12 February, 2012

JADZ KHALEESYA 3 - MAJLIS AQIQAH & POTONG JAMBUL

Sudah bulan Februari rupanya ... baru saya tersedar yang untuk tahun ni saya belum menulis apa2 lagi ... sibuk? tak juga tapi tak tahulah rasanya masa berlalu terlalu pantas.  

5 Februari lalu kita menyambut Maulidul Rasull, hari keputraan jujungan besar Nabi kita Nabi Mohammad 'Alaihisallam.  Sempena cuti panjang tersebut besan saya Haji Rais dan Hajjah Maznah mengadakan Majlis Aqiqah dan cukur rambut cuci kami Jadz Khaleesya.  Majlis dibuat secara sederhana tetapi meriah.  Majlis Aqiqah dan bercukur rambut ini adalah mengikut sunnah Rasullah. Ia dilakukan bagi menyambut anak baru dalam sesebuah keluarga.  Menurut cerita yang saya dengar seseorang bayi yang baru dilahirkan sunat dibuat aqiqah untuknya dan juga mencukur rambutnya setelah 7 hari dilahirkan.  Daging kambing dari aqiqah tersebut hendaklah diagih2kan kepada fakir miskin.  Sementara rambut bayi yang dicukur itu hendaklah ditimbang dan  disamakan dengan nilai emas dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.  

Majlis aqiqah dan cukur rambut Khaleesya lambat diadakan kerana besan saya Haji Rais tidak sihat sebelum ini.  Sebab itu lah setelah Khaleesya berusia 4 bulan baru diadakan majlis ini.  Yang penting kita telah menjalankan apa yang disunatkan untuk seorang anak yang baru lahir itu saja.  

15 Februari ni Khaleesya sudah berusia 5 bulan.  Makin bulat lah cucu Tokbu ni.

Khaleesya telah dicukur rambut ...

Jumpa Lagi ....

No comments:

Post a Comment