18 February, 2011

CATATAN JUMAAT

Jumaat datang lagi ...  Ilmu untuk dikongsi ...

Allah tidak menduga kita lebih dari kemampuan kita. Banyaklah baca Istighfar dan Salawat. Juga baca Hasbunallah Rabbunallah berkali2.
Baca "Ya Lathif" x 129


Perbezaan Muslim dan Mukmin
by Mohamed Ibrahim Maricar on Wednesday, 09 February 2011 at 21:11
Perbezaan Muslim dan Mukmin:

Istilah muslim dan mukmin ini perlukan rujukan dari pengertian rukun Islam dan Rukun Iman itu sendiri.

Islam ialah penyerahan diri kepada Allah s.w.t dengan mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan menunaikan Fardhu haji.

Iman ialah percaya kepada Allah , para Malaikat , Kitab-kitab , Rasul-rasul, Hari Kiamat dan Qada’ dan Qadar Allah.

Dalam Islam, rukun iman dan rukun islam dalam konteks perlaksanaannya tidak boleh dipisahkan,
dengan melaksanakan kedua-dua rukun tersebut barulah seseorang itu disebut sebagai muslim dan mukmin sebenar.

Ada juga pendapat yang membezakan pemakaian antara istilah muslim dan istilah mukmin dalam konteks pelaksanaan.
Ini kerana, terdapatnya orang yang mengaku beriman tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam.
Misalnya, orang yang dilahirkan dari kedua ibu bapa Islam atau orang yang memeluk islam dengan mengucap syahadah, tetapi mereka tidak mengamalkan ajaran islam tadi dengan sempurna dan kalaupun ianya ada hanya berkala dan tidak istiqamah. Contohnya mereka hanya mendirikan salat sekali sekala sahaja, begitu juga rukun-rukun Islam yang lain, maka orang yang sedemikian itulah diistilahkan muslim yang belum sempurna beriman.

Sesungguhnya istilah mukmin itu ialah orang yang benar-benar beriman dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Berlainan halnya dengan orang yang disebut muslim sahaja,mereka tidak sepenuhnya mengamalkan ajaran yang ditetapkan oleh syarak. Inilah yang disebut: setiap mukmin itu muslim ,tetapi tidak setiap muslim itu mukmin. Jadi, perkataan muslim itu umum dan mukmin itu khusus.

Dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 Allah s.w.t menjelaskan persoalan ini :

Ertinya : Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami Telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi Katakanlah, kami Telah tunduk', Karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Kesimpulannya, untuk mengenal antara mukmin dan muslim sejati ataupu sebaliknya dapatlah dilihat dari segi pelaksanaan dan penghayatan kedua-dua rukun diatas. Sekiranya seseorang mengaku beriman tetapi tidak mengamalkan apa yang diimaninya itu, maka nyatalah ia sebenarnya sebagai munafik bukan sebagai mukmin atau orang Islam sejati.

SIFAT-SIFAT MUSLIM  YANG MUKMIN
§   Menunaikan solat dengan khusyuk
§  Berakhlak Mulia
§  Menjauhkan diri dari perkara yang merosakkan iman
§  Menjaga kehormatan diri
§  Melakukan suatu amalan dan perbuatan dengan ikhlas
§  Menjauhkah perbuatan sia-sia dan  tidak berfaedah

CARA /PERSEDIAAN UNTUK MENJADI  MUSLIM  MUKMIN YANG SEJATI
1.       Mempelajari ilmu fardu ain &  ilmu fardu kifayah
2.       Beramal dengan ilmu yang memberi manafaat
3.       Berdamping dengan para ilmuan
4.       Merancang masa hadapan
5.       Sentiasa membaca Al Quran dan berzikir
6.       Menjaga kesihatan jasmani dan kebersihan rohani
7.       Melengkapkan diri dengan kemahiran yang tinggi

SIFAT-SIFAT IHSAN YANG PERLU DIHAYATI

Ø  Melakukan  suatu ibadat /  pekerjaan dgn bersungguh-sungguh & ikhlas kerana Allah
Ø  Sentiasa memastikan setiap amalan dilakukan dengan cara yang terbaik
Ø  Menyayangi dan mengasihi semua mahkluk serta suka menghulurkan bantuan
Ø  Istiqamah atau berterusan dalam melakukan kebaikan
Ø  Bersifat denga sifat mahmudah(terpuji) dan meninggalkan sifat mazmumah(keji)

"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu`min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." Al-Israa`:019

"Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia)," Thaahaa:075

"Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya"  Al-Insyiqaq:006

Wallahu a'lam

JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment