28 January, 2011

SENYUM PAGI JUMAAT

TOKBU :
Kehidupan bersuami isteri memang ada pahit manisnya ... kadang2 tak ader hujan tak ader ribut dengar2 dah bercerai.  Suami dah buat yang terbaik untuk isteri begitu juga isteri.  Tapi dimana silapnya terjadi juga perpisahan.  Benarkan perkahwinan itu satu perjudian ... 

Satu kisah yang biasa terjadi yang kita sebagai isteri kadang2 tak perasan ... 

SUKARNYA MEMAHAMI BAHASA-BAHASA WANITA

Seorang laki telefon bini;
“Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?”
Bini jawab,
“Takmau bang, bini awak tengah diet…”
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa…
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk… Dia lari tido bilik sebelah….
Bila laki respond balik,
“Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii….”
Bini jawab,
“Memangla orang kata takmau apa-apa… Tapi belikan jerla apa-apa….Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….”
Eh, eh bini aku ni… Yang mana satu nih?, bisik hati sang laki.

Masuk bab 2.
Laki talipon bini,
“Petang ni awak nak masak apa Yang?”
Bini jawab,
“Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah. Senang…”
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben.
Tiba-tiba… Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit.
“Jom makan!!”, jemput si bini.
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja. Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!
“Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?”, rungut sang laki.

Masuk bab 3.
Bini berkata,
“Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang. Awat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih.”
Si laki punya la seronok weeiii. Dan-dan tu bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta.
“Bila dah siap, kuar bilik. Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa. Bangggg, bini awak sama anak-anak ikut awak eh?”
“##@#@#$@$%#%^&^%*%&*”, sang laki merana seorang diri.

Masuk bab 4.
Bini berkata,
“Bang,hujung minggu ni balik kampung nak?”
“Alaa, abang keja lah yang….”, jawab si laki.
“Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang. Pastu abang balik la KL balik.”, balas sang bini.
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq. Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon.
“Abang bila nak balik ambik kitorang bang?”
Sang laki,
“&%&$%^$%&%^*^#”, merana lagi.

Masuk bab 5.
Bini berkata,
“Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker? Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…”
Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain.
Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petir plak..
“Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa? kenapa?”
Sang laki,
“#@%%#$%#%^$^*&%(*^(^*()”, terkena lagi.

Masuk bab 6.
Isteri berkata,
“Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….”
“Nak bagi pakai baju mana ni Yang…?”, sang laki bertanya.
“Alah abang ni… kan baju anak ada 8 bakul tu…pakaikan jerlah baju mana-mana pon… bukan ada org nak tengok ponnn…”
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….
“Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? Lalu orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…”
“%%^*(&^%&^#$@!%$@&$^%%”, sang laki hanya terkedu membisu.
Aduhai, sukarnya memahami bahasa-bahasa wanita? Kesian jadi sang laki. Otak lurus sangat. Tu la pasalnya.

Hihi ... jangan selalu tensionkan suami takut bila dah terlampau tension nanti isteri lak yang merana ....

Sumber : Artikel dihantar melalui email oleh Saudara Faizal : penghargaan Blog PakarHowTo ..




KAYHA :
Adik demam, batuk dan selsema.  Adik tak pegi lumah mek ari ni.  Adik tinggal dengan Tokbu.  Semalam Tokbu kasi adik makan ubat.  Adik makan ubat dah adik tak nangis. 











JUMPA LAGI ...


27 January, 2011

HOBI BARU

Dua minggu lalu Mummy Kayha membelikannya sebuah buku coloring book siri karton Disney Little Einsteins.  Balik sajer dia mula mewarnakan buku tersebut.  Nampak bersungguh2 benar dia mewarnakannya.  Apa yang menarik kali ini dia sudah pandai mewarnakan dengan betul mengikut bentuk lukisan tersebut.  Sebelum ini dia hanya menconting2 sajar mengikut suka dia.  Apabila habis satu buku tu diwarnakannya, Kayha memberi tahu 
Kayha:  Tokbu adik nak color tapi semua adik dah abis color ..
Tokbu:  OK nanti kita beli lagi yer ...
Kayha:  Baiklah ( dialog ini hasil dari yang didengarnya dari siri karton di TV )

So saya pun membelikannya tiga buah lagi coloring book. Dan selepas itu setiap hari dia  mewarnakan buku2 tersebut.
cuba tengok aper perbezaan Kayha dengan
gambarnya yang disebelah ...

JUMPA LAGI ...

23 January, 2011

MESRA PELANGGAN?


TOKBU:
Pernahkah anda terjumpa dua tanda di atas tu semasa anda bershopping di mana2 pusat membeli belah.  Yang pertama di atas memang selalu kita jumpa.  Dengan lain perkataan secara halus memaklumkan kepada pelanggan resiko yang dihadapi jika tidak berhati2.  Selalunya kita dapati di kedai2 yang besar2.

Tanda yang kedua pulak baru ni lah saya terjumpa.  Berderau darah membacanya.  Kasar semacam.  Ringan jer mulut nak bercakap dengan jurujual di kedai tu tapi dua kali fikir suka hati kau oranglah.  Mungkin hari ini saya tak der mood nak berceramah, nantilah bila mood ada nak jumpa juga pengurusnya.  Kedai ni memang ramai penggunjung selain harganya yang berpatutan banyak barang2 DIY terdapat di kedai ini, yang antara iklannya "Always Low Prices".Siapakah agaknya pengurus kedai ini sehingga ayat sebegitu dipaparkan.  Tak kan lah akalnya juga low ...

JUMPA LAGI ...

21 January, 2011

JUMAAT YANG MULIA

TOKBU:
Cepatnya masa berlalu ... Januari sudah hampir sampai ke penghujungnya ... bagaimana pulak dengan perjalanan hidup kita.  Masih panjang lagikah ... Masih banyak lagi amalan yang belum disempurnakan ... Saya sentiasa bersyukur kerana diberi lagi kesempatan untuk mendalami ilmu dan amalan ibadah ini.  


Bertuahkah menjadi Perempuan beratkah tanggungjawab seorang lelaki ..

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.
Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin dan dosa anak lelaki yg belum baligh.

Beratkan?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak lelaki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
macam tak menutup aurat dengan sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi lelaki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nak di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yang perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa orang perempuan lebih
panjang dari lelaki. Lelaki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rumah.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kepadanya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tangan suami
- Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki 

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah bukan?
itulah bandingannya dengan seorang wanita.
~Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorang wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki,tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki perlu menggunakan harta pusaka itu untuk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untuk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh makhluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkan Oleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang di sukainya cukup dengan empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tanpa wanita, lelaki tidak akan wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yang beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..


KAYHA:
Pagi ini adik tak nak pegi rumah Mek ... adik nak tinggal dengan Tokbu ... adik nangis tak nak pegi sebab citer Igly town elo lum habis.  Adik nak tengok sampai abis.  Tokbu kata oklah adik tinggal dengan Tokbu.  Adik suka .. 













JUMPA LAGI ...



16 January, 2011

MERIAHNYA


TOKBU:
Kelmarin Sabtu 15 Januari jam 8.30 pagi saya bertolak ke Merlimau Melaka.  Kampong Air Tawar, Jalan Datuk Nawar dituju.  Kalau dua minggu lepas semua ke Ipoh, kali ini pula ke Merlimau untuk majlis menyambut menantu besan saya Haji Rais dan Hajah Maznah.  

Labih kurang jam 11.30 pagi sampailah saya ke rumah besan saya.  Semasa tiba ramai jugalah jemputan yang telah hadir.  Anak dan menantu saya sedang sibuk ke hulu dan ke hilir menguruskan majlis adiknya shahril.  Setelah selesai makan saya duduk dibawah pokok sambil memerhati perjalanan majlis tersebut.  Memang meriah sungguh melihat suasana majlis sebegini di kampong. Memasak beramai2 untuk menyediakan juadah yang hendak dijamu kepada para jemputan.  Anak2 muda mengangkat hidangan dan membasuh pinggan mangkuk sambil berbual gelak ketawa.  Sungguh harmoni sekali.

Kalau di KL atau di bandar2 besar semua kerja2 ni dibuat oleh pekerja2 katering yang dibayar untuk melakukan kerja2 ini.  Berlainan sekali di sini semuanya dlakukan oleh penduduk kampong dan jiran2 terdekat secara bergotongroyong.
































Ketibaan memplai selalunya ditunggu oleh para jemputan.  Untuk melihat betapa segaknya pasangan pengantin dan macam mana fesyen baju pengantin serta warna apa.  Lebih2 lagi nak tengok macam mana rupa menantu baru Haji Rais dan Hajah Maznah.  Ketibaan pengantin memang sering diiringi dengan kompang.  Di sini bukan setakat kompang sahaja malah seni pencak silat juga ditunjukkan.  Seronok tengok anak2 muda yang saya rasa masih bersekolah lagi menyertai kompulan kompang ini.  Dah lama rasanya saya tak melihat pencak silat menyambut pengantin ni. 


Dah lama jugak tak melihat kulit kelapa macam ni.  Dulu2 masa masih sekolah lagi selalu ada dirumah saya di kampong.  Kulit2 kelapa ini digunakan untuk membakar kueh bahulu untuk kueh raya.  Petang2 pula dibakar untuk menghalau nyamok.  Tentu besan saya gunakan kelapa2 ni untuk majlis ni.  Untung gak kan tak payah beli kelapa.  Masa ni dengarnya kelapa kurang di pasaran dan harganya pun mahal ... sebab kan Thaipusam kan tak lama lagi.  Kaum India memerlukan banyak kelapa untuk keramaian mereka tu.
KAYHA:
Masa adik bangun tido adik pegi bilik Tokbu adik tengok Tokbu pakai baju cantik.  Tokbu kata nak gi jalan jauh ... Tokbu kata Tokbu pegi jalan kejap jer .. nanti Tokbu balik cepat.  Adik angguk jer ... adik cakap adik nak duduk bilik Tokbu sorang2 tengok TV.  Tokbu bukakkan TV tuk adik,  adik baling tengok TV.  

Petang Tokbu balik Tokbu cakap tadi Tokbu jumpa Ayah ngan Antie ngan Ibu Cik ngan Kak Tina Kak Aca ngan adik Laily ngan Nenek ... adik cakap naper tak bawak adik ... Tokbu cakap nanti adik nangis cari Mummy sebab lama Tokbu pegi .. adik malah sebab Tokbu tak bawak adik ...

JUMPA LAGI ...




11 January, 2011

MAKLUMBALAS

TOKBU:
Kepada rakan2 yang mengikuti blog saya, masih ingatkan entry bertajuk "Adoi ... Lemas Dibuatnya " ... saya dah tak lemas lagi ...

Sink dapur telah dibaiki ... tak panggil plumber pun ... Abang sendiri yang buat .. tima kasih lah yer ... kepada penghuni rumah ni ha! jangan lak semua sisa2 makanan dicampak lagi dalam sink tu ...

Aircond pun dah dibaiki yang ni memang kena panggil orang yang pakar ... maghrib2 sampailah 4 anak2 muda China membuatnya ... kena RM130.00 ... dan biasalah bila dah keluar RM eloklah kan ... ambik kau sejuklah tak terkata. 

Hidup dah kembali normal ... Syukur kepadaNYA atas nikmat yang diberi.

JUMPA LAGI ...

10 January, 2011

MENJAGA ALAM SEKITAR?

TOKBU:
Tiba untuk berjogging pagi ni sakit mata memandang.  Entah bilalah rakyat Malaysia tahu menjaga kebersihan.  Rata2 yang datang ke situ menurut pembersih taman itu anak2 muda.  Tak kan di sekolah dahulu tak belajar tentang kebersihan... 
Yang dibawah ni pulak nak salahkan siapa ... juga menyakitkan mata.  Sejak saya mula berjogging April tahun lalu dah nak hampir setahun benda ni masih lagi terletak di sini dan bumbungnya pula masih macam ini lagi  ... MPS apa cerita ..
KAYHA:
Tokbu yang ni pulak adik yang buat ... Tokbu malah tak ... tak koto kan .. 


Sabau ajer lah ...

JUMPA LAGI ...