26 April, 2011

DARI SAMPERIT KE CUP CAKE

Beberapa bulan lalu saya mencuba beberapa resepi kek dan biskut2 atau dengan bahasa mudah kueh2 raya.  Keinginan ini bermula apabila Wannie selalu membeli kek choklat kukus dari rakannya dan rasanya sangat sedap dan bila dah sedap macam tu harganya pun mahallah kan.  Saya ada cuba meminta resepinya tetapi mak oi lokek pulak.  Rahsia katanya.   Saya pun surblah di internet dan dapatlah lah beberapa resepi dan saya pun cubalah.  Dan salah satu dari resepi yang saya cuba menepati rasa kek tersebut.  Dan mulai dari itu rajin pulak saya mencuba beberapa resepi biskut kegemaran saya.  


Wannie pula membawanya ke pejabat dan ada pula rakan2nya yang suka dan mereka pun order lah kueh2 dan kek kukus tersebut.  Dalam pada itu ada seorang rakannya inginkan biskut samperit.  Saya pun mencubalah dan Wannie menjual kepada kawannya.  Dek kerana rapuh dan sedap Kayha pun menyukainya.  Apabila biskut itu habis Kayha menangis dan meminta saya membuatnya lagi.  Oleh sebab bahan2 membuat biskut samperit itu masih ada dan dek kerana cucu yang nak makan maka saya pun buatlah.
Minggu lepas Kayha membawa bukunya A First Book di mana di dalamnya ada gambar Cup Cake.  
Tokbu ... tokbu tau tak buat cup cake ni ... 
Nape ... adik nak ker ...
Adik nak ... adik suka ....
ok nanti Tokbu buat ...


Beberapa hari selepas itu dia membuka buku itu lagi dan sound saya lagi tentang cup cake tu.  Dan esoknya sound lagi.  Last2 kelmarin saya pun merajinkan diri surb lagi di internet dan cubalah buat cup cake tu. Suka sungguh Kayha bila melihat cup cake tu.  Bukan makan sangat pun saja dia suka melihatnya.  Yang banyak makan sapa lagi yang tua2lah hahaha ...


Lihat frosting cup cake tu  ... Kayha kata ikut macam dalam buku dia ...


Jumpa lagi ...

No comments:

Post a Comment