26 April, 2011

DARI SAMPERIT KE CUP CAKE

Beberapa bulan lalu saya mencuba beberapa resepi kek dan biskut2 atau dengan bahasa mudah kueh2 raya.  Keinginan ini bermula apabila Wannie selalu membeli kek choklat kukus dari rakannya dan rasanya sangat sedap dan bila dah sedap macam tu harganya pun mahallah kan.  Saya ada cuba meminta resepinya tetapi mak oi lokek pulak.  Rahsia katanya.   Saya pun surblah di internet dan dapatlah lah beberapa resepi dan saya pun cubalah.  Dan salah satu dari resepi yang saya cuba menepati rasa kek tersebut.  Dan mulai dari itu rajin pulak saya mencuba beberapa resepi biskut kegemaran saya.  


Wannie pula membawanya ke pejabat dan ada pula rakan2nya yang suka dan mereka pun order lah kueh2 dan kek kukus tersebut.  Dalam pada itu ada seorang rakannya inginkan biskut samperit.  Saya pun mencubalah dan Wannie menjual kepada kawannya.  Dek kerana rapuh dan sedap Kayha pun menyukainya.  Apabila biskut itu habis Kayha menangis dan meminta saya membuatnya lagi.  Oleh sebab bahan2 membuat biskut samperit itu masih ada dan dek kerana cucu yang nak makan maka saya pun buatlah.
Minggu lepas Kayha membawa bukunya A First Book di mana di dalamnya ada gambar Cup Cake.  
Tokbu ... tokbu tau tak buat cup cake ni ... 
Nape ... adik nak ker ...
Adik nak ... adik suka ....
ok nanti Tokbu buat ...


Beberapa hari selepas itu dia membuka buku itu lagi dan sound saya lagi tentang cup cake tu.  Dan esoknya sound lagi.  Last2 kelmarin saya pun merajinkan diri surb lagi di internet dan cubalah buat cup cake tu. Suka sungguh Kayha bila melihat cup cake tu.  Bukan makan sangat pun saja dia suka melihatnya.  Yang banyak makan sapa lagi yang tua2lah hahaha ...


Lihat frosting cup cake tu  ... Kayha kata ikut macam dalam buku dia ...


Jumpa lagi ...

23 April, 2011

AHAI AHAI ... KETAWALAH LAGI ..

Kelmarin semasa melayari laman sosial facebook (fb) saya terbaca satu post di wall seorang rakan (dia ni seorang pegawai belia dan sukan dan memang sempoi saja kalau melawak) ...selalunya beliau memang mempunyai citarasa yang pelbagai bila mem"pos"kan sesuatu diwallnya.  seperti ceramah2 agama dan juga lawak jenaka.  Tetapi lawak yang diposkan semalam memang mencuit hati saya hingga saya ketawa terbahak2.  Nasib baik tak der orang.  Inilah lawak yang memang lawaksss lah ..

Suatu hari di ladang kambing

wartawan : Boleh saya tanya beberapa soalan ? 
Mamat : Bolehhhh... 
Wartawan: Berapa jauh kambing ni berjalan setiap hari? 
Mamat : Yang mana, yang putih atau yang hitam?" 
Wartawan : Yang putih. 
Mamat : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari. 
Wartawan : Yang hitam? 
Mamat : Yang hitam pun sama... 
Wartawan: Berapa banyak rumput kambing ni makan setiap hari? 
Mamat : Yang mana, yang putih atau yang hitam? 
Wartawan : Yang putih? 
Mamat : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari. 
wartawan : Dan yang hitam? 
Mamat : Yang hitam pun sama... 
Wartawan : Kenapa bezakan kambing yg putih dgn yg hitam, tapi jawapan sama aje? 
Mamat : Mestilah...sebab kambing yang putih itu saya yang punye. 
Wartawan : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye? 
Mamat : Yang hitam pun sama.....
Wartawan : hampehhhhh


Dan malamnya ketawa saya bersambung bila menonton Maharaja Lawak apabila Jambu membuat persembahan.  Saya rasa Jambu membuat persembahan terhebat malam tadi.  

Memang persembahan2 pilihan anda bolih ditonton di youtube tapi kalau anda nak menonton keseluruhan program tersebut bolihlah melayari di sini ..
Laman sesawang ni pun saya dapat dari fb anak saudara saya ... katanya tak payahlah nak beli package Mustika .... memang bijak ...

So enjoy ...

JUMPA LAGI ...

20 April, 2011

MEE GORENG ... SIRAP BANDUNG

Hari ini anak perempuan saya Wannie nak menjamu rakan2 pejabatnya minum pagi.  So monday lagi dia dah beritahu saya minta tolong masakkan mee goreng dan buat air sirap bandung.  Saya beritahu dia yang dia patut buat semua itu sendiri sebab dah besar panjang.  Dia hanya tersengeh saja.

So pagi ni tak berjogginglah saya.  Kayha pun pagi2 lagi dah bangun.  Semasa saya hendak solat suboh terdengar dia mengetuk pintu bilik saya.  Nasib baik dia tak meragam pagi ni.  Jadi bolihlah saya terus ke dapur. Bukan lama pun nak menyediakan mee goreng ni sebab semua bahan telah saya sediakan malam tadi.  Pagi terus saja mengorengnya.
Kalau saya buat sirap bandung ni semua kata terbaik dari ladang (hihi bukan nak masuk lif takan sendiri  ni yer ...) resepi turun temurun.  
JUMPA LAGI ...

12 April, 2011

MELAYAN KAYHA

Di taman permainan ..



Di Shooping Kompleks ...
Di Rumah 
Puas menconteng  di buku di tangan sendiri pun dicontengnya
Gambar ni di snap oleh Kayha ...
Aman dunia bila dia .... zzzzzz
Apa pun kerenahnya ....Kayha tetap membahagiakan dan menceriakan hari2 saya ...

Jumpa lagi ...

06 April, 2011

JOM KE CHINA

Pagi tadi selepas berjogging saya menegur Ah Soh2 rakan sejogging yang sedang rancak berbual.  Rupanya mereka sedang berbincang untuk melawat   Beijing serta beberapa daerah lagi di China.  Mereka merancang untuk ke sana pada bulan Mei atau Jun.  Rasa terkejut juga mereka ingin mengajak saya tetapi mungkin juga ajak2 ayam ajer atau mungkin juga mereka ikhlas.  Maklumlah saya memang mesra dengan mereka semua.
Berbincang melawat China
Saya menyatakan saya telah pernah ke Beijing dan Tianjin pada tahun 2000.  So dah hampir 11 tahun.  Dan menurut mereka banyak yang telah berubah dan kalau pergi masa ini mungkin tempat melawat pun berubah.  Apa2 pun kenangan semasa pergi ke Beijing itu masih segar di ingatan saya.

Negara China memang mempunyai banyak tempat bersejarah.  Semasa di Beijing saya melawat Tiananmen Squre, Forbidden City, Summer Palace, Masjid Niujie dan beberapa Masjid lagi yang saya sudah lupa namanya, Great Wall di mana saya ada mendapat sijil apabila berjaya mendaki hingga ke hentian ke empat dan tidak larat untuk ke atas lagi .  Rombongan kami juga di bawah ke Jewelary shop melihat bagaimana jade dibuat dan juga pusat kajian harba di mana doktor di situ boleh mengesan penyakit yang kita hidapi katanya. Dan yang paling seronok apabila bershopping di silk street dan satu tampat yang bernama Yap Bow Loon.  Tak tahulah saya sama ada tempat2 ini masih ada lagi.  

Di Beijing terdapat banyak restoran muslim dan semasa di sana saya memang tidak berselera untuk makan.  Nasib baik ada rakan yang membawa sambal tumis.  Tetapi semasa di Tianjin ada sebuah restoran muslim menyediakan kambing bakar dan memang enak sekali rasanya.  

Kalau hendak diceritakan pengalaman melawat Beijing memang banyak ... layan ajer lah gambar2 saya semasa di sana.  Kalau ada peluang nak pergi Hong Kong lak ...
JUMPA LAGI ...

04 April, 2011

KELIRU

Tasya  : Mummy mummy papa call ..


Mummy : jawablah ... ish tak kan tak tau jawab ...


Mummynya yang sedang mengampai baju mangambil handphone (hp)


ish bukan papa ni nana 


abis tu tulis papa


yer lah papa mammy 


tulislah nama ... Tasya ingat papa ... 


Itulah dialog antara Tasya dengan Mummynya ... ialah hp  tu hp mummy dia dah tentulah mummy dia tulis nombor dan pengenalan papanya sebagai papa.  Yang membuat Tasya keliru sebab dia memanggil bapa saudaranya sebagai papa.

Saya yang mendengar dialog anak beranak ini terfikir sejenak.  Panggilan2 kepada seseorang sekarang ini memang bolih menimbulkan kekeliruan.  Sebab itulah agaknya orang dulu memanggil kalangan keluarga mereka dengan pangkat2 atau salasiah yang diwarisi turun temurun.  Sayangnya panggilan2 itu semakin terhapus.  

Lama dahulu ibu dan bapa akan dipanggil ayahanda dan bonda, datuk nenek pula ninda, suami isteri pula kanda dan dinda.  Selepas itu panggilan berubah menjadi bapak abah pak ayah apak, emak ibu dan masuk ke era moden pula mama papa mummy daddy dan untuk nampak keagamaan memanggil walid dan ummi.  Ok itu adalah panggilan untuk anak2 kepada ibu bapa mereka.  

Panggilan orang dulu2 juga pada saya tidak mengelirukan.  Suami isteri akan memanggil antara satu sama lain sebagai awak, saya, mak nya, bapak nya.  Bagi anak2 pula yang sulung selalu dipanggil along long atau abang atau kakak, yang kedua dan seterusnya .... angah, alang, atih, uda, andak, acik dan yang bongsu selalu dipanggil usu atau ucu.  Dan bila mereka mempunyai anak2 saudara panggilan mereka akan menjadi pak long atau mak long begitu lah seterusnya.  Memang tidak akan menimbulkan kekeliruan.

Sekarang ini suami isteri memanggil antara satu sama lain dengan pelbagai panggilan.  Yang suami memanggil isteri mereka mama ke mummy ker adik pun ada, yang isteri pula memanggil suami abang, papa, daddy ialah mengikut panggilan anak2 mereka.  Dah sama taraf dengan anak2lah jadinya mereka.  Dan yang paling moden sikit sayang, ayang, yang, anja, darling, honey dan yang paling2 terbaru baby atau b.  

Nak tahu macam mana datangnya keliru bila isteri memanggil suaminya abang anak lelaki yang dipanggil abang akan meyahut sama.   Bila suami atau isteri memanggil antara satu sama lain baby anak perempuan yang dipanggil baby pun akan menyahut sama.  Kah kah kah ... baby tuek lah tu ...

Sebenarnya panggilan2 orang dulu2 kepada seseorang memang cukup sempurna dan tidak menimbulkan kekeliruan.  Yang paling keliru anak2 kecil sebaya Kayha ... Mummy dia sendiri sudah dipanggil mummy ada lak makcik lain yang dia kena panggil Mummy ... last2 dia cakap tu bukan Mummy adiklah   ... kah kah kah ... 

JUMPA LAGI ...