10 February, 2011

PAYBACK ... BAYAR BALIK

TOKBU:
Semasa tiga anak saya masih kecil, ketiga2 mereka dijaga oleh ibu saya di kampung saya di Muar.  Anak pertama dan kedua Jadz dan Wannie selepas sudah pandai berjalan saya ambil bawa tinggal bersama di KL dan sebagai wanita berkerjaya saya menghantar mereka ke rumah pengasuh bernama Mak Wa.  Alhamdulillah hingga kita hubungan dengan Mak Wa masih berkekalan. Hanya yang bongsu Eriq (babah Kayha) tinggal terus dengan neneknya hinggalah dia tamat sekolah menengah.

Apabila memulakan alam persekolahan Jadz dan Wannie terus tinggal dengan ibu saya dan bersekolah di Muar.  Jadz selepas Tingkatan 3 bersekolah di kampong arwah ayahnya di Jelebu.

Apa yang ingin saya katakan ialah sepanjang mereka membesar mereka dijaga dan dibesarkan oleh nenek mereka.  Waktu dengan saya kalau di kira memang amat sedikit.  Kehidupan di KL tidak mengizinkan saya membawa mereka tinggal bersama.  Saya dan arwah suami masa itu berkerja.  Untuk mereka terus dijaga oleh orang lain memang kami berdua tidak mahu.  Saya merasa lebih selamat dijaga oleh nenek mereka sendiri.  Sementelah ibu saya tidak berkerja.

Apabila ketiga mereka tamat sekolah menengah Jadz dan Eriq masuk kolej swasta sementara Wannie ke UiTM barulah mereka tinggal bersama saya.  Dan dua anak lelaki saya sudah pun berkeluarga dan tidak ada yang lebih membanggakan saya melihat mereka menjalani kehidupan di depan mata.

Apabila melihat Kayha dihantar ke rumah orang untuk dijaga memang sayu dan risau rasa hati.  Selepas sajer Mummynya lepas pantang dan sudah mula berkerja Kayha dihantar ke rumah orang untuk dijaga.  Masa itu saya masih berkerja.  Dan setelah pencen sesekali Kayha dijaga oleh saya barulah saya merasa dan melihat bagaimana ragam anak kecil yang tidak saya rasa semasa anak2 saya kecil.  Memang banyak kerenahnya.  Sebagai darah daging kita tentunya kita akan menjaganya sebaik mungkin.  Melayan kerenahnya yang pelbagai.  Tapi bila dijaga oleh orang lain yang tidak ada tali persaudaraan pun macam mana yer ... persoalan itu selalu saya fikirkan bila menjaga Kayha.  Adakah penjaganya akan melayan Kayha sebagaimana saya melayan kerenah Kayha.  Mungkin tidak kerana penjaganya juga ada memelihara anak orang lain selain menguruskan keluarganya sendiri.  

Macam2 yang terfikir oleh saya bila mengenangkan Kayha dijaga oleh orang lain.  Kesempatan untuk menjaga Kayha sesekali memang saya gunakan sepenuhnya untuk melayan segala kerenahnya yang pelbagai.  Maklumlah anak kecil.  Sebab itulah saya tidak keberatan untuk menjaga Kayha sepenuh masa nanti kerana saya tidak berpeluang menjaga Babah, bapa saudara dan ibu saudaranya semasa mereka kecil.  

The many faces of Kayha ...

Insyaalah akan bertambah seorang lagi cucu tidak lama lagi ...

JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment