16 November, 2009

CEPATNYA MASA BERLALU



Sedar tak sedar sudah masuk minggu ke-3 bulan November. Tak lama lagi kita akan menyembut pula Hari Raya Aidil-Adha. Semalam terima msg dari seorang saudara yang menunaikan ibadah haji tahun ini mengatakan yang dia sudah berada di Mekkah. Harap2 tahun hadapan Tokbu akan ke sana Insyaalah.

Isnin lepas Tokbu ke Bentung dan Raub, Pahang. Tiada tujuan apa2 sebenarnya ke sana saja jalan2. Sudah lama rasanya tidak ke sana. Last Tokbu ke pekan Raub tahun 80an bersama dengan sahabat Tokbu bernama Umi. Kami masa itu dalam perjalanan ke Terengganu untuk mengendalikan satu kursus di sana. Singgah untuk sarapan pagi di pekan Raub. Sebelah kedai minum tu ada sebuah kedai runcit kami terpandang kuali lepar untuk buat goreng roti canai dan yang sewaktu dengannya. Bukan main teruja masa tu. Tokbu dan Umi pun belilah seorang satu. Selepas tu rajinlah jugak Tokbu buat roti canai, buat goreng burger, mertabak macam2lah. Sedar tak sedar kuali tu dah tak ada. Entah ke mana perginya. Sapa yang mengambil atau entah sapa agaknya yang membuangnya. Tokbu cubalah mencari kedai tu balik tapi tak jumpa. Pekan Raub dah banyak berubah yerlah dah berpuluh tahun kan. Tak jumpalah Tokbu kuali tu lagi.

Tokbu teringatkan kuali tu nak tau kenapa. Teringin pulak nak buat mertabak. Tokbu baca di blog Badrulaftersix (salah satu blog yang Tokbu suka baca selain dari klubbkidd, sultan mudzaffar, lindaonn, V, Aznil dan ada beberapa lagilah) Bad tu ada menunjukkan cara2 dia buat mertabak, tu yang Tokbu teringin pulak nak buat. Kuali leper lak dah tak der. Anywhere berjalan2 sajerlah di pekan tu.

Hari Rabu Tokbu mengemas pokok2 yang di tanam oleh menantu Tokbu. Sejak ada Kayha ni nampaknya dia tak der masa nak menjaga pokok2nya tu. Almaklumlah Kayha dah makin bertambah lasak la ni. Terlanjur Tokbu ada beli dua pokok hiasan so Tokbu pun bersihkanlah jugak pokok2 menantu Tokbu. Gembur2kan tanah dan tabur baja. Mungkin boleh jadi hobi baru Tokbu.

Hari Jumaat Tokbu terima telefon dari kakak Tokbu dari kampung. Dia baru balik dari hospital bawak Mak Tokbu menerima rawatan doktor. Menurut doktor Mak Tokbu kena sakit alsar. Susah hati Tokbu dibuatnya. Selama ni Tokbu bersyukur ke hadrat Allah kerana Mak Tokbu tidak ada penyakit yang kronik seperti warga tua yang lain. Cuma sakit2 biasa, maklumlah orang tua. Tokbu bersyukur di usia 56 tahun ni masih mempunyai ibu. Walaupun ingatannya dah berkurangan tapi badannya masih sihat dan tidak pernah lupa menunaikan solat 5 waktu. Tulah bila mendapat tahu dia tidak sihat tengah hari tu juga Tokbu balik ke kampung. Syukurlah keadaannya tidak membimbangkan. Masih seperti biasa. Cuma sesekali dia kata sakit di perut dan di pinggang. Tokbu terharu melihat keperihatinan anak saudara Tokbu Nadia yang susah hati benar tengok atuknya sakit. Yerlah dia berkerja dan tinggal di kampung dan dia jugak yang selalu menjenguk atuknya tu. Alhamdulillah nampaknya Mak Tokbu nampak sihat. Harap2 tidak ada apa2 yang buruk berlaku.

Kayha:

Adik macam biasa, petang balik dari rumah pengasuh adik mesti cari Tokbu. Masuk bilik Tokbu, makan dengan Tokbu, minum susu dalam bilik Tokbu. Kiranya sampai nak tidur baru adik dapatkan Mummy. Kadang2 Tokbu tidurkan adik. Hari Jumaat Tokbu balik kampung tengok nenek sakit. Petang Kakak Tasya ada konsert kat SM. Sekolah tadika Kakak Tasya buat konsert akhir tahun. Tahun ni tahun akhir kakak sekolah tadika. Tahun depan kakak masuk darjah satu. Adikpun nak sekolah macam kakak.

Tokbu:

So hingga jumpa lagi ........... Salam dari Tokbu dan Kayha


Ditengah tu Mak Tokbu Hajjah Hasnah

No comments:

Post a Comment