31 December, 2010

REUNION BEKAS2 PEGAWAI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA & SUKAN

TOKBU:
Malam Isnin 27 Disember 2010 saya menghadiri Majlis Perjumpaan dan Makan Malam Bekas2 Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.  Dahulu Kebudayaan Belia dan Sukan bersekali tetapi sekitar tahun 1987 Bahagian Kebudayaan dipisahkan dari Belia dan Sukan. Walau bagaimanapun pegawai dan kakitangan diberi pilihan Bahagian mana yang ingin mereka meneruskan kerjaya mereka.  Walau pun terpisah hubungan persahabatan masih diteruskan dan atas inisiatif beberapa orang dari mereka maka program perjumpaan itu pun direalisasikanlah.


Ketika dihubungi oleh En. Kamal Abdullah Othman memaklumkan perkara ini dan meminta saya menghebahkan kepada rakan2 lain saya rasa amat teruja.   Maklumlah sejak bersara memang teringin berjumpa dengan rakan2 lama yang kebanyakannya pesara seperti saya dan ada juga yang masih berkerja .

Memang seronok berjumpa rakan2 lama.  Sebahagian dari mereka memang saya tidak pernah berhubung langsung setelah terpisah.  Banyak yang berubah sama ada dari segi saiz badan ataupun penampilan diri seiring dengan usia masing-masing.  Maklumlah kebanyakkannya sudah lama bersara.  Sama ada lelaki atau perempuan apabila berjumpa berpeluk2kan.  Banyak yang hendak dibualkan dan banyak juga yang hendak dikongsikan.  Memang meriah sungguh .  Saya rasa adalah lebih kurang 150 orang hadir pada malam itu.

Antara rakan di Bahagian Kebudayaan yang masih aktif dalam bidang masing2 hadir pada majlis perjumpaan itu ialah Ahmad Termimi Serigar, Zulkefli Zain, Pak Ngah dan Mak Ngah dan Dato' A. Rahman Hassan.  Rakan2 Bahagian Sukan seperti Dato' M Jegathesan, Dato' Ghani Minhad dan juga seorang pemain badminton negara yang saya lupa siapa namanya juga hadir.  Jawatankuasa Penaja juga tidak lupa menjemput bekas2 KSU dan juga balu2 pegawai yang telah meninggal dunia dan Alhamdullilah mereka sungguh sporting untuk hadir.  Ada beberapa rakan yang disangka telah meninggal dunia ada pada malam itu.  Terperanjat gak lah saya dibuatnya.  Memang panjang umurlah mereka ni.

Kepada rakan2 seperti Rahmah, Rahman, Norhayati, Kaslom, Pn.Bariah, Pn.Salmah, En. Othman, En. Azimuddin, Abang D, En. Zainol, Ismail Mat, En. Salihan Suru, Dato' Bisharuddin, Dato' Mohammad, Dato' Shafie, Hamid, Rohani Ujang, Nadim, En. Kamal, En. Nawi, Dato' Syed Bakar, Dr. HM Khalid dan ramai lagi yang tidak dapat saya sebutkan saya memang sangat2 gembira malam itu.  Beberapa gambar menjadi kenangan ... group photo akan saya postkan nanti bila saya mendapatnya.  
Ini saya dengan En. Rashidi Omar (Abang D) bekas Pengarah Belia & Sukan ... Dia saya anggap sudah seperti bapa sendiri.  Salah seorang yang akrab dengan saya.  Telah berusia 78 tahun.  Isteri telah meninggal dan dia memaklumkan pada saya dia tinggal seorang diri bersama 36 ekor kucing.  Duit pencen RM600 khas untuk makanan kuching ...
Ini Rahman .. semasa berkerja dahulu dia digelar "Lelaki
Mistri" sebab perahsia orangnya.  Kami tidak tahu sama
ada dia telah berkahwin atau mempunyai anak atau tidak
hingga kini tidak tahu ... walau apa pun dialah orang pertama
yang menegur saya semasa saya mula2 melapur diri
di KKBS.  Memang susah nak ajak dia bergambar
ni gambar curi la ni tu yg jadi mcm ni...
Bersama Hamid, Rahmah dan Kalsom  (saya dan Rahmah memang
rakan karib.  Masih berhubungan dan sekali sekala berjumpa)
Dari kiri Dato' Shafie (orang kuat Menteri YB Dato'
Noh Omar, Pn. Bariah (Pensyarah UiTM), saya, Norhayati (kini
menetap di Arab Saudi) Dato' A. Rahman Hassan (bekas penyanyi
pop yeh yeh saper tak kenal), Datin Jun (Isteri Dato' Mazlan),
Encik Salihan Suru (last post as Pengarah Belia dan Sukan Perlis dan
anak tiri Norhayati (lupa namanya)
JUMPA LAGI ...

1 comment: