27 November, 2010

MAKANAN ORANG SAKIT?


TOKBU:
Pagi ni terjaga awal pukul 5 sebab terdengar Kayha menangis.  Tak tahu kenapa pagi ni dia mengamuk.  Dah terlanjur bangun tu terus tak tidur.  Lebih baik terus tunggu subuh.  Setelah subuh teringin gak nak masuk selimut semula tapi mata tak mengantuk pulak.  


So dalam terkebil2 tu teringin pulak nak makan bubur nasi.  Orang utara kata mui, orang kelate lak kato bubur air atau nasi air.  Kata orang putih porridge. 
Bagi sesetengah orang juga kalau masak bubur nasi ni tandanya ada orang sakit.  Sebab masa kecik2 dulu kalau sesiapa sakit atau demam di rumah saya mesti masak bubur nasi.  Logiknya bubur nasi ni kan lembik so senanglah orang sakit nak menelannnya dan tidak memudaratkan perut.  Kalau kita makan bubur nasi mesti ada orang menegur "sakit ker .. deman ker?".


Bubur nasi ini juga dikatakan makanan orang China.  Tak taulah tapi di restoran2 China memang porridge ni sentiasa ada.


Sekarang ni bubur nasi ni dah jadi makanan komersial.  Pergilah mana2 restoran besar2 hatta hotel sekali pun,  porridge ini mesti ada.  Dan harganya pula hai boleh tahanlah kan.  Dulu dalam tahun 80an - 90an saya selalu makan porridge ini di sebuah restoran yang memang terkenal dengan porridge nya, iaitu The Lodge.  The Lodge terletak di Jalan Sultan Ismail.  Saya tak pasti sama ada ia masih beroperasi lagi atau tidak.  


So saya pun menyediakan bubur nasi untuk sarapan pagi ni.  Walau pun lauk untuk bubur nasi ni tak cukup syarat iaitu telur asin tak apalah jugak.  Sekurang2nya kurang sikit masin kan.  Ada ikan bilis goreng bercili, sambal udang kering, kacang tanah goreng dan scramble egg ok lah tu. Sambil2 tu sempat jugak mengoreng cekodok ikan bilis ... Yok makan sama2 ..
Kayha ... tertidur semula selepas puas mengamuk ...


JUMPA LAGI ....

25 November, 2010

KUKU


TOKBU:
Kuku adalah sebahagian dari anggota kita.  Kadang2 kuku dapat menggambarkan peribadi seseorang.  Bayangkanlah jika kuku tidak dijaga dengan elok bersempudal (ni bahasa orang Johor) kiranya selikihlah, kotor dan sebagainya orang melihat pun akan geli. 

Teringat masa sekolah dulu ada hari2 guru memeriksa kuku. Semua letakkan tangan atas meja.  Guru akan memeriksa.  Sesiapa yang kukunya panjang dan kotor tangannya akan dipukul.  Begitu pentingnya kebersihan kuku.

Kebanyakan wanita yang berkerjaya pasti akan merias kukunya.  Masa saya muda2 dahulu dan telah berkerja setiap bulan saya akan ke saloon rambut bukan sahaja untuk mengerat rambut tetapi untuk membuat manicure dan pedicure iaitu merias kuku tangan dan kuku kaki.  Saya akui saya amat mementingkan ketrampilan diri semasa saya berkerja dahulu.  Masa muda2 dahulu penggunaan inai seperti sekarang amat kurang.  Mereka yang berinai hanyalah pengantin baru.  Tetapi masa kini sesiapa saja bolih berinai.  Kayha pun berinai.  Apa taknya bila melihat mummynya memakai inai dia pun sibuk nak memakainya.  Remaja sekarang ni mempunyai bermacam2 pilihan untuk mencantikkan kuku mereka.  Pelbagai rawatan ada disediakan dan pewarna kuku pun sangat menarik.  



Penjagaan kuku tangan dan kuku kaki memanglah penting.  Cubalah bayangkan jika kuku tangan atau kuku kaki tidak dijaga atau dipotong dengan rapi tentulah mengundang jijik orang memandangnya.  Walaupun saya sudah tidak berkerja penjagaan kuku amatlah penting bagi saya.  Kalau dulu semasa berkerja saya akan menyimpan kuku panjang tidaklah panjang sangat.  Kira2 sedap mata memandang.  Ini kerana jari saya pendek dan bulat so kalau simpan kuku panjang sedikit nampaklah jari tu panjang.  
Untuk menjaga kebersihan kuku tentunya kita akan mengerat kuku kita.  Tetapi sebagai seorang Islam ada antara kita tidak tahu rahsia di sebalik mengerat kuku ini.  Semasa saya kecil dahulu kira2 dah pandai mengerat kuku sendiri ibu saya beritahu bahawa kalau hendak mengerat kuku mestilah hari Jumaat, Isnin dan Khamis. Dan bila dah potong kuku tu jangan buang bersipah2 hendaklah dibuang di tanah.  Dan jika kita dalam hadas besar tidak bolih memotong kuku.  Dan nasihat itu saya ingat sampai sekarang.


Baru2 ini seorang sahabat saya yang saya kenal melalui facebook ada menulis tentang Rahsia Memotong Kuku.  Ini ini amat menarik perhatian saya.  Mungkin kebanyakan anak2 muda sekarang ini tidak mengetahuinya.  Tetapi sebagai seorang Islam sesuatu ilmu yang baik itu eloklah dikongsi bersama.  Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Saudara Mohamed Ibrahim Maricar kerana berkongsi ilmu ini. Penghargaan dari saya.



RAHSIA MEMOTONG KUKU
by Mohamed Ibrahim Maricar on Tuesday, 26 October 2010 at 12:31
Waktu Memotong Kuku
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
• Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
• Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
• Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
• Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
• Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
• Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
• Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Salah satu sunnah yg dilakukan Rasulullah SAW, yakni memotong kuku seperti berikut:-
Cara memotong kuku jari tangan adalah mulai dari jari telunjuk yang kanan terus melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang kanan, terus disambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jarikiri dan berakhir di ibu jari kanan.
Dan untuk memotong kuku jari kaki mulai dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

Dalam perkara waktu memotong kuku, hadits berikut, sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang artinya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi‘i dan ulama-ulama asy-Syafi‘iyah, sunah memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Jum‘at, sebagaimana disunahkan mandi, memotong kuku, memakai wangi2an, berpakaian rapi sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jum‘at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Huroiroh Rodhiallohu ‘anhuma yang artinya:“Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunah), dia diam ketika imam berkhutbah dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Abu Huroiroh didapatkan hadits berikut: “Bahwasanya Rasulullah s.a.w., memotong kuku dan mengunting misai (kumis) pada hari Jum‘at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang.”(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Menanam Potongan Kuku
Referensinya adalah sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahwa Ibnu ‘Umar Rodhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

Wallahu a'lam.

Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dari ilmu di atas. 


JUMPA LAGI ....



22 November, 2010

MASA YANG TERLUANG


TOKBU:
Kadang kala terasa juga bosan duduk di rumah.  Selain mengadap tv dan pc apa lagi nak buat. So berjalan2 di Selayang Mall. Selain dari ber "window shopping" di Parkson, Watson dan lain2 kedai di situ, saya suka juga ke bookstore POPULAR.  Itulah satu2nya kedai buku yang ada di Selayang Mall.  Popular tidaklah segah MPH Bookstores atau Kinokuniya Bookstores di KLCC tu, tapi banyak jugalah buku yang bolih dibeli jika kita berminat. 


Dulu saya memang rajin membaca.  Dari surat khabar, buku dan majallah semua saya baca.  Masa muda2 dulu tiap2 bulan saya akan membeli majallah hiburan seperti URTV, Media, Mangga (walaupun seorang kawan kata jangan baca benda yang tak berfaedah tu), tapi saya tetap beli juga.  Selain dari itu saya juga suka membaca majallah humor seperti Gila2 dan Ujang.   


Dulu buku2 yang saya suka baca adalah novel Inggeris.  Masa yang muda2 dulu tidak banyak penulis2 Muda Melayu yang mengarang cerita cinta muda mudi seperti sekarang ni.  Sekarang ni melambak2 novel Melayu kisah cinta   Sebab itulah cerita romantik Inggeris menjadi pilihan saya ketika itu.  Masih ingat lagi saya setiap kali ke MPH bookstores dua atau tiga novel Inggeris akan saya beli.  Masa itu saya amat meminati tulisan2 Danielle Steel cerita yang saya ingat Once in a Lifetime, Vanished, Jewels dan Malice. Denise Robins - To Love Agains, All For You,Forbidden, Judith McNaught yang paling saya minat novelnya Almost Heaven, Once and Always, Miracles, Until You Remember When, Jackie Collins pula saya suka novelnya sangat berani dan tulisannya simple sajer antara yang saya suka Lucky dan Lady Boss, Barbara Cartland - Cought by Love, Three Days to Love dan Fascination in France dan ramai lagi.  Saya juga turut meminati tulisan novelis lelaki seperti Nicholas Sparks yang menulis cerita romantik A Walk to Remember dan Sidney Sheldon.  Banyak buku2 tulisan Sidney Sheldon yang saya suka antaranya Master of the Game, If Tomorrow Comes, The Sky is Falling, The Sand of Time dan The Stars Shine Down.  Menulis ini terasa mahu membacanya semula.  Tapi buku2 tu entah di mana letaknya. Nak kena cari ... seingat saya banyak buku2 saya tu dibaca kemudian oleh anak2 saudara dan juga anak saya Wannie.  Nak kena tanya dan kumpulkan semula nampaknya....


So saya pun menghabiskan beberapa jam di Popular Bookstores ni. Selalu juga saya ke kedai ni tapi pergi sekejap2 jer ... so hari ini ada masa yang terluang lamalah di kedai ni.  Ada beberapa buku yang menarik perhatian.  Dah tua2 ni nampaknya buku2 Agamalah menjadi pilihan.  Begitu juga buku2 resipi masakan.  Makin bertambahlah berat badan nampaknya ...
   
Akhirnya tiga buku ni menjadi pilihan saya
Dua buku ni untuk Kayha
JUMPA LAGI ...


20 November, 2010

LION DAH JUMPA ...

TOKBU:
Pada hari Raya Haji lepas Mummy Kayha menelefon pengasuh Kayha Mek bertanyakan satu mainan Kayha yang tertinggal.  Mek beritahu menentu saya yang lion Kayha dah jumpa.  Lion tu terlipat di dalam toto kecil yang digunakan oleh Kayha untuk tidor.  Bila diberitahu pada Kayha bukan main senyumnya dia.


Cuma yang dimuskilkan sehari selepas lion  tu hilang tak kan Kayha tak tidor menggunakan toto tersebut.  Ha! tak baik berperasangka buruk.  Apa2 pun lion Kayha dah jumpa ... syukur Alhamdullillah dan dia pun bukan main suka lagi.  La ni dijaganya lionnya seperti dia menjaga bear nya.




JUMPA LAGI ...

16 November, 2010

LION HILANG ...

TOKBU:
Balik dari rumah pengasuhnya Kayha masuk ke bilik saya.  


Kayha :  Tokbu tokbu lion adik hilang ...


Tokbu :  aa aa hilang ...


Kayha : lion adik ilang


Tokbu : lion adik hilang ... yer ker ... hilang kat mana


Kayha : yer dah hilang .... kat umah Mak ..


Tokbu : macam mana hilang ... 


Dengan bersungguh2 dia bercerita ...


Kayha : Tadi ka adik tido ... adik bangun lion ilang ... kat bilik sebelah Mek

            ka lipat baju adik cali lion tak der ...


Tokbu : Adik tanya tak mek mana lion adik ...


Kayha : Mek cali tak der ...


Tokbu : adik letak lion kat mana ...


Kayha : adik buang kat tingkap ... 


Tokbu : ha buang kat tingkap ... naper adik buang 


Kayha : sebab ... sebab dia busuk ...


Confuse saya ... saya tanya pada Mummy dia ... Mummy dia mengiakan memang lion dia hilang ... Menantu saya beritahu Mek cari tak jumpa ... Mek kata takut terjatuh kat tingkap orang dah ambil ... Menantu saya rasa macam tak percaya sajer cakap mek ni.  Bila tanya Kayha lagi versi lain pulak timbul ... tak tau lah macam mana lion dia bolih hilang ... kalau terjatuh mesti dia beritahu Mek ... ni dia bangun tido lion dia tak der ... 


Jangan dia tak bolih tido malam ni sudah lah fikir saya.  Tapi nasib baik bear kesayangannya tak hilang ... saya beritahu menantu saya nanti ingatkan Mek tu bear tu kena jaga baik2.  Bear tu kalau hilang tak tau lah macam mana.  Kayha memang tak bolih berenggang dengan bearnya tu .. lion kalau tak der tak berapa sangat tapi kalau nak tidor mesti dua2 ada ... tak taulah malam ni dia bolih tido ker tak ...


Kalau Kayha tidor bearnya mesti diletakkan begitu ..
Ditangan kanan Kayha tu lah lion yang hilang 



Bear ni kalau hilang tak tau lah macam mana kami nak buat ... bear ni hadiah dari antie dia masa dia baru lahir dan sejak itu bear itu bersamanya hingga hari ini ... kalau Mummy dia nak basuh kena pujuk dulu ... baru bolih basuh ..  Begitu lah kanak2 ... ada tu bantal ... sampai di kata bantal busuk ... ni nak kata apa ... bear busuk ... marah dia ... wangi lah dia suruh kita cium ... 




JUMPA LAGI ...





09 November, 2010

DAN AIRMATA INI MENGALIR LAGI 2 ...

TOKBU:
Sudah 3 bulan saya mempunyai akaun facebook (fb).  Sajer suka2 memenuhi masa yang terluang dan dapat juga berhubungan dengan rakan2 lama semasa berkerja dahulu.  Dapat juga mengetahui perkembangan sanak saudara dan anak2 di fb ni.  Serta juga dapat bermacam2 cerita suka dan duka, pengajaran dan ikhtibar tentang agama.  


Di fb juga ramai yang mengeluarkan cerita2 sedih sebagai pengajaran kepada kita.  Tetapi kebanyakannya tentang keagungan cinta seorang lelaki terhadap wanita, cinta seorang suami terhadap isteri, pengorbanan suamu atau isteri.  Bagi saya yang sudah menjadi warga lama ni cerita2 itu sudah tidak perlu lagi tetapi bila membaca mengalir juga air mata.  Tetapi ada satu cerita ni yang melibatkan seorang kanak2.  Memang cerita tentang kanak2 baik suka atau duka sentiasa teratas dihati saya.  Kanak2 ibarat kain putih yang akan diwarnakan oleh kita semua yang sudah dewasa ini.  Kadang2 kita tidak sedar kita menyakiti mereka.   Saya harap kisah yang saya copy dari fb ni akan menjadi ingat kepada ibu bapa muda agar tidak mengambil mudah perasaan anak2 mereka. 


Cerita ini saya copy dari fb rakan saya Shima.  Dalam akaun fb dia namanya Kak Shim.  Saya tak tau dari mana dia dapat cerita ini tetapi saya ucapkan terima kasih kepad penulisnya ... penghargaan dari saya.



Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

JUMPA LAGI ...


08 November, 2010

ATAN NAK KAWIN



TOKBU:
Nama sebenarnya Mohammad Shukri tetapi sedari kecil lagi semua memanggilnya Atan.  Atan adalah nama yang koman bagi anak lelaki yang disayangi oleh keluarga2 di kampong saya.  Ramai lelaki di kampong saya dipanggil Atan.  Atan merupakan anak bungsu kakak saya Cik Nong.  Semasa saya mengandungkan Babah Kayha, Cik Nong turut mengandungkan Atan. Saya melahirkan Eriq pada bulan November 1982 dan Atan pula dilahirkan pada Januari 1983.  Atan dan Eriq membesar bersama. 


Di kalangan rakan2, Atan dipanggil Shuk dan panggilan itu digunapakai bila dia telah meningkat dewasa.  Shukri@Atan tinggal dengan saya sudah lebih kurang hampir 6 tahun.  Dia telah berkerja dan mungkin kedudukan kewangannya sudah kukuh so sampailah seru untuknya berkahwin.  Setelah keluarga saya merisik Mawar gadis pilihan Shukri tibalah masa majlis pertunangan mereka.  Pada 6 November lepas sempena cuti Deepavali Majlis Pertunangan Shukri dan Mawar pun berlangsung.  


Majlis pertunangan berlangsung selepas solat Asar di rumah keluarga Mawar di Balai Polis Daerah Kepong.  Di majlis itu pihak Shukri menghadiahkan 11 barang hantaran kepada pihak Mawar manakala pihak perempuan pula membalas dengan 13 barang hantaran.  Persetujuan dicapai pertunangan mereka berlangsung selama 1 tahun dan bolih berubah mengikut keadaan sama ada mahu di percepatkan atau dilambatkan.  Wang hantaran perkahwinannya pula adalah RM7,777.77 serba satu.


Melihat dia membesar di depan mata saya dan kini akan melangkah ke alam perkahwinan dan berkeluarga sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya.  Sementelah Arwah bapanya tidak dapat melihat anak bungsunya sudah cukup dewasa dan  akan berkahwin tidak lama lagi. 


KAYHA :
Adik tido masa semua nak pegi lumah cik Mawar.  Semua kata adik tido sampai  semua olang dah nak balik.  Adik letih dan ngantok lah sebeb adik banyak main dengan Kak Tina dan Kak Acah ...  Adik nampak Ibu Chik buat banyak balang2 cantik ... ni dia meh tengok ..
BARANG2 HATARAN PIHAK SHUKRI 


Antara barang2 hantaran Mawar kepada Shukri




JUMPA LAGI ...






07 November, 2010

BOLIH KER KURUS NI ..

TOKBU:
Bila melihat gambar2 lama saya macam2 perasaan timbul.  Yang paling utama sekali kenapa dulu kurus kini gemuk.  Saya tidak perasan bila perubahan bentuk bedan ni berlaku  Sedar2 dah mengembang.  Dah tak dapat memakai pakaian yang diinginkan.  Bila usia makin meningkat kita selalu lupa untuk menjaga diri kita.  Selalu take for granted kata orang sebab kita selalu rasa orang yang rapat dengan kita tak peduli itu semua.  Baik dari segi pemakanan mahupun kesihatan.  


Paling utama sudah malas nak menyertai aktiviti2 riadah atau apa sajer yang berkaitan dengan sukan dan kesihatan.  Nasib baik tidak menghadapi masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh mereka yang seusia saya.  Memang saya akui saya kurang menjaga fizikal saya hingga menyebabkan penambahan berat badan dan akhirnya kolestrol pun bertambah.  Sudah jadi begini memang susah untuk menurunkan berat badan.  Diet macam mana pun, makan pil menguruskan badan ker, ubat2 ker atau minuman kesihatan ker ... macam tu juga.  


Akhir2 ini saya memang mengamalkan senaman dan jogging setiap pagi dan mengurangkan makanan berlemak.  Tetapi berat badan amat lambat untuk turun walaupun ada saya rasakan sedikit perubahan.  Sejak kebelakangan ni menurunkan berat badan seakan menjadi agenda utama dalam diri saya.   Banyaklah rencana yang saya baca dan petua2 dari rakan2 yang saya cuba.  Mudah2an saya harap ia akan berhasil.  Ia bukanlah ada tujuan2 tertentu atau desakan sesiapa tetapi ia lebih kepada menjaga kesihatan saya.  Say tidak mahu  dihidapi penyakit 3 serangkat ... maklumlah dah nak masuk warga emas ...


Baru2 ni saya ada membaca satu tulisan di blog seorang rakan cara2 untuk menurunkan berat badan ... intresting juga ... jomlah kita kongsi bersama ..



Menurunkan Berat Badan


Petua 1 :
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Petua 2 :
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 :
Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.

Membuang Lemak Badan

Petua 1 :
Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 :
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Melangsingkan Tubuh

Petua 1 :
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Petua 2 :
Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi.

Petua 3 :
Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Amalkan meminumnya 2 kali sehari.

Petua 4:
Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.

Note: Berat badan hanya boleh dikawal melalui pengawalan makanan dan kekerapan senaman. Jika anda fikir ada "Slimming Program" yang boleh menjadikan anda kurus, anda sebenarnya silap. Tengok saja anak badak kat atas tu. korang ingat dia tu tak ada duit ke nak buat program sedut lemak atau yang seumpama dengannya? seribu satu program dah dicubanya. Ada ke dia boleh kurus? Kalau makan tak tahu nak berhenti, buat kerja yang mengeluarkan peluh pun malas jangan mimpi la ular sawa akan bertukar jadi ular lidi. kah..kah..kah..kah..


Aku Ciplak Dari Sini....

JUMPA LAGI ...