23 December, 2010

LANGIT TAK SELALU CERAH ...

TOKBU:
Perjalanan hidup kita di dunia ini memang sukar diramal. Suka duka, tawa dan tangis, susah senang, pahit dan manis mewarnai hidup kita.  Hari ni kita di atas esok lusa kita ke bawah, hari ini kita bahagia hari2 mendatang mungkin kita akan merana.  Benarkah perjalanan hidup kita ini kita yang merancangnya atau memang sudah ditentukan sejak azali lagi.


Seorang rakan baik saya ada mengatakan dia tidak mahu memikirkan apa yang akan berlaku nanti kerana esok dia akan tahu apa yang berlaku pada hidupnya.


Berpeluang berjumpa saudara mara di majlis perkahwinan sepupu saya di Telok Intan tempoh hari banyak cerita2 saudara2 terdekat singgah di telinga ini.  Selalunya cerita2 tentang saudara mara, sayalah orang yang terakhir akan tahu.  Bukan kerana saya tidak rapat dengan saudara mara tetapi sejak sekian lama saya malas untuk mengetahui atau bertanya khabar tentang mereka.  Saya pernah di salahfaham oleh mereka apabila saya mengkhabarkan satu cerita berkenaan dengan sepupu saya so sejak dari itu memang saya tidak mahu ambik pot tentang hal2 mereka.  Lebih membuat saya untuk tidak mengambil pusing hal saudara mara apabila ibu saya tidak dihormati oleh mereka hanya kerana harta pusaka peninggalan arwah Haji Ismail datuk saya. 
   
Tetapi kata orang kalau dah saudara itu lebih2 lagi saudara terdekat iaitu sepupu menghadapi saat2 sukar terasa juga kesedihannya.  Perkahwinan merupkan perjudian dalam kehidupan suami isteri.  Kita tidak dapat meramal apa yang bakal berlaku pada kehidupan rumah tangga kita.  Memang perkahwinan di zaman ini atas dasar suka sama suka, cinta mencintai tetapi mengapa berlaku juga perpisahan penceraian.  Sebab itulah jangan terlalu awal berpuas hati memuji kehidupan bahagia kita masa ini sebab hati  akan berubah sekelip mata.  Itu adalah fitrah alam.


Bermula dari diri saya sendiri yang mengalamai pencerian diikuti dengan sepupu SHD kemudian SH.  Dan berita terbaru sepupu saya AH, CID, CAAB dan paling terbaru AI.  Kesemua mereka mempunyai kehidupan yang sempurna tetapi mengapa berlaku juga penceraian.  Saya amat bersimpati dengan Mak2 saudara dan Bapa2 saudara saya atas apa yang berlaku pada anak2 mereka tetapi saya masih ingat lagi bila saya bercerai dahulu macam2 mereka mengata saya, saya dapat rasakan kesedihan ibu saya ketika itu, sekarang ini masing2 merasalah apa yang ibu saya rasa.  Nasihat saya jangan sekali2 mengata sesama kita kerana kita ada anak ada saudara mara. Perkara2 begini tidak mustahil berlaku pada kita.


Kepada sepupu2 saya yang baru mengalami keruntuhan rumahtangga saya berharap mereka tabah menghadapi hidup ini.  Apa pun yang berlaku kehidupan mesti diteruskan.  Kelian mempunyai pekerjaan yang baik yang dapat menjamin masa depan kelian dan anak2.  Belajar dari kesilapan dan tabah menghadapi hidup ini.  Sekiranya perlukan tips untuk mengurangkan kesedihan bacalah rencana ini yang saya petik dari blog maemahi.blogspot.com. Penghargaan yer beb.



Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. 

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment