20 April, 2011

MEE GORENG ... SIRAP BANDUNG

Hari ini anak perempuan saya Wannie nak menjamu rakan2 pejabatnya minum pagi.  So monday lagi dia dah beritahu saya minta tolong masakkan mee goreng dan buat air sirap bandung.  Saya beritahu dia yang dia patut buat semua itu sendiri sebab dah besar panjang.  Dia hanya tersengeh saja.

So pagi ni tak berjogginglah saya.  Kayha pun pagi2 lagi dah bangun.  Semasa saya hendak solat suboh terdengar dia mengetuk pintu bilik saya.  Nasib baik dia tak meragam pagi ni.  Jadi bolihlah saya terus ke dapur. Bukan lama pun nak menyediakan mee goreng ni sebab semua bahan telah saya sediakan malam tadi.  Pagi terus saja mengorengnya.
Kalau saya buat sirap bandung ni semua kata terbaik dari ladang (hihi bukan nak masuk lif takan sendiri  ni yer ...) resepi turun temurun.  
JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment