11 July, 2011

3 In 1

Pagi tadi sewaktu hendak mula terjumpa benda ini.  
Teringat pulak masa kecik2 dulu di laman rumah saya banyak pokok pinang.  Teringat ada seorang rakan lelaki datang ke rumah sempat menyanyi bila melihat pokok pinang tu. "Tanam pinang rapat2 biar senang puyuh berlari, kalau ku pinang, pinang tak dapat, ku pujuk2 ku bawak lari" ... hahaha kenangan lalu.  Bila daun pinang itu kering gugur ke bumi,  bahagian bahagian  bawah daunnya itu dipanggil upih.  Saya bersama sepupu2 saya atau rakan2 akan bermain pelepah pinang ini.   Ada seorang menarik daunnya kononnya pemandulah dan kalau upih itu besar bolihlah dua tiga orang duduk.  Termengah2lah yang tukang menarik tu menarik kami semua.  Jika seorang saja yang duduk lajulah si penarik itu menariknya. Memang meriah ketika zaman kanak2 di kampong.  Masa kini permainan begini memang sudah tidak ada lagi.  Ya lah pokok pinang pun tak kelihatan lagi.

Semasa sedang berjogging pula terpandang ini ... satu pemandangan yang indah.  Terpegun dengan keagungan Tuhan.
Balik dari berjogging, Kayha tengah menangis.  Sebabnya tak mahu pakai gaun uniform Tadikanya.  Sebelum ni memang dia tak mahu pakai uniform gaun ni.  Dia lebih selesa memakai t-shirt dengan seluar pendek.  Tetapi Babahnya mahu Kayha memakai gaun biar dia nampak lembut dan tidak lasak sangat.  Setelah saya memujuknya barulah dia mahu memakainya tetapi masih tidak menyukainya.  

Menaip sambil menikmati milo 3 in 1 ...

JUMPA LAGI ...


No comments:

Post a Comment