04 April, 2011

KELIRU

Tasya  : Mummy mummy papa call ..


Mummy : jawablah ... ish tak kan tak tau jawab ...


Mummynya yang sedang mengampai baju mangambil handphone (hp)


ish bukan papa ni nana 


abis tu tulis papa


yer lah papa mammy 


tulislah nama ... Tasya ingat papa ... 


Itulah dialog antara Tasya dengan Mummynya ... ialah hp  tu hp mummy dia dah tentulah mummy dia tulis nombor dan pengenalan papanya sebagai papa.  Yang membuat Tasya keliru sebab dia memanggil bapa saudaranya sebagai papa.

Saya yang mendengar dialog anak beranak ini terfikir sejenak.  Panggilan2 kepada seseorang sekarang ini memang bolih menimbulkan kekeliruan.  Sebab itulah agaknya orang dulu memanggil kalangan keluarga mereka dengan pangkat2 atau salasiah yang diwarisi turun temurun.  Sayangnya panggilan2 itu semakin terhapus.  

Lama dahulu ibu dan bapa akan dipanggil ayahanda dan bonda, datuk nenek pula ninda, suami isteri pula kanda dan dinda.  Selepas itu panggilan berubah menjadi bapak abah pak ayah apak, emak ibu dan masuk ke era moden pula mama papa mummy daddy dan untuk nampak keagamaan memanggil walid dan ummi.  Ok itu adalah panggilan untuk anak2 kepada ibu bapa mereka.  

Panggilan orang dulu2 juga pada saya tidak mengelirukan.  Suami isteri akan memanggil antara satu sama lain sebagai awak, saya, mak nya, bapak nya.  Bagi anak2 pula yang sulung selalu dipanggil along long atau abang atau kakak, yang kedua dan seterusnya .... angah, alang, atih, uda, andak, acik dan yang bongsu selalu dipanggil usu atau ucu.  Dan bila mereka mempunyai anak2 saudara panggilan mereka akan menjadi pak long atau mak long begitu lah seterusnya.  Memang tidak akan menimbulkan kekeliruan.

Sekarang ini suami isteri memanggil antara satu sama lain dengan pelbagai panggilan.  Yang suami memanggil isteri mereka mama ke mummy ker adik pun ada, yang isteri pula memanggil suami abang, papa, daddy ialah mengikut panggilan anak2 mereka.  Dah sama taraf dengan anak2lah jadinya mereka.  Dan yang paling moden sikit sayang, ayang, yang, anja, darling, honey dan yang paling2 terbaru baby atau b.  

Nak tahu macam mana datangnya keliru bila isteri memanggil suaminya abang anak lelaki yang dipanggil abang akan meyahut sama.   Bila suami atau isteri memanggil antara satu sama lain baby anak perempuan yang dipanggil baby pun akan menyahut sama.  Kah kah kah ... baby tuek lah tu ...

Sebenarnya panggilan2 orang dulu2 kepada seseorang memang cukup sempurna dan tidak menimbulkan kekeliruan.  Yang paling keliru anak2 kecil sebaya Kayha ... Mummy dia sendiri sudah dipanggil mummy ada lak makcik lain yang dia kena panggil Mummy ... last2 dia cakap tu bukan Mummy adiklah   ... kah kah kah ... 

JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment