukkan kepada rakan2 pejabat mereka.  Nampaknya kebanyakan rakan2 pejabat anak2 saya tidak sabar2 nak beraya agaknya.  Mereka telah menempah untuk merasanya masa ini jua.  So sibuklah saya membuat kueh2 tersebut.  Ada masa terluang ni saya mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu.  Rindu pula lama tak menulis dan tentunya pengunjung2 blog saya tertanya2 kenapa tidak post baru kan ...
Insyaalah Isnin ini kita akan mula berpuasa.  Setiap kali menjelang Ramdhan hati saya sedih dan sayu.  Kerana pada hari pertama Ramdhan beberapa tahun lalu saya kehilangan adik lelaki saya Almarhum Zainal.  Arwah meninggal mengejut dan sehingga kini kematiannya menjadi misteri kepada saya sekeluarga.  Saya sentiasa berdoa agar Arwah adik saya  ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Saya amat merinduinya.


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 dan semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT.


Selamat Berpuasa ...


JUMPA LAGI ...

11 July, 2011

3 In 1

Pagi tadi sewaktu hendak mula terjumpa benda ini.  
Teringat pulak masa kecik2 dulu di laman rumah saya banyak pokok pinang.  Teringat ada seorang rakan lelaki datang ke rumah sempat menyanyi bila melihat pokok pinang tu. "Tanam pinang rapat2 biar senang puyuh berlari, kalau ku pinang, pinang tak dapat, ku pujuk2 ku bawak lari" ... hahaha kenangan lalu.  Bila daun pinang itu kering gugur ke bumi,  bahagian bahagian  bawah daunnya itu dipanggil upih.  Saya bersama sepupu2 saya atau rakan2 akan bermain pelepah pinang ini.   Ada seorang menarik daunnya kononnya pemandulah dan kalau upih itu besar bolihlah dua tiga orang duduk.  Termengah2lah yang tukang menarik tu menarik kami semua.  Jika seorang saja yang duduk lajulah si penarik itu menariknya. Memang meriah ketika zaman kanak2 di kampong.  Masa kini permainan begini memang sudah tidak ada lagi.  Ya lah pokok pinang pun tak kelihatan lagi.

Semasa sedang berjogging pula terpandang ini ... satu pemandangan yang indah.  Terpegun dengan keagungan Tuhan.
Balik dari berjogging, Kayha tengah menangis.  Sebabnya tak mahu pakai gaun uniform Tadikanya.  Sebelum ni memang dia tak mahu pakai uniform gaun ni.  Dia lebih selesa memakai t-shirt dengan seluar pendek.  Tetapi Babahnya mahu Kayha memakai gaun biar dia nampak lembut dan tidak lasak sangat.  Setelah saya memujuknya barulah dia mahu memakainya tetapi masih tidak menyukainya.  

Menaip sambil menikmati milo 3 in 1 ...

JUMPA LAGI ...


08 July, 2011

SAKIT

Kelmarin saya amat terkejut apabila Wannie beritahu saya rakannya di Muar beritahu ada kejadian hostage di sebuah tadika di Sungai Abong, Muar.  Saya segera menelefon kakak saya yang memang tinggal di Sungai Abong.  Kakak saya yang mulanya tidak tahu tentang kejadian itu kemudian menelefon balik saya maklumkan yang lelaki itu telah ditembak.  Dan kami bersyukur kerana semua kanak2 dan guru di tadika tersebut selamat.  Saya segera teringatkan Kayha dan juga dua orang cucu saudara saya (cucu kakak saya).  Ya lah ketiga2 mereka sedang belajar di tadika dan tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa semua kanak2 yang menjadi tawanan itu.

Malam tadi dalam Buliten Utama TV3 ada menyiarkan berita kejadian tersebut dan pagi tadi melalui TV juga saya mengetahui yang lelaki tersebut telah meninggal dunia.  Menurut berita itu lagi Mak Saudara kepada lelaki tersebut mengatakan lelaki tersebut ada sejarah sakit mental dan ada sejarah keganasan serta dadah.  Masa kita memang macam2 penyakit ada.  Penyakit yang dulunya tidak pernah kita dengar tiba2 muncul seperti HIV, Aids, H1N1dan macam2 lagi. Tetapi kebelakangan ini penyakit kemurungan akibat tekanan jiwa semakin banyak kita dengar.  Berbagai keganasan terpampang di akhbar2.  Pembunuhan di sana sini. Penemuan mayat2 dibakar dan juga dikerat2.  Suami menikam isteri, anak membunuh keluarganya dan macam2 lagilah.  Ngeri bila membacanya.  Penyakit inilah yang sering berlaku sekarang ini.  Mereka ini sakit teruk sebenarnya.  

Semoga kejadian di Tadika Serikids, Sg Abong, Muar itu tidak berlaku di Tadika cucu2 ku ini.  Kayha, Adam Fawaz dan Elisa Yasmeen Ya Allah lindungilah mereka ... Amin 


Ada satu penyakit yang memang sangat merbahaya.  Siapa yang terkena penyakit ini memang kira kes teruk lah .... Sakit Angau ... hahaha lawaks lah pulak ...

JUMPA LAGI ...