09 May, 2011

MAK...IBU...UMMI...BONDA ...MAMA...MUMMY - WANITA AGUNG

Ratu Hatiku - Hajah Hasnah Hj Ismail 

Kelmarin Ahad kebanyakan anak2 di Malaysia meraikankan ibu2 mereka sempena Hari Ibu.  Ada setengah orang mengatakan perayaan ini tidak patut dirayakan kerana mengikut cara orang2 barat.  Tetapi pandapat peribadi saya sekirnya nawaitu anak2 untuk menunjukkan rasa kasih sayang, untuk mengenang jasa ibu2 mereka tidak ada salahnya.  Memanglah sepatutnya hari2 anak2 harus menunjukkan kasih sayang kepada ibu mereka tetapi memlilih untuk meraikan pada satu hari yang istimewa memang patut dilakukan.

Saya tidak pasti bila mulanya Hari Ibu ini diraikan secara besaran2 atau dikomersialkan di Malaysia ini.  Saya terperasan beberapa tahun lalu bila anak2 mula wish saya Happy Mother Day  dan selepas itu anak serta menantu saya mula meraikannya dengan membelanja makan dan memberi hadiah.  Saya pun ikutlah wish Mak saya dengan menelefonnya dan Mak saya yang memang sporting habis pun faham akan perayaan ini.  Kelmarin juga saya menghantar MMS pada kakak saya mengucapkan Hari Ibu untuk dia dan memintanya menunjukkan MMS itu kepada Mak.  Walau pun banyak Mak dah lupa tetapi saya pasti dia faham perasaan sayang saya kepadanya.  Baru ini saya ada balik kampong dan pada pengamatan saya masih banyak lagi yang dia ingat bila dia berbual dengan saya.

Memang kasih saya terhadap Mak tidak ada penghujungnya.  Pengorbanan  Mak saya memang amat besar.  Mak saya membesarkan kami tiga beradik tanpa ayah.  Bayangkan lah semasa ayah saya meninggal saya berusia 3 tahun.  Cakap pun pelat lagi.  Mak tidak pernah berkahwin lain hingga  kini. Bayangkan lah macam mana beliau dapat membesarkan saya adik beradik seorang diri.  Mak memang garang orangnya tetapi saya faham itu semua untuk kebaikan saya adik beradik.  Apabila sudah menjadi ibu baru saya merasa apa yang Mak  rasa.  Betap susahnya membesarkan anak2 seorang diri. Bohonglah kalau saya kata tidak pernah mengecikkan hati Mak dan bohonglah juga kalau saya tidak pernah berkecil hati pada anak2.  Tetapi sebagai ibu yang waras dan beriman tidak akan pernah mendoakan yang tidak baik untuk anak2.  Selalu memaafkan mereka, walaupun berkecil hati atau kecewa kadang2 dengan perbuatan anak2 sebagai ibu, kita selalu mendoakan yang terbaik untuk anak2.  Tingginya darjat seorang anak bila selalu mengembirakan ibu mereka.
Hadiah dari anak perempuan saya Wannie.  Wannie tidak pernah lupa memberikan saya hadiah setiap kali hari ibu dan hari lahir saya. Begitu juga menantu saya Lin.  Tersentuh hati saya dengan ingatan dan penghargaan mereka kepada saya.  Jika kita menunjukkan contoh yang baik kepada anak2 Insyaallah anak2 akan menjadi anak yang sentiasa menyanyangi ibu2 mereka.
Selamat Hari Ibu kepada ibu2 yang membaca blog saya ini.

JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment