29 June, 2011

PUTRIKU

Namanya Jadzwin Farzea Jaafar.  Dikalangan anak2 buahnya dia dipanggil Cik Uni @Cik Nani.  Rakan2nya memanggilnya JJ  dan kami sekeluarga memanggilnya Wannie.  Menjadi seorang saja anak perempuan pada saya sekeluarga Wannie memang menjadi kesayangan arwah ayahnya.  Semasa dilahirkan 32 tahun yang lalu Wannie dilahirkan dengan fizikal yang besar iaitu 9lb 2oz (kiraan tahun2 70an).

Hari ni Wannie menyambut hari lahirnya yang ke 32.  Hari ini dia cuti dan pagi2 lagi dah keluar dengan rakan2nya tak tahulah apa rancangan mereka.  Ada celebrate lah tu agaknya.  Kalau anak dara zaman2 saya dahulu di usia ni kalau masih belum berumahtangga memang menjadi buah mulut masyarakat.  Syukurlah di abad ini masalah itu tidak lagi menjadi persoalan yang besar.  Walau pun ada juga kebimbangan dihati saya ye lah sebagai ibu nak juga melihat dia berumahtangga.  Bimbang kalau saya sudah tiada nanti siapalah yang akan menjaganya.  Tetapi jodohnya belum sampai lagi dan pada Wannie sendiri bukanlah satu masalah yang besar.  Dia mempunyai kerjayanya sendiri dan saya lihat hari2 dilaluinya dengan ceria.  Dan dia juga amat sayangkan Kayha.  Apa saja yang anak saudara dia nak selalu ditunaikannya.  Sebagai seorang ibu saya selalu berdoa semoga dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh yang dapat membimbingnya dan memberi kebahagiaan kepadanya di dunia dan di akhirat. 



Kepada Wannie ibu ucapkanya Selamat Hari Lahir ... Moga cepat bertemu jodoh ..

JUMPA LAGI ...

24 June, 2011

CATATAN JUMAAT - ISRA' MI'RAJ

Bersempena Isra' Mi'raj pada 26 Rajab 1432 (28 Jun 2011), apa kata kita mengingat kembali peristiwa ini.  Mungkin ada yang sudah lupa atau belum mengetahunya justeru itu tidak ada salahnya kita sama2 mendapat pengetahuan dan pengajaran daripadanya ... Insyaallah,

Isra’ (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)   Mi’raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)   Mi’raj itu merupakan munajat, wahyu dan penglihatan!   Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. telah sampai ke kemuncak yang Jibril A.S. tidak boleh ikut bersama-samanya. Baginda telah mendaki titian cahaya tanpa Jibril A.S. Nabi Muhammad S.A.W. telah menuju ke hadhirat singgahsana Allah tanpa perantaraan sesiapa pun. Baginda telah sampai ke tempat yang paling hampir kepada Allah S.W.T. sebagaimana disebut oleh al-Qur’an al-Karim: فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى “Maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).” (an-Najm:9)   Di situlah Nabi Muhammad S.A.W. telah bermunajat kepada Tuhannya, Allah Azzawajalla.   Diwahyukan kepadanya oleh Allah akan apa yang hendak diwahyukan.   Nabi Muhammad S.A.W. telah melihat Tuhannya. Kalbunya tidak mendustakan tentang apa yang ia lihat.   Sebenarnya peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu lebih luas dan lebih umum daripada ianya menjadi suatu peristiwa sejarah semata dan sesudah hari itu tidak dibicarakan lagi.   

Ia merupakan suatu gambaran bagi kehidupan Muslim, dan mengandungi berbagai-bagai nasihat dan contoh tauladan yang hampir-hampir tiada dikenali oleh manusia. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu menggambarkan beberapa aspek penting didalam kehidupan manusia hari ini. Ia merupakan: 1) Susunan hidup dalam aqidah. 2) Susunan hidup dalam akhlak. 3) Susunan hidup dalam kerohanian.   

Apa yang berlaku dan disebutkan mengenai Isra’ Nabi S.A.W. itu merupakan ujian dan cubaan serta perintah yang membuktikan kudrat dan kekuasaan Allah Ta’ala.   Terdapat didalamnya contoh dan tauladan bagi orang yang luas pemikirannya, merupakan petunjuk dan rahmat serta ketetapan hati bagi orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman, dan sebagai lambang dari perintah Allah yang diletakkannya atas keyakinan.   Allah S.W.T. telah mengisra’kan Nabi S.A.W. ke mana yang dikehendakiNya dan menurut kehendakNya, supaya dapat Allah menunjukkan kepada Nabi S.A.W. keterangan-keteranganNya yang penting sekehendak dan sekemahuanNya. Maka Nabi S.A.W. pun dapat menyaksikan berbagai-bagai perkara dan urusan Allah yang kesemuanya itu membuktikan kekuasaan Allah yang Maha Besar, dan kudratNya yang mencipta dan menjadikan apa saja yang Dia mahu tanpa kecuali. AllahuAkbar!  

Berikut merupakan kronologi peristiwa Israk dan Mikraj   1. Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.   2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);   Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.   Antaranya :   § Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.   § Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).   § Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).   § Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.   § Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.   § Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.   § Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.   § Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.   § Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.   § Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.   § Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.   § Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.   § Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.   Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.   3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).   i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.   ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.   iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.   iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.   v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.   vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).   vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.   viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.   ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S.W.T. : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T. : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S.W.T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.   4. Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.     DALAM perjalanan Israk Mikraj pada malam 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW turut diperlihatkan keadaan di syurga dan neraka.   Rasulullah ketika memasuki syurga dengan diiringi Jibril, melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia. Sesungguhnya syurga itu ada lapan jenis. Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kubah lu’lu’ yang ternganga dan Baginda terlihat pada pintu syurga tertulis ayat berbunyi: “Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda.” Rasulullah hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, lantas Baginda pun bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu. Kata Jibril: “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat.”   

Kemudian Rasulullah berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu. Kemudian keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta. Rasulullah terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu`lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah. Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah dari syurga itu.   Nabi Muhammad kemudian diperlihatkan keadaan neraka. Dalamnya ada ghadaballah (kemarahan Allah) terhadap musuh-Nya dan yang ingkar perintah-Nya. Jika dijatuhkan batu atau besi ke dalam neraka itu, nescaya hancur lebur ia dalamnya. Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kaum memakan bangkai. Bertanya Baginda kepada Jibril: “Siapa ini, wahai Jibril?” Jawab Jibril: “Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat.”   Baginda juga dapat melihat malaikat Malik penjaga pintu neraka, lalu ia memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah menjawab salam Malik. Malik ialah malaikat yang boleh diketahui kemarahannya menerusi mukanya yang sangat masam. Sesungguhnya neraka itu terletak di bawah tujuh petala bumi. Ia mempunyai tujuh jenis, iaitu: · Neraka Jahannam. · Neraka Lazha. · Neraka Khutamah. · Neraka Saeir. · Neraka Saqar. · Neraka Jahim. · Neraka Hawiyah.   Rasulullah kemudian diangkat ke Sidaratul Muntaha dan ditutupi awan. Jibril tertinggal, lalu Rasulullah berhenti menunggu. Di sini Jibril pun memasukkan Baginda ke dalam nur sambil berkata: “Engkau dan Tuhan engkau saja.” Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda kepada Jibril bermaksud: “Adakah di sini sahabat hendak meninggalkan sahabatnya?” Berkata Jibril: “Inilah saja tempatku, jika aku melintasi kawasan ini nescaya terbakar aku dengan nur.”   Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy. Bertanya Rasulullah: “Siapa ini? Adakah malaikat?” “Tidak,” jawab lelaki itu. “Adakah nabi?” soal Rasulullah lagi. “Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku.”   10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.   Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan;   (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.   (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan   (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan   (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.   (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.   (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.   (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.   (8) Baginda juga melihat ( perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah   (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.   (10) Perempuan rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.   5. Selepas Mikraj Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).Wallahu’alam.(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)   Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. 

Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.   Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.   Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).   Wallahua’lam

23 June, 2011

KEPANASAN MELANDA

Beberapa bulan lepas cuaca panas melanda.  Sekarang pula musim hujan pula tiba.  Perubahan2 cuaca ini menyebabkan ramai orang tidak sihat.  Deman, batuk, selsema dan tekak perit pun menjelmalah.  Cik Wannie orang pertama di rumah saya mengalamainya.  Diikuti dengan Kayha kemudian Mummynya.  Dan kini saya pula yang mendapatnya.  Bermula dengan bagun pagi tekak berasa sangat kering dan sakit hingga ke telinga.

Sebelum pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan saya ke 7E untuk mencari Dequadin bagi melegakan tekak serta air badak untuk meredakan panas badan.  Sememang dari dulu dua ubat ini menjadi pilihan saya apabila penyakit ini mula menjelma.  Air badak sekarang ni sudah ada perubahan rupanya.  Seperti biasa bila ada yang baru mestilah nak cuba so belilah dua2 sekali...
JUMPA LAGI ...

22 June, 2011

ADIK NAK SEKOLAH

Masuk Minggu ni sudah dua minggu Kayha bersekolah Tadika.  Mengapa setengah tahun baru dia masuk Tadika.  Sebab awal tahun  Kayha baru belajar untuk tidak memakai pampers.  Biar dia betul2 pandai beritahu bila dia nak "pu" dan "bo".  So selepas cuti sekolah yang lalu Kayha telah pun bersekolah.  


Hari pertama sekolah dia tak menagis pun bila ditinggalkan oleh Mummy dan Babahnya.  Di pertengahan belajar dia menangis bila gurunya bertanya rupanya dia nak "pu" malu nak cakap rupanya.


Hari kedua dan ketiga dia menangis tetapi bila gurunya mengambil dan membawanya masuk ke kelas dia tidak menangis lagi.  Sekarang ni dia dah ok dan tidak meragam bila hendak ke sekolah.


Balik dari sekolah saya yang menjaganya sekarang.  Tiba di rumah dia terus nak buat kerja sekolah.  Tetapi saya memberinya makan dahulu.  Lepas saja makan dia terus nak buat kerja sekolah.  


Kayha dengan uniform sekolahnya.  Dia minta saya mengambil gambarnya. Uniform Tadika ni menyediakan gaun untuk kanak2 perempuan dan t-shirt dengan seluar pendek untuk lelaki.  Tetapi Kayha memilih untuk memakai t-shirt dan seluar pendek.  


JUMPA LAGI ...

17 June, 2011

CERITA HARI JUMAAT

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

15 June, 2011

DAPAT KASUT BARU

Dalam n3 yg lepas saya ada menulis tentang kasut jogging saya yang tercabut tapaknya.  Lebih kurang seminggu juga lah saya tidak berjogging sebab jenoh mencari kasut yang kena dengan citarasa saya.  Saya memang cerewit sikit dalam soal membelibelah ni.  Yer lah kasut sukan sekarang ni bukannya murah.  Kalau jenama Power pun paling murah saya lihat RM50 lebih.  Dah tu tengok kasut Adidas pun ok Nike pun cantik.  Harga pun cantik juga.  Sejak dah pencen ni nak kena berkira2 juga berbelanja la ni.  Maklum sajalah masa ni mak oi semua barang naik harga.  Itu tak kira lagi soal perbelanjaan dapur yang melambong naiknya.  Beli kasut kongfu macam kebanyakan Ah Soh2 pakai masa jogging baru tau hahaha ...

Dalam berkira2 nak beli kasut jogging tu, tiba2 anak saya Boboy (ayah Kayha) belikan saya kasut jogging jenama Nike.  Alhamdullillah. Yerlah dah seminggu dia tak tengok ibunya ni berjogging.  Moga Boboy diberi rezeki labih lagi nanti.
Ni dia belum lagi Tokbu dia pakai dia dah pakai dulu ... ada bertuah punya cucu ...

Beberapa hari dah berjogging penuh semangat yer lah kasut baru hahaha ...

JUMPA LAGI ...  

13 June, 2011

IMPIAN MENJADI REALITI

Malam tadi bagi peminat2 Akademi Fantasia (AF) tentunya mengadap kaca TV menyaksikan konsert terakhir program realiti ini yang juga merupakan program terakhir AF.  Bak kata pengacaranya Aznil Nawawi "dah tak der lagi AF lepas ni". 

Saya memang mengemari muzik.  Sedari muda2 dulu dan hingga kini saya memang suka dunia hiburan ni.  Dek kerana itu saya memang tidak ketinggalan mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air kita.  Seingat saya semasa program AF1 dahulu memang saya tidak berapa mengikuti.  Kalau saya tonton pun tidaklah mengikutinya sepenuhnya.  Yerlah program realiti pertama di Malaysia dan memang rasa pelik masa tu lebih2 lagi melihat telatah "gedik" Nana dan beberapa peserta perempuan yang lain.  Saya mula benar2 mengikuti program ini semasa AF2 hinggalah AF9 yang berakhir malam tadi.

Dan sebagai peminat tentunya saya mempunyai peserta pilihan yang saya sokong.  Saya bukanlah peminat tegar yang berhabisan duit menghantar undian.  Kalau menghantar pun sedikit2 saje kata orang suka2.  Masa AF2 saya minat pada Zarina tapi sayangnya dia tidak bertahan lama.  Dan bila melihat dia memenangi kereta dalam konsert Kenangan AFAznil saya amat gembira sekali.

AF3 memang happening, yer lah ada gelombang tsumawi kan.  Memang masa itu tidak dinafikan peminat Mawi memang ramai.  Haha memang masa ni setiap kali konsert saya pasti akan menghantar undian.  Yerlah masa tu dia bersaing hebat dengan Felix yang tidak kurang hebatnya.  Semasa AF4 saya meminti Farhan.  Suara Farhan memang power pada saya lebih2 lagi semasa dalam satu konsert tu dia menyanyi lagu "Got the blues for U" tapi sayangnya dia cuma mendapat tempat ketiga.  AF5 dan AF6 saya kureng mengikuti sebab tidak ada seorang pun yang saya minat.  Semasa AF7 saya minat pada peserta yang bernama Yazid.  Bukan sebab dia orang Johor tetapi sebab sifat "naif" dia tu menyebabkan rasa terhibur melihat telatahnya.  Yazid sekarang sedang berentap dalam program tarian jalanan terbitan 8TV Showdown2011 bersama kumpulannya yang bernama Rokustaps.  Not bad kumpulan ini dan menjadi pilihan untuk menang.  Masa AF8 pula emm tak ingat pulak sapa yang saya suka itu maknanya tak minatlah.

Bila AF9 yang dikatakan program terakhir AF saya mengikutinya tetapi pada saya tidak ada peserta yang betul2 menyerlah.  Tetapi bila operasi gugur yang membawa masuk Hazama dan Fina pada saya barulah ada kick untuk menontonnya.  Semasa AF4 apabila Hazama tersindkir di konsert prelude memang saya rasa tidak patut sebab pada saya dia memang layak sebab suaranya memang bagus.  Tetapi itulah kata orang tiap yang berlaku itu memang ada hikmahnya.  So hikmahnya dia kini menjadi juara AF yang terakhir dan dia memang layak bagi saya.  Mudah2an dia akan terus maju dalam bidang ini dan kalau bolih tidak jadi poyo dan lupa diri bak kata Hattan semasa menasihati Hazama.

So selepas ni apakah agaknya program realiti yang akan dibuat oleh Astro.  Malaysia Got Talent kot ....

JUMPA LAGI ...

01 June, 2011

DAH 11 TAHUN ... SO WHAT U EXPECT












Kelmarin semasa saya sedang berjogging saya rasa sesuatu yang aneh semasa saya berjalan.  Tapi saya teruskan juga.  Makin lama makin rasa lagi aneh.  Lepas itu terdengar kelepak kelepuk.  Rupa2nya kasut jogging saya dah nak tertanggal tapaknya.  Saya pun memendikkan jogging saya dan terus balik ke rumah.  Di pertengahan jalan kaki saya makin terasa aneh.  Rupa2nya tapak tu memang dah nak tertanggal keseluruhannya.  Tapak tu tidak boleh digunakan untuk berjalan lagi.  Saya pun menanggalkan tapak itu dan berjalanlah dengan kasut yang tanpa tapak.  Tapak tu saya tidak buang. Nasib baik rumah tak jauh dari tempat berjogging.  Saya bercadang untuk membawa ke kobler untuk ditampal atau dijahit atau apa2lah.  Sebabnya keadaan badan kasut itu masih elok.  Lagi pun saya sangat suka dengan kasut itu.  

Sebelum ini saya memang banyak mempunyai kasut sukan pelbagai jenama dari yang murah hinggalah yang mahal.  Kasut2 itu saya telah sedekahkan pada rakan yang pada awalnya menyatakan hasrat untuk meminjam bila tiada kasut untuk senamrobik ke atau pergi ke gem ker tanpa perancangan. Tetapi tidak tahu mengapa saya sukakan kasut yang satu ini.  Mungkin ia kasut free lagi pun pada saya warna kasut ini amat menarik.  Saya dapatkan pun dengan menggunakan kedudukan saya sebagai PA pada seorang SUB Pentadbiran & Kewangan (mak aii macam mana ni mana bolih kan).  Saya masih ingat masa itu tahun 2000 saya dah tak ingat program apa.  Memang menjadi amalan rasanya agensi2 kalau buat apa2 program pegawai2 atasan akan mendapat baju track dan kasut sukan atau apa saja secara percuma.  So bila urusetia tu menelefon masa mintak saiz bos saya pun sound lah "untuk PA tak der ker" ... so kerana malu2 alang agaknya mereka pun bagilah saya.  Itulah sejarah kasut itu.  Kira dah berumur 11 tahun lah tahun ni.  So kalau dah sebelas tahun dan dilanyak setiap hari sejak dua tahun lalu whatss u expects .... 

So hari ni tak dapat lah jogging.  Memang bercadang untuk ke kobler tapi saya malas nak keluar dengan cuaca panas di luar tu yang tak dapat aku tahan tahap kepanasannya.  Tapi rasanya saya  nak beli kasut lain lah.  Nak tampal2 ke jahit ker mengarut jer. Lagi pun yang sebelah lagi pun dah nak tertanggal juga.  Dah mintak nyawa gak ....

JUMPA LAGI ...