26 August, 2010

CEPATNYA MASA BERLALU - PUASA - DAH NAK RAYA


TOKBU :
Pejam celik pejam celik hari ini telah 18 hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Semasa berkerja dahulu memang tiada masa untuk memasak bagi juadah berbuka puasa, kecuali jika hari Sabtu atau Ahad atau jika saya cuti. Apabila sudah pencen ni saya rajin2kan diri memasak untuk keluarga.

Rata2 masa kini Majlis2 Tempatan telah mengeluarkan lesen2 bagi peniaga2 kecil2lan berniaga pada bulan Ramdhan. Di tempat saya terdapat banyak gerai2 Ramdhan. Dapat juga mereka yang berminat berniaga kecil2lan ni berniaga bagi mencari duit raya katanya. Bercakap pasal pasar Ramdhan ni tak tau lah macam mana menteliti orang2 kita bangsa Melayu beragama Islam. Nak cerita pun bangsa sendiri, malu juga dibuatkan. Tapi nak buat macam mana terpaksa juga diceritakan. Inilah akibatkan bila buat pasar Ramdhan dekat taman perumahan. Pembeli yang datang kadang2 macam tidak ada fikiran. Parking kereta depan rumah orang. Ada tu tuan rumah terpaksa bertengkar dengan mereka apa taknya ... nak masuk parking kereta kat rumah sendiri kereta orang halang depan rumah. Saper tak naik angin ... lebih2 lagi bulan puasa, badan dah letih, lapar .... hai adatlah kalau naik angin. Ada pulak tu suka2 hati dia jer parking tengah jalan. Apa lagi kereta lain nak lalu terhalang. Bila dibunyikan hon boleh buat muka dek ajer dia orang ni. Tak tau saya nak cakap apa... macam saya sendiri letak tong sampan depan rumah dengan harapan mereka tak parking tapi eh boleh dialihkannya tong sampah tu... macam mana tu?




















Dan ... seperti biasa juga bila dah tiba pertengahan puasa dah tak tahu menu apa nak dimasak. Rasa malas dah timbul. Resipi masakan pun dah habis (yang saya tahulah ). Susah2 beli sajer makanan yang dah siap. Pasar Ramdhan pun depan rumah jer .. banyak pulak tu .. nak makan apa pilih sajer. Bercakap pasal pasar Ramdhan ni tak tau lah macam mana Bulan puasa kali ini saya sudah pandai mengagak banyak mana lauk hendak dimasak. Saya merasa sungguh gembira bila masakan saya tidak akan yang berlebihan. Anak2 pula bila saya memasak mereka tidak membazir membeli lain2 makanan tambahan kecuali air dan kueh. Bukan saya tidak teringin membuat kueh tetapi rasanya lebih jimat dibeli dari membuat. Memang sedap jika kueh mueh dibuat sendiri tetapi di pasar Ramdahan saya telah mengenalpasti ada dua tiga gerai yang menjual kueh mueh yang sedap rasanya.

Dan ... tak lama lagi juga kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Saya akan meyambut Aidil Fitri tahun ini di sini bersama anak2. Mungkin petang hari raya pertama saya akan balik ke kampong. Semalam saya membeli lampu lap lip lap lip (panggilan yang mudah) yang mempunyai hiasan ketupat dan telah pun digantung di depan rumah. Kayha kata "cantiknya".




Kayha:
Adik kecik lagi. Adik tak tau puasa. Tapi adik selalu dengar Cik Nani dengan Babah ajek Kak Tasya sebab Kak Tasya tak puasa. Babah kata kakak dah sekolah darjah satu patutnya dah bolih puasa. Kakak kata Cikgu dia cakap baru darjah satu tak puasa pun tak apa. Lagi pun adik dengar Babah cakap kantin sekolah kakak ada jual makan bulan puasa ni.

Adik dah ada baju raya. Cik Nani bawak balik banyak baju raya tuk adik dan kakak. Cantik2. Tapi raya nanti adik tak balik kampung. Sebab adik dengar tahun ni giliran raya sebelah mammy. Adik dengar lagi nak raya kat Kedah. Adik pun tak tau kat mana. Yang adik tau kampung Tokbu ajer. Apa2 pun adik suka raya ... nanti dapat duit banyak ...

Tokbu & Kayha:
Dikesempatan ini saya bersama cucu saya Kayha ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA RAKAN2 YANG SUDI MEMBACA BLOG SAYA.

JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment