30 August, 2010

TANGGAL 31 BULAN LAPAN 57 ... MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!


Tokbu:
Itulah lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman ... sebenarnya lagu itu dinyanyikan semula oleh Allhyarham, penyanyi asal saya pun tak ingat siapa. Esok genaplah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan ... semasa bersekolah dahulu setiap kali menyambut hari kemerdekaan saya akan menyertai rakyat Muar merayakannya di Padang Jublee Intan. Seronok rasanya waktu itu ... apabila bersekolah menengah ditambah pula dengan pemberian menonton wayang percuma ... saya ingat lagi ceritanya Akhir Sebuah Impian ... naper yer cerita tu yang dipertuntunkan kepada kami semua. Ya lah waktu itu industri film Malaysia belum maju seperti sekarang ni ... mungkin murid2 sekarang akan dipertuntunkan dengan cerita Embun ... atau cerita2 lagi yang seumpama dengannya. Saya sendiri hairan kenapa agaknya saya tidak boleh ingat film2 petriotik ciptaan kita. Bak kata Nabil raja lawak "lu fikirlah sendiri".

Semasa berkerja ada juga Kementerian saya menyertai perarakan kemerdekaan dan mana2 staff yang ingin turut serta akan menjalani latihan kawad selama 3 bulan. Saya memang tidak pernah menyertai bukan kerana apa tak tahan panas. Lagi pun nawaitu kebanyakan mereka tidak benar2 ada semangat petriotik... ada yang kata "tak payah buat kerja ofis", "dapat baju dan makan free", "dapat elaun lagi".... hai tak faham saya.

Sempena bulan kemerdekaan saya masih ingat semasa saya berkerja kami dibekalkan dengan bendera negara kita secara percuma untuk dihiaskan di pejabat. Mungkin tahun ni ada lagi kot... dan diberi juga untuk dibawa balik ke rumah untuk dipasang... tak tau lah berapa ramai yang memasangnya. Bagi diri saya sendiri saya sentiasa memasang bendera Malaysia di rumah semenjak diberi percuma cuma bila saya me'cantikan' sedikit rumah saya bendara tu tak dipasang lagi. Hari ni saya mencari2 kalau ada bendara yang berbaki lagi untuk dipasang tapi belum jumpa. Kena beli kat pasaraya Maidin nampaknya ni.

Memang tidak dinafikan semenjak 53 tahun kemerdekaan negara, banyak kemajuan yang dapat kita lihat di negara kita. Macam2 dari segi pembangunan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Tetapi harga sebuah kemerdekaan itu perlu dibayar oleh semua rakyat dengan pelbagi masalah yang timbul seiring dengan kemajuan negara kita. Walaupun kita telah merdeka tetapi minda kebanyakan kita belum lagi merdeka ... amat ngeri bila terbentang di dada2 akbar dan di media2 massa, sekarang ni jenayah yang makin berleluasa, akhlak yang semakin menurun, rasuah yang tidak dapat dibendung, kebanjiran warga asing di negara kita, perubahan politik tanahair yang memeningkan rakyat ... macam2 lagi.

Apakah yang bakal berlaku di masa2 mendatang... sukar untuk digambarkan. Anak2 muda dan kanak2 masa ini bakal menggantikan kita ... tapi sesetengah mereka tidak tau pun apa itu KEMERDEKAAN ...

JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment