31 December, 2010

REUNION BEKAS2 PEGAWAI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA & SUKAN

TOKBU:
Malam Isnin 27 Disember 2010 saya menghadiri Majlis Perjumpaan dan Makan Malam Bekas2 Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.  Dahulu Kebudayaan Belia dan Sukan bersekali tetapi sekitar tahun 1987 Bahagian Kebudayaan dipisahkan dari Belia dan Sukan. Walau bagaimanapun pegawai dan kakitangan diberi pilihan Bahagian mana yang ingin mereka meneruskan kerjaya mereka.  Walau pun terpisah hubungan persahabatan masih diteruskan dan atas inisiatif beberapa orang dari mereka maka program perjumpaan itu pun direalisasikanlah.


Ketika dihubungi oleh En. Kamal Abdullah Othman memaklumkan perkara ini dan meminta saya menghebahkan kepada rakan2 lain saya rasa amat teruja.   Maklumlah sejak bersara memang teringin berjumpa dengan rakan2 lama yang kebanyakannya pesara seperti saya dan ada juga yang masih berkerja .

Memang seronok berjumpa rakan2 lama.  Sebahagian dari mereka memang saya tidak pernah berhubung langsung setelah terpisah.  Banyak yang berubah sama ada dari segi saiz badan ataupun penampilan diri seiring dengan usia masing-masing.  Maklumlah kebanyakkannya sudah lama bersara.  Sama ada lelaki atau perempuan apabila berjumpa berpeluk2kan.  Banyak yang hendak dibualkan dan banyak juga yang hendak dikongsikan.  Memang meriah sungguh .  Saya rasa adalah lebih kurang 150 orang hadir pada malam itu.

Antara rakan di Bahagian Kebudayaan yang masih aktif dalam bidang masing2 hadir pada majlis perjumpaan itu ialah Ahmad Termimi Serigar, Zulkefli Zain, Pak Ngah dan Mak Ngah dan Dato' A. Rahman Hassan.  Rakan2 Bahagian Sukan seperti Dato' M Jegathesan, Dato' Ghani Minhad dan juga seorang pemain badminton negara yang saya lupa siapa namanya juga hadir.  Jawatankuasa Penaja juga tidak lupa menjemput bekas2 KSU dan juga balu2 pegawai yang telah meninggal dunia dan Alhamdullilah mereka sungguh sporting untuk hadir.  Ada beberapa rakan yang disangka telah meninggal dunia ada pada malam itu.  Terperanjat gak lah saya dibuatnya.  Memang panjang umurlah mereka ni.

Kepada rakan2 seperti Rahmah, Rahman, Norhayati, Kaslom, Pn.Bariah, Pn.Salmah, En. Othman, En. Azimuddin, Abang D, En. Zainol, Ismail Mat, En. Salihan Suru, Dato' Bisharuddin, Dato' Mohammad, Dato' Shafie, Hamid, Rohani Ujang, Nadim, En. Kamal, En. Nawi, Dato' Syed Bakar, Dr. HM Khalid dan ramai lagi yang tidak dapat saya sebutkan saya memang sangat2 gembira malam itu.  Beberapa gambar menjadi kenangan ... group photo akan saya postkan nanti bila saya mendapatnya.  
Ini saya dengan En. Rashidi Omar (Abang D) bekas Pengarah Belia & Sukan ... Dia saya anggap sudah seperti bapa sendiri.  Salah seorang yang akrab dengan saya.  Telah berusia 78 tahun.  Isteri telah meninggal dan dia memaklumkan pada saya dia tinggal seorang diri bersama 36 ekor kucing.  Duit pencen RM600 khas untuk makanan kuching ...
Ini Rahman .. semasa berkerja dahulu dia digelar "Lelaki
Mistri" sebab perahsia orangnya.  Kami tidak tahu sama
ada dia telah berkahwin atau mempunyai anak atau tidak
hingga kini tidak tahu ... walau apa pun dialah orang pertama
yang menegur saya semasa saya mula2 melapur diri
di KKBS.  Memang susah nak ajak dia bergambar
ni gambar curi la ni tu yg jadi mcm ni...
Bersama Hamid, Rahmah dan Kalsom  (saya dan Rahmah memang
rakan karib.  Masih berhubungan dan sekali sekala berjumpa)
Dari kiri Dato' Shafie (orang kuat Menteri YB Dato'
Noh Omar, Pn. Bariah (Pensyarah UiTM), saya, Norhayati (kini
menetap di Arab Saudi) Dato' A. Rahman Hassan (bekas penyanyi
pop yeh yeh saper tak kenal), Datin Jun (Isteri Dato' Mazlan),
Encik Salihan Suru (last post as Pengarah Belia dan Sukan Perlis dan
anak tiri Norhayati (lupa namanya)
JUMPA LAGI ...

27 December, 2010

LOST WORLD OF TAMBUN ... MEMANG LOST PUN ...

TOKBU:
Semalam Ahad ... destinasi Ipoh untuk menghadiri majlis perkahwinan adik menantu saya Shahril.  Yang saya buatkan barang hantarannya tempoh hari tu .. So jam 7.45 pagi dari rumah kerana menantu saya Izan beritahu yang pengantin akan bersanding pukul 12.30 tengahari.  Beberapa hari dah study plan ke rumah pengantin perempuan.  Dan tanda arah yang paling mudah, cari jer Lost World of Tambun.  Walau pun kenderaan di atas jalan raya tidak lah banyak tetapi bila berhenti untuk minum pagi di R&R Tapah punyalah ramai orang.  Meja kosong pun tak ada.  So tapaw ajerlah.  Beli lemang dengan ketupat palas dan rendang. Sedikit kueh dan air kotak.  Makan kat kereta.
Sejuk mata memandang ... masih ada lagi alam semula jadi yang
tidak tercemar oleh pembangunan
Bila sampai di Ipoh ...


Abang : Masuk sini ker (refer pada tol Ipoh)


Saya  : Tak kot sebab dalam kad tulis masuk tol Ipoh Selatan ... depan lagi kot ..


So teruslah ... 


Abang  : Tengok tu signboard Lost World of Tambun .. kita dah salah ni patut
             masuk kat sana tadi ...


Saya diam jer .. dalam hati kata mesti ada exit tuk ke Ipoh lagi ... terus lagi.  Saya diam sajer. Sebab dah rasa memang salah dah ni.  Nanti kalau cakap takut menimbulkan kemarahan walau pun tahu yang abang tak akan marah.  Cuma dia mungkin geram ajer.   Jumpa tol Ipoh Utara nak cakap suruh masuk nanti salah lagi so diam ajerlah.  Terus lagi dan memang tak ada pun exit atau u turn ke Ipoh.  Dan akhirnya kami lost lah sampai ke Kuala Kangsar.  Masuk tol Kuala Kangsar dan pusing balik ke Ipoh.  Sempat tanya pada pengutip tol untuk ke Tambun. 


Geram Abang pun dah hilang mulalah bercakap.  Oleh kerana masih awal lagi kami pun merancang untuk menjenguk Lost World of Tambun( LWOT).  Apalah agaknya yer.  Mungkinkah penginggalan sejarah lama.  Masuk2 rupanya theme park.  Tetapi yang istimewanya kat sini ada banyak tempat bolih dilawati macam ada Tiger Valley boleh tengok harimau dalam hutan sekali tour RM20.00.  Ada juga Petting Zoo.  Kira mini zoo lah. Nak masuk bermain di LWOT ni bayarannya dewasa RM38.00 kanak2 RM32.00.  Adalah macam2 permainan di dalam tu samalah macam di Genting Highland.  Kalau bawak Kayha mesti dia suka ni.  Kalau ada rezeki nanti nak bawak dia ke sini.
Tapi yang menariknya semua orang memandang saya sebab pakaian tak sesuai dengan tempat.  Yerlah kan nak ke majlis kenduri kawin.  Nasiblah kan.  Bila lagi nak pegi masa Shahril bertunang dulu dah teringin nak singgah tapi tak berkesempatan.


So dah puas melawat LWOT terus ke Masjid An-Nur.  Anak dan menantu berjanji menunggu di sana.  Tetapi masih awal lagi so kenalah menunggu lagi. Saya mengambil kesempatan melawat di sekitar masjid.  Masjid sekarang ni tak macam dulu.  Siap ada carta organisasi.  Tempat parking kereta khas pun ada.  Tempat beribadah pun ada khas2 juga yer.  Hai di sana nanti tidak kira kau siapa VIP ker bukan VIP sama sajer.
Lebih kurang 45 minit menunggu akhirnya sampailah anak dan menantu saya bersama dengan ahli2 keluarganya.  Bersalam2lah saya dengan besan dan saudara2nya.  Selepas itu kami semua berangkatlah ke rumah pengantin perempuan untuk majlis persandingan.  Ketibaan kami disambut dengan tiupan nafiri.  Sesekali mendengar muzik tradisional ini memang menarik sungguh.

Shahril selamat bersanding dan kepada Shahril dan Shikin diucapkan selamat pengantin baru semoga berkekalan jodoh hingga ke anak cucu.  Naper pulaklah Shahril ni nampak risau jer ... takkan nervous lagi kot kan dah selamat bernikah walaupun dengarkan sampai tiga kali lafaz nikah ... katanya Tok Kadi pun kelam kabut.  
Sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur terdapat sedikit kesesakan tetapi tidaklah teruk sangat ... ramai nak ke Bukit Jalil ... bola kan ... Ya Malaysia menang 3-0 tapi main kat Indon nanti tak taulah macam mana penyokong Malaysia manalah ramai ... kat sini pendatang mereka memanglah ramai kita kat sana ... Doakan kemenangan Malaysia nanti ... Malaysia Bolih ...


JUMPA LAGI  ..

26 December, 2010

PEKAN RAWANG

TOKBU:
Sabtu hari krismas ke pekan Rawang kerana ada sedikit urusan di sana.  Pekan Rawang telah banyak berubah.  Saya masih ingat sekitar tahun 1980an saya sering melalui pekan Rawang untuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak yang terletak di Kuala Kubu Bharu.  Waktu itu pekan Rawang terletak di satu kelompok sahaja.  Jika kita ke pekan Rawang satu pusingan sahaja jalannya.  yang paling saya ingat Balai Polis Rawang yang terletak di atas bukit waktu itu.  Kira tempat paling strategik untuk mengeluarkan saman kenderaan kerana pelbagai kesalahan.


Tapi kini semuanya telah berubah.  Pekan Rawang telah pesat membangun.  Kita bolih lihat banyak bangunan2 baru dan pasaraya besar terdapat di sana.  Maidin, Giant, Tesco dan Parkson semua ada.  So penduduk Rawang tidak perlu di KL untuk bershopping.


Balai Polis Rawang pun dah berpindah ke bangunan baru di tengah2 pekan.  Inilah nikmat kemajuan negara dan pentadbiran negeri yang baik.







JUMPA LAGI ...

23 December, 2010

LANGIT TAK SELALU CERAH ...

TOKBU:
Perjalanan hidup kita di dunia ini memang sukar diramal. Suka duka, tawa dan tangis, susah senang, pahit dan manis mewarnai hidup kita.  Hari ni kita di atas esok lusa kita ke bawah, hari ini kita bahagia hari2 mendatang mungkin kita akan merana.  Benarkah perjalanan hidup kita ini kita yang merancangnya atau memang sudah ditentukan sejak azali lagi.


Seorang rakan baik saya ada mengatakan dia tidak mahu memikirkan apa yang akan berlaku nanti kerana esok dia akan tahu apa yang berlaku pada hidupnya.


Berpeluang berjumpa saudara mara di majlis perkahwinan sepupu saya di Telok Intan tempoh hari banyak cerita2 saudara2 terdekat singgah di telinga ini.  Selalunya cerita2 tentang saudara mara, sayalah orang yang terakhir akan tahu.  Bukan kerana saya tidak rapat dengan saudara mara tetapi sejak sekian lama saya malas untuk mengetahui atau bertanya khabar tentang mereka.  Saya pernah di salahfaham oleh mereka apabila saya mengkhabarkan satu cerita berkenaan dengan sepupu saya so sejak dari itu memang saya tidak mahu ambik pot tentang hal2 mereka.  Lebih membuat saya untuk tidak mengambil pusing hal saudara mara apabila ibu saya tidak dihormati oleh mereka hanya kerana harta pusaka peninggalan arwah Haji Ismail datuk saya. 
   
Tetapi kata orang kalau dah saudara itu lebih2 lagi saudara terdekat iaitu sepupu menghadapi saat2 sukar terasa juga kesedihannya.  Perkahwinan merupkan perjudian dalam kehidupan suami isteri.  Kita tidak dapat meramal apa yang bakal berlaku pada kehidupan rumah tangga kita.  Memang perkahwinan di zaman ini atas dasar suka sama suka, cinta mencintai tetapi mengapa berlaku juga perpisahan penceraian.  Sebab itulah jangan terlalu awal berpuas hati memuji kehidupan bahagia kita masa ini sebab hati  akan berubah sekelip mata.  Itu adalah fitrah alam.


Bermula dari diri saya sendiri yang mengalamai pencerian diikuti dengan sepupu SHD kemudian SH.  Dan berita terbaru sepupu saya AH, CID, CAAB dan paling terbaru AI.  Kesemua mereka mempunyai kehidupan yang sempurna tetapi mengapa berlaku juga penceraian.  Saya amat bersimpati dengan Mak2 saudara dan Bapa2 saudara saya atas apa yang berlaku pada anak2 mereka tetapi saya masih ingat lagi bila saya bercerai dahulu macam2 mereka mengata saya, saya dapat rasakan kesedihan ibu saya ketika itu, sekarang ini masing2 merasalah apa yang ibu saya rasa.  Nasihat saya jangan sekali2 mengata sesama kita kerana kita ada anak ada saudara mara. Perkara2 begini tidak mustahil berlaku pada kita.


Kepada sepupu2 saya yang baru mengalami keruntuhan rumahtangga saya berharap mereka tabah menghadapi hidup ini.  Apa pun yang berlaku kehidupan mesti diteruskan.  Kelian mempunyai pekerjaan yang baik yang dapat menjamin masa depan kelian dan anak2.  Belajar dari kesilapan dan tabah menghadapi hidup ini.  Sekiranya perlukan tips untuk mengurangkan kesedihan bacalah rencana ini yang saya petik dari blog maemahi.blogspot.com. Penghargaan yer beb.



Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. 

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


JUMPA LAGI ...

21 December, 2010

BOLIHLAH .. YANG SIMPLE2

TOKBU:
Ada bakat ... kemahiran .. adalah kot mungkin sikit2 dan simple2 sejar.  Barang hantaran perkahwinan sekarang ini menjadi perkara utama dalam pertunangan dan perkahwinan.  Hiasan barang2 hantaran ini sudah menjadi perniagaan dan di komersialkan pada masa kini.  Anda dapat melihat sekarang ini pelbagai ciptaan terbaru mengikut peredaraan zaman.  Membuat hiasan barang2 hantaran memerlukan kretiviti seseorang.  


Sebab itulah jika kita berbakat dalam membuat hiasan barang2 hantaran pertunangan dan perkahwinan anda bolih cari makan dan bolih buat duit.  Malah ada di antara mereka ini telah menjadi kaya raya.  Bukak saja internet  kita dapat melihat ramai individu menjalankan perniagaan ini.  Jika mahu cantik dan nampak class mahallah bayarannya.


Semasa Boboy hendak bertunang pening juga saya hendak memikirkan macam mana nak dibuat dengan barang2 hantaran ini.  Kena fikirkan temanya (ialah zaman sekarang ni pertunangan dan perkahwinan kena bertema2) nak tentukan warna apa dan macam2lah.  Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuat sendiri.  Dan hasilnya not bad lah kata orang.  Dan bila sampai masa untuk berkahwin barang2 hantaran perkahwinannya juga saya buat sendiri.  Selepas itu anak sulung saya pula Jadz bertunang dan kahwin, semua saya buat sendiri.  Dari situ dah bolih jimat duit nak upah orang buatkan kan.  


Nak kata pandai sangat tidaklah.  Saya cuma melihat dibuku2 dan majallah, di kedai2 hiasan perkahwinan dan di internet.  Dari situ saya dapat gambaran apa yang akan saya reka.  Rekaan saya selalunya simple2 sajer.  Saya tidak suka hiasan yang berlebih2an.  Lagipun sekarang ni kita bolih mendapat bahan2 hiasan itu di kedai2 hiasan perkahwinan.  Beli sajer dan rekalah sendiri.  Mudah sahaja.  


Selepas itu menantu saya meminta tolong buatkan barang hantaran adiknya.  Nampaknya ok dan bila tiba majlis perkahwinan yang akan diadakan pada cuti krismas nanti sekali lagi menantu saya minta saya buatkan.  Barang hantaran yang minta saya buatkan pun tidak banyak cuma empat saja.  Handbag dengan Kasut, jam tangan, Quraan dan alat2 makeup.  So tak perlu hiasan yang rumit.  Very simple .. ini lah hasilnya ..



KAYHA:
Adik nampak Tokbu buat apa tah adik tak taulah.  Tokbu cakap pada adik jangan kacau.  Panas.  Adik tengok Tokbu tembak bakul.  Adik nangis sebab Tokbu tak kasi adik kacau.  Tokbu tanya adik tantik tak .. adik cakap tantik. Tokbu kata jangan usik2 ni balang Antie.


























JUMPA LAGI ...

15 December, 2010

ADOI ... LEMAS SUNGGUH DIBUATNYA ...

TOKBU:
Sudah beberapa hari sink di dapur saya buat hal ... tersumbat pulak .. air basuhan mengalir lambat benor2 .. kura2 pun cepat agaknya.  Yerlah sink dapur tu memang selalu kita guna.  Untuk mencuci segala yang kita nak masak, membasuh pinggan mangkuk basuh tangan selepas makan, pendek kata bermacam2 lah.  Dah kalau air mengalir lambat macam tu mak oi lemas dibuatnya.  Nak masak pun susah nak membasuh pinggan mangkuk pun susah.  Berleter gak pada anak2 ialah kalau basuh pinggan lepas makan tu sisa2 makanan semua masuk dalam sink bukan nak buang dalam tong sampah.  Semua diam.


Macam2 cara dah saya buat untuk membaikinya.  Letak garam di lobang air dan jirus air panas dah saya buat ... pam pun sudah macam tu juga.  Satu hari tu saya cucuk2 saluran di belakang rumah tak juga jalan.  Ni semua nak RM lah ni.  Pening kepala dibuatnya.  Duit pencen bulan lepas dah buat bayar roadtax dan insuran kereta yang tamat tempohnya.  Berkira pulak duit pencen yang akan datang nak betulkan aircon di bilik saya yang dah tak berapa sejuk lagi ni.  Ada ker bilik ada aircon bolih saya berpeluh.  Kan pelik tu.  Tu yang nak kena betulkan tu. Ada tak der kau tunggulah dulu sink yer ... lambat2 lah air tu mengalir nak wat cam mana... Dan dapur pun tak berasaplah ... beli nasi bungkus ajerlah atau makan di luar.  


p/s : nak tempek gambar sink tu rasa tak elok lak ... yerlah dengan air yang bertakung kan ... takut ada yang geli lak nanti hehehe ...


JUMPA LAGI ...

13 December, 2010

DARI MUAR KE TELOK INTAN

TOKBU:
Pagi kelmarin saya ke Telok Intan menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah mak saudara saya yang saya panggil Mak Dik. Nama sebenarnya Faridah.  Mak Dik adalah adik perempuan bongsu mak saya yang bertemu jodoh dengan lelaki dari Sungai Manik Telok Intan bernama Masmuda.  Mereka berkenalan semasa sama2 belajar di Maktab Perguruan di Johor Bahru.  So cikgu ngan cik gi lah ni ...


So merantulah Mak Dik saya tinggal di Telok Intan apabila kedua2 mereka telah bersara.  Ini kali ketiga Mak Dik membuat kendurI kahwin.  Kali ini giliran anaknya yang nombor tiga Mashafidah.  Semua anak Mak Dik perempuan lima orang.  Semua bermula dangan Mas.  So suami Mak Dik yang saya panggil Ayah Mas selalu kata dia memang kaya.  Dia Ayah Mas dan anak2 dia semua mas haha... Ayah Mas memang kelakar orangnya.  Tapi sejak kebelakangannya dia kurang sihat tetapi jenakanya tetap ada.


Mashafidah atau saya panggil Adah seusia dengan anak saya yang sulung Jadz.  Semasa saya mengandungkan Jadz Mak Dik mengandung, Mak saudara saya yang saya panggil Mak Mun pun mengandung kakak saya juga mengandung.  So Almarhun Haji Ismail mendapat dua cucu dan dua cicit sepanjang tahun 1977.


Adah bertemu jodoh dengan lelaki berasal dari Kuala Kedah bernama Kamsani. So di majlis kenduri tersebut seperti biasa bertemulah semua keluarga saya.  Mak2 saudara, sepupu2 dan anak2 saudara serta cucu2 saudara.  Memang meriah sekali.... 


Nampaknya Mak Dik akan kekallah tinggal di Telok Intan sebab majlis kali ni dibuat di rumah barunya yang baru dibina di Jalan Kebun Rambutan Telok Intan.  Yang lucu rumah baru ni ada empat ruang dapor ... hai nak masak apalah agaknya Mak Dik saya ni.....


Gambar2 di majlis kenduri Adah ... layan ...


Yang pakai baru merah tu Mak Saudara saya Mak Mah
dari Bartu Pahat ... dia kata saya anak saudara yang paling
dia sayang tapi yg tak betul dia kata dialah Mak saudara yang
paling saya benci ... Tak baik tau Mak Mah cakap macam tu
saya tetap sayangkan Mak Mah sampai akhir hayat .... blurrr lak gambar ni ..
Yang ni saya dengan sepupu2 saya Cik Yah, Sadie dan yang mendokong anak tu Hajjar ... kami semua berdiri di muka pintu untuk mengutip tol ... ini adat orang Johor di majlis kahwin pengantin lelaki kena beri duit dulu ditiap2 halangan sebelum duduk di atas pelamin ... ni halangan kedua .. cek2 dalam sampul ada dua hinggit sajer ... hahaha 
 Ni tol ke tiga sebelum naik pelamin .. Tu belum lagi mengadap Mak Adam di kerusi tu yang pakai baju kuning .... berpeluhlah kau Kamsani ...
Mak Andam dah dapat pulus dapatlah mereka bersanding.  Ada orang suruh pengantin lelaki lucut cermin mata hitam dia tapi Kamsani tak mahu tah kenapa agaknya ... nervous agaknya lah tu ... 


KAYHA:
Masa Tokbu nak gi jalan adik balu bangun tido.  Adik tak pelasan sangat.  Bila adik bangun adik pegi bilik Tokbu adik ketuk2 Tokbu tak jawap ... adik nangislah ... Mummy kata Tokbu tak der.  Adik lagi nangis.  Mummy telepon Tokbu suruh adik cakap dengan Tokbu tapi adik jerit2 dan nangis.  Tapi adik dengar Tokbu cakap Tokbu jalan kejap nanti Tokbu balik ... adik malah sebab Tokbu tak bawak adik ..














JUMPA LAGI ...



06 December, 2010

AWAL MUHARRAM



TOKBU:
Esok Insyaallah kita akan menyambut awal Muharram.  Melalui pembacaan saya banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Muharram ini. 


Tetapi ada satu peristiwa ni berlaku kira2 57 tahun yang lalu pada 10 Muharram.  


Seorang wanita bernama Hasnah sedang sarat mengandung anak kedua.  Masa itu tidak ada scan menyeken seperti sekarang.  So beliau tidak tahu apakah jentina bayinya.  Menjelang subuh resa orang hendak bersalin mula terasa.  Hasnah kelihatan gelisah berjalan mundar mandir.  Melihat keadaannya begitu neneknya menyuruh dia pergi mandi.  Di waktu yang sama penghuni rumah sedang sebuk menyiapkan bahan2 untuk membuat bubur 'Asyura bersempena hari 'Asyura pada hari tersebut.


Selepas mandi, kesakitan untuk melahirkan bayi di dalam kandungan semakin menjadi2.  Hasnah tidak berdaya hendak berjalan dan dia merangkak menaiki tangga.  Beberapa jam selepas itu lahirlah seorang bayi perempuan yang sepatutnya dinamakan 'Asyura tetapi kemudiannya atas permintaan adik Hasnah, Zaharah dinamakan Fauziah.  Itu lah saya.  Kononnya mengikut tajuk satu lagu nyanyian Abdullah Chik yang popular pada masa itu.  Anihnya saya tidak pernah  pun mendengar lagu tersebut.  Entah apa2lah Mak Arah ni.  Saya lebih suka kalau nama saya 'Asyura dan tentunya kudrat hidup saya mungkin berlainan dari sekarang.  Apa2 pun saya memanjat syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana diberi kesempatan untuk meniti hidup sebegini lama bagi membayakkan lagi amal ibadah yang banyak tertinggal dek leka semasa usia muda.  


Marilah kita sama2 menyambut Awal Muharrah ini dengan berdoa kepada Allah SWT dan semoga mendapat keberkatan daripadaNYA.  Insyaallah.
Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 Dzulhijah 1431H bersamaan dengan 6 Dec 2010. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim 
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"  
Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : 
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 





JUMPA LAGI ...

02 December, 2010

DAN AIR MATA INI MENGALIR LAGI 3 ...

ALFATIHAH ... 
POST INI SAYA DIDIKASIKAN KEPADA ARWAH SAHABAT SAYA KAMAL ...
SEMOGA ROHNYA BERSEMADI DENGAN AMAN DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN ..
DARIPADANYA  KITA DATANG DAN KEPADANYA JUA KITA PERGI ..


TOKBU :
Pada hari raya korban yang lalu saya mendapat perkabaran yang seorang kawan baik saya CT bercerai dengan suaminya H.  Memang saya terperanjat dan lebih terkejut lagi H ceraikan CT kononnya kerana CT dah monopouse.  Geram sungguh saya pada H.  Tapi itulah suratan hidup seorang wanita bila sudah tua dan tidak diperlukan ditinggalkan begitu sajer dengan alasan yang tak masuk akal.


Beberapa hari selepas tu CT menelipon saya dan kami pun mula bercerita.  CT ternyata amat sedih dan dalam percakapan telefon itu kami saling tangis menagisi.  Sedih benar saya mendengar cerita CT bagaimana cara H menceraikannya dan lebih sedih lagi dia tak tahu apa salah dia dan dia tak tahu juga yang H sudah pun berkahwin lain siap membuat kenduri besar2ran lagi.


Sebenarnya saya dan CT memang rapat.  Saya mengenali CT pada tahun 80an lagi bilamana kami berkerja di tempat yang sama iaitu di Bahagian Belia di Wisma Keramat lagi masa itu.  Bila pejabat saya berpindah di Damansara kami masih lagi bersama dan di sanalah CT bertemu jodoh dengan H yang masa itu seorang duda anak 3.  Saya, MG, R serta S lah yang kuat merekominkan si H ni pada CT yang pada usianya masa itu sudah sepatutnya berkahwin.  Mungkin sudah jodoh mereka dan mereka pun berkahwinlah.  Perkahwinan ini tidak dikurniakan anak tetepi CT telah mengambil anak saudaranya sendiri iaitu anak adik perempuannya sebagai anak angkat dan diberi nama SH.  SH kini sedang mengambil peperiksaan SPM.


Bayangkanlah berapa lama mereka berkahwin dan sepatutnya di usia warga emas ni penceraian tidak sepatutnya berlaku.  Tapi suratan takdir siapa yang dapat menentukan selain dari NYA.  Hubungan dengan CT tidak serapat dulu bila dia berpindah ke IKBN Dusun Tua.  Tetapi disebabkan IKBN Dusun Tua tu dibawah KBS maka sesekali bila ada program KBS yang memerlukan penyertaan  Jabatan dibawahnya kami adalah berjumpa.  Sebelum saya pencen CT telah berpindah ke jabatan lain kerana naik pangkat.  Tetapi sesekali kami ada berjumpa dan berhubung.  Bila saya membuat kenduri kahwin anak saya CT ada datang.  


CT dengan saya sebenarnya ada berkongsi satu kisah yang menarik.  Saya tak ingat lagi tahun berapa peristiwa itu.  Ibu saya dan ibu bapa CT menunaikan Fardhu Haji ketika itu dan pada masa itu berlaku runtuhan terowong di Mekkah. Kami berdua pun amat bimbang dan susah hati kerana belum mendapat berita tentang ibu bapa kami.  So malam2 bertelefonlah saya dengan CT.  Menangis2 mengenangkan apakah nasib ibu bapa kami.  Alhamdullillah mereka semua selamat.  


Dan kali ini air mata kami mengalir lagi atas sebab yang lain pula ... kepada CT saya mendoakan yang terbaik untuknya dan tabah menghadapi hidup ini.


Malam selasa lalu saya mendapat perkhabaran dari seorang sahabat di fb tentang  suami seorang kawan saya Yati koma di Hospital Selayang kerana katanya tekanan darahnya terlalu tinggi.  Memang saya terkejut.  Suami Yati, arwah Kamal juga adalah seorang sahabat saya.  Sebenarnya saya mengenali arwah dahulu daripada Yati.  sewaktu muda2 dulu saya tak ingat lagi arwah berkerja di mana masa itu, arwah dan beberapa orang rakannya sering megusik saya.  Ialah maklumlah masa itu sama muda dan ranggi ... usik mengusik adalah perkara biasa.  Dan tidak lama selepas itu datang seorang typist baru di tempat kerja saya.  Rupa2nya dia adalah isteri arwah.  Dari situlah kami bersahabat.  Sebab itu saya rasa sungguh sedih kerana arwah memang saya kenal rapat.  


Sewaktu mengetahu arwah koma di hospital saya hantar msg pada handphond Yati.  Dan beberapa ketika selepas itu Yati menelefon saya.  Saya dimaklumkan arwah Kamal sedang sembahyang Isyaq waktu itu.  Dan di raka'at akhir dia jatuh tidak sedarkan diri.  Arwah dikejarkan ke Hospital Selayang dan doktor memberitahu tekanan darahnya terlalu tinggi.  Saya berjanji kepada Yati yang saya akan datang melawat pada hari esoknya. Yati memberitahu arwah di Wad 9B katil 22.


Dan pagi Rabu semalam saya mendapat perkabaran yang Kamal telah meninggal. Dan jenazahnya telahpun di bawah ke kampongnya di Rantau Negeri Sembilan untuk disemadikan di sana.  Saya sangat terkilan kerana tidak dapat melawat arwah.  Dan pagi ini setelah saya fikir Yati tentunya tidak sibuk lagi saya pun menelifon Yati.  


Dan memang saya telah jangkakan kesedihan ini memang tidak dapat dibendung lagi.  Mendengar sajer suara saya  Yati dah menangis.  Dan air mata ini mengalir laju lagi bila mendengar cerita Yati yang dia sempat membimbing arwah suaminya mengucap dan suaminya pergi dalam keadaan koma.  Dan mengalir lagi air mata ini bila mendegar cerita Yati yang pernikahan anak perempuannya yang sepatutnya dilangsungkan pada hari Sabtu ini ditangguhkan pada 19hb. Disember ini.  Dan Yati mahu saya hadir ke majlis pernikahan anaknya nanti.  Dan mengalir lagi air mata ini bila mengenangkan Yati tidak ada anak lelaki.  Doa saya semoga Yati tabah dan walaupun tiada lelaki di sisi anak2 perempuan bolih mengambilalih tanggungjawab menjaga ibunya....
Bediri di kiri sekali Yati 
JUMPA LAGI ...