30 September, 2011

JADZ KHALEESYA 2 - HUKM HEMMMM .....


15.9 - jam 8.30 pagi saya masih berada di wad bersalin HUKM untuk menunggu Izan dan bayi keluar dari bilik pembedahan.  Jadz diberitahu isteri dan anaknya akan ditempatkan di wad A1 dan telahpun dihantar ke sana.  So kami pun terus ke wad tersebut tetapi diberitahu yang hanya bayinya sahaja dihantar ke wad, Izan ditempatkan di wad H.D.U (High Dependency Unit) untuk intensive care selepas pembedahan.  Izan dikatakan akan ditempatkan di situ selama satu hari untuk dipantau tahap darah tingginya serta lain2 komplikasi semasa pembedahan tersebut.  Hati saya sungguh risau masa itu.  Jadz sudah merasa sedih dan risau tentang ini dan bimbangkan anaknya yang akan keseorangan tanpa mummy untuk sehari.  Untuk sementara Khaleesya akan dijaga oleh nurse2 yang bertugas di wad tersebut.  

Petangnya sewaktu masa melawat kami datang lagi ke HUKM.  Jadz pergi melihat isterinya dan saya dan Tokayahnya pergi melihat Khaleesya.  Masuk di wad itu kelihatan di kaunter nurse2 sedang berbual dengan doktor2 pelatih.  Saya rasa ada lebih kurang 10 orang.  Tetapi seorang pun tidak melihat siapa yang masuk dan siapa yang keluar.  Dalam erti kata lain tidak kisahlah.  Saya cuba untuk menarik perhatian sesaorang di situ untuk masuk melihat Khaleesya.  Tetapi tidak seorang pun yang memberi respon.  So saya pun masuklah di bilik khas yang menempatkan bayi2.  Hanya Khaleesya seorang saja yang berada di situ.  Lebih kurang 20 minit saya dan Tokayahnya berada di dalam barulah seorang nurse masuk.

pakcik makcik bilik ni ayah dengan mak baby saja yang bolih masuk yer ...

nak mintak izin tadi kamu semua sibuk berbual ... kita orang tak sabar nak tengok baby ni ...

bolih saya tau pakcik makcik ni saper

kami ini datuk dengan nenek baby ni ...

betul ker ... 

nak tengok ic ker ... ayah baby ni pergi tengok mummy baby ni di HDU jadi kami ke sini nak tengok lah cucu kami tapi tak der orang pun yang respon bila saya dekat kaunter tadi ... macam mana yer leka semua  ... kalau baby ni kena bawak lari semua orang tak sedar

nurse yang jaga sini ada kerja di belakang ... so dia tinggalkan sekejap

tinggalkan pun kenalah ada orang kat kaunter yang peka kalau orang masuk ... tapi tadi semua berbual sampai tak sedar kami masuk ... 

Pada ketika itu Jadz tiba dan meminta Khaleesya ditempatkan di katil di mana Izan di tempatkan pada waktu melawat supaya saudara mara yang akan datang melawat dapat melihat Khaleesya.

HUKM cuainya ....

JUMPA LAGI ...




28 September, 2011

JADZ KHALEESYA 1 - HUKM HUSSS ....

Selamat bertemu kembali kepada semua rakan2 yang mengikuti tulisan saya.  Lama sungguh tidak menulis.  Bukan tiada cerita tetapi minggu2 lepas memang saya sibuk sangat.  

14.9 - lebih kurang jam 4.00 ptg saya menerima panggilan dari anak saya Jadz maklumkan isterinya Izan yang sarat mengandung telah menunjukkan tanda2 untuk melahirkan anak mereka.  Yang membimbangkan Izan dikesan mempunyai darah tinggi. Jam 5.40 ptg. menantu saya Izan yang sudah pun ditempatkan di "labour room" menelefon saya memberitahu  merasa kesakitan melahirkan.  Apa yang mampu saya buat ialah menasihatkan dia supaya banyak berdoa dan bersabar.  Beberapa jam selepas itu saya dan anak saya sering berhubung untuk memaklumkan perkembangan menantu saya Izan.  Sehingga lewat malam Izan masih lagi belum melahirkan anak.  

15.9 - jam hampir 6.00 pagi Jadz menelefon memaklumkan yang Izan terpaksa dibedah juga.  Jam 6.50 saya telah pun berada di luar bilik pembedahan dan Jadz memaklumkan Izan masih lagi dalam bilik pembedahan.  Jam 7.29 Jadz keluar memberitahu yang Izan telah pun selamat menjalani pembedahan dan babynya perempuan.  Ha! semasa pemeriksaan beberapa bulan lalu Doktor memberitahu yang bayi dalam kandungan Izan lelaki.  Husss doktor HUKM apalah.  Scan pun tak betul.  

Jadz Khaleesya begitulah nama yang diberi.  Dilahirkan dengan beratnya 4.16 kg dan tentunya comel dan sangat2lah tembam.  Melihatnya sudah cukup memberi keriangan dihati saya.  Tokbu mengucap syukur ke hadrat Allah atas kelahiranmu sayangku Khaleesya.
                              Foto2 Khaleesya 8 jam selepas dilahirkan 

JUMPA LAGI ...









02 September, 2011

NI JUGA YANG SEDAP

Salam kepada semua rakan2 pembaca blok saya.  Rasanya masih belum terlewat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin ... lama sungguh saya tidak menulis di sini.  Sepanjang bulan Ramdhan saya sibuk membuat biskut raya yang ditempah oleh rakan2 anak2 saya.  Dan beberapa hari sebelum menjelang hari raya sibuk pula mengemas rumah dan membeli belah bahan2 juadah  untuk hari raya.  

Juadah hari raya seperti biasalah.  Nasi empit, ayam masak merah, kuah lodeh, sambal tumis sotong kering, sambal kacang dan kari daging itulah menu yang saya sediakan.  Dan selepas itu beberapa hari anak2 berkumpul kenalah pula memasak.  Itulah tugas seorang ibu yang tidak akan ada hentinya selagi terdaya.  

Dan setelah beberapa hari makan yang berat2 pagi ini saya sediakan lempeng yang dicecah dengan sambal tumis ikan bilis saja ... best gak dah lama tak makan ... 

beberapa  gambar di pagi raya ...
JUMPA LAGI ...