16 February, 2011

PATI KAH DIA

Pagi tadi sewaktu berjogging saya berkenalan dengan seorang wanita yang pada pengamatan saya mulanya seusia dengan ibu saya.  Tetapi dia masih kuat berjalan.  Orangnya kurus, rendah sedikit daripada saya.  Dia datang berjogging dengan seorang wanita juga yang akhirnya saya tahu anak angkatnya.

Sewaktu saya sedang cycling dia menghampiri saya dan kami bertegur sapa. Sewaktu saya walking dia berjalan dengan saya dan oleh sebab dia memanggil saya anak saya pun memanggil dia makcik.  Dalam perkenalan singkat itu saya dapat tahu umurnya 77 tahun dan berasal dari Surabaya.  

Dia tidak lokek menceritakan sejarah dia menetap di sini.  Menurutnya dia datang ke Malaysia bersama suami dan dua anak saudaranya sebagai pelancong.  Semasa tinggal di sini suaminya berjumpa dengan seorang kenalan juga dari Surabaya yang kemudian mengajaknya ke tanah rancangan Felda di Johor.  Tidak pula dinyatakan di mana.  Semasa tinggal di Felda ini dia dan suami mengambil kesempatan melakukan pelbagai kerja.  Sehari sebelum visa lawatannya tamat tempoh dia dan suami berjalan keluar dari rumah kongsi di Felda itu untuk ke airport.  Tetapi oleh sebab ladang itu sangat luas mereka tidak jumpa jalan keluar.  Hinggalah jam 3 pagi mereka terserempak dengan seorang kakitangan Felda bernama En. Manan.  

En. Manan telah membawanya pulang ke rumah dan berjanji akan menghantarnya ke airport.  Tetapi apabila sampai ke airport di dapati visanya telah tamat tempoh dan katanya dia pun dibawa pulang semua oleh En. Manan ke Felda.  Dia pun mulalah berkerja di Felda itu sebagai pengutip kelapa sawit. Menurutnya lagi dia merantau banyak tempat di Malaysia ini antaranya ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan akhirnya menetap di Selayang dan berkerja sebagai tukang cuci.  Dia menyewa bilik di Selayang Jaya dengan kos RM200 sebulan.  

Apabila saya bertanyakan di mana suaminya dia meceritakan yang suaminya sudah berkahwin dengan wanita tempatan dari Kelantan.  Menurutnya dia lari meninggalkan suaminya apabila mendapat tahu yang suaminya ada hubungan dengan wanita itu.  Suaminya dapat mencari dia dan dia telah pun memohon di Mahkamah untuk bercerai tetapi suaminya tidak mahu menceraikannya hingga kini.  Katanya lagi sudah tujuh kali kes penceraiannya didengar di Mahkamah tetapi hingga kini tidak ada penyelesaian dan dia redha dengan apa yang berlaku.

Makcik ini juga memberitahu saya ada satu benjolan di sebelah kanan perutnya.  Dia telah pergi ke hospital dan doktor menyarankan di bedah.  Tetapi menurutnya dia dah tua lagi pun kos pembedahan agak mahal dan dia tidak mampu.  Dia  tidak merasa sakit dan dia bolih bertahan.  

Perbualan kami terhenti apabila anak angkatnya selesai berjogging dan mengajaknya balik.  Selepas itu bermacam2 persoalan berlegar2 di fikiran saya.  Mungkin kalau bertemu dengannya lagi persoalan ini akan terjawab ...

JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment