06 August, 2010

MUAR .. BANDAR MAHARANI


Tokbu:
Seminggu di kampung rasa lega balik rumah sendiri. Bukan tidak suka balik kampung tapi mana nak sama dengan rumah kita sendiri. So la ni saya understandlah perasaan mak saya bila datang rumah saya duduk baru dua tiga hari dah nak balik rumahnya.

Selalu gak saya balik kampung almaklumlah mak masih ada. Tapi selalunya tak lama dua atau tiga hari. Maklumlah masa tu kerja lagi. Kena tengok2 juga kan. Bertuah rasa badan sebab seusia begini masih mempunyai mak. Walaupun dah tua dan ingatan dah tidak seberapa tapi masih kuat dan sihat dan tidak menyusahkan kami dua beradik. Bila my sis Cik Nong kena ke Johor Bahru kerana Kak Cik bersalin maka saya kena mengambil tugas menjaga mak di kampung. Bukan tidak suka balik tapi rumah itu membuat saya takut. Sementelah tinggal berdua saja dengan mak. Bukanlah rumah tu ada cerita pranormal tapi sudah dua kali sejak akhir2 ni dimasukki pencuri. Sebenarnya tiga kali. Yang pertama lama dulu masa mak saya pergi menunaikan Rukun Haji. Masa itu Cik Nong duduk di rumah sendiri rumah tiada orang, habis semua barang dikebasnya. Sampaikan kain batik pun disapu. Nasib baik arwah anak saudara balik dari kerja tergerak hati lajak ke rumah atuknya untuk memeriksa. Terkejut dibuatnya bila melihat pinggan mangkuk dah tersusun di luar pintu.

Tahun lepas masa tu bulan puasa (Bulan Ramdhan hantu dan syaitan dirantai tapi hantu dan syaitan pada tubuh manusia tak mengenal bulan Ramdhan) kakak dan mak saya pergi terawih. Balik2 tengok pintu dah terbuka rumah dah dimasuk pencuri. Rumah tak orang kan bermaharajalelalah dia. Habis bilik kakak digeledah. Barang2 kemas dan duit habis disapunya. Kali kedua awal tahun ni pencuri tu masuk melalui tingkap. Waktu hampir subuh. Mak dan kakak sedang tidur. Dia masuk bilik kakak tak lah dapat banyak mana tapi habis diselungkarnya. Nasib baik kakak tidak diapa2kan. Yang peliknya kakak kata dia langsung tak sedar apa2. Kena pukau ke apa tak taulah. Bilik mak tidak dapat masuk sebab mak kunci bilik dia. Nasib baiklah. Kakak beritahu banyak juga rumah di kampung tu dimasukki pencuri ... tu lah yang buat saya takut. Tidur malam tak berapa lena. Kena pula musim hujan katak pula menyanyi2. Musang pula melompat2 atas bumbung. Di KL ni mana ada.

Macam mana pun saya seronok kalau balik kampung. Makanan masih murah lagi. Dan makanan pun sedap. Kalau balik kampung wajib makan mee bandong, mertabak singapore, nasi beringin. lontong dan yang paling unik sekali pagi2 dah boleh makan satay. Satu lagi yang saya rasa tempat lain tak ada ialah mee siput. Kalau balik wajib beli. Masa saya mengandung anak pertama dulu memang mengidam nak makan mee siput. Mak saya terpaksa mengeposnya. Masa tu tahun 1975, highway pun belum ada lagi nak balik kampung bukan main jauh lagi masa tu... Bila saya terima mee siput tu dah hancur. Tapi dek sebab mengidam makan jugalah.

Satu lagi kupang. Sepanjang jalan Parit Bunga dan Tanjung Agas banyak betul gerai orang menjual kupang. Kalau balik saya mesti beli. Kupang ini senang saja nak masak. Rabus sajer pun sedap buat sambal lagi sodap. Kat sini nak beli kupang payah sekali nak jumpa.

Di kampung tugas saya pagi2 dah kena bagi makan kucing2 Cik Nong 14 ekor tu. Pas tu kena bagi ayam dia makan pulak. Rajin betul Cik Nong memelihara ayam. Tapi ayam kampung dagingnya memang sedap. Di kampung ayam bertelur merata tempat. Sedang saya baring2 tengok TV terlihat telor ayam di belakang almari TV. Haha kat KL mana ada.



Rumah di kampung di kelilingi pokok2 yang menghijau. Di sekeliling rumah terdapat banyak pokok asam (mangga). Pagi2 mak saya akan memunggut buah2 asam yang jatuh. Pokok asam ni berbuah sepanjang tahun. Kerja saya hari2 makan asam. Kat KL tak makan pulak. Yang di kampung memang sentiasa sedap kan.


Kayha:
Masa Tokbu balik kampung adik sedih sangat. Hari2 adik cari Tokbu. Hari2 adik masuk bilik Tokbu. Adik nak balik kampung nak jumpa Nenek, Tok Mama, Ibu Cik, Kak Tina dan Kak Aca. Adik suka balik rumah Nenek. Rumah Nenek ada banyak Miew cat ngan kokokok. Babah dah lama tak balik rumah Nenek. Keta Babah rosak Babah cakap tak boleh jalan jauh. Bila tah Babah nak betul keta dia ... Adik dengar Ibu Cik ada baby kecik. Adik dah tengok gambar dia dalam handphone Tokbu. Omel2nya. Babah adik nak balik rumah Nenek lah .......

JUMPA LAGI ..

No comments:

Post a Comment