06 April, 2011

JOM KE CHINA

Pagi tadi selepas berjogging saya menegur Ah Soh2 rakan sejogging yang sedang rancak berbual.  Rupanya mereka sedang berbincang untuk melawat   Beijing serta beberapa daerah lagi di China.  Mereka merancang untuk ke sana pada bulan Mei atau Jun.  Rasa terkejut juga mereka ingin mengajak saya tetapi mungkin juga ajak2 ayam ajer atau mungkin juga mereka ikhlas.  Maklumlah saya memang mesra dengan mereka semua.
Berbincang melawat China
Saya menyatakan saya telah pernah ke Beijing dan Tianjin pada tahun 2000.  So dah hampir 11 tahun.  Dan menurut mereka banyak yang telah berubah dan kalau pergi masa ini mungkin tempat melawat pun berubah.  Apa2 pun kenangan semasa pergi ke Beijing itu masih segar di ingatan saya.

Negara China memang mempunyai banyak tempat bersejarah.  Semasa di Beijing saya melawat Tiananmen Squre, Forbidden City, Summer Palace, Masjid Niujie dan beberapa Masjid lagi yang saya sudah lupa namanya, Great Wall di mana saya ada mendapat sijil apabila berjaya mendaki hingga ke hentian ke empat dan tidak larat untuk ke atas lagi .  Rombongan kami juga di bawah ke Jewelary shop melihat bagaimana jade dibuat dan juga pusat kajian harba di mana doktor di situ boleh mengesan penyakit yang kita hidapi katanya. Dan yang paling seronok apabila bershopping di silk street dan satu tampat yang bernama Yap Bow Loon.  Tak tahulah saya sama ada tempat2 ini masih ada lagi.  

Di Beijing terdapat banyak restoran muslim dan semasa di sana saya memang tidak berselera untuk makan.  Nasib baik ada rakan yang membawa sambal tumis.  Tetapi semasa di Tianjin ada sebuah restoran muslim menyediakan kambing bakar dan memang enak sekali rasanya.  

Kalau hendak diceritakan pengalaman melawat Beijing memang banyak ... layan ajer lah gambar2 saya semasa di sana.  Kalau ada peluang nak pergi Hong Kong lak ...
JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment