30 July, 2011

RAMDHAN DATANG LAGI

Lama sungguh tidak post apa2 di sini.  Kebelakangan ini saya agak sibuk.  Sibuk membuat contoh2 kueh raya untuk dijual.  Memang tahun ni saya berazam untuk menambah pendapatan melalui jualan kueh raya.  Daripada tidak membuat apa2 kerja lebih baik membuat sesuatu yang berfaedah.  Dua minggu lepas saya sibuk membantu rakan lama yang bertugas di Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Kak Aiza yang menganjurkan Seminar Antarabangsa Wanita Muslim Nusantara.  Saya telah ditugaskan untuk menyelenggarakan sesi perbincangan bengkel dalam seminar tersebut.  Alhamdullilah setelah sekian lama meninggalkan kerja2 itu dapat juga saya laksanakan dengan sempurna.
Contoh2 kueh raya tersebut saya berikan kepada anak2 saya untuk ditunjukkan kepada rakan2 pejabat mereka.  Nampaknya kebanyakan rakan2 pejabat anak2 saya tidak sabar2 nak beraya agaknya.  Mereka telah menempah untuk merasanya masa ini jua.  So sibuklah saya membuat kueh2 tersebut.  Ada masa terluang ni saya mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu.  Rindu pula lama tak menulis dan tentunya pengunjung2 blog saya tertanya2 kenapa tidak post baru kan ...
Insyaalah Isnin ini kita akan mula berpuasa.  Setiap kali menjelang Ramdhan hati saya sedih dan sayu.  Kerana pada hari pertama Ramdhan beberapa tahun lalu saya kehilangan adik lelaki saya Almarhum Zainal.  Arwah meninggal mengejut dan sehingga kini kematiannya menjadi misteri kepada saya sekeluarga.  Saya sentiasa berdoa agar Arwah adik saya  ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Saya amat merinduinya.


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 dan semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT.


Selamat Berpuasa ...


JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment