03 October, 2010

JELEBU, NEGERI SEMBILAN




TOKBU:


Ke Jelobak ke Jolobu
Tanam padi tigo serangkai
Kalau kona komat Jolobu
Tak mati badan merasai ...


Itu la pantun yang diucap oleh Kak Jah (saya tak tahu dimana dia sekarang)  seorang typist di Tresury tempat mula2 saya kerja, semasa saya beritahu bakal suami saya orang Jelabu pada tahun 1975.  Saya pun tak faham apa maksudnya ...

Sabtu 2 Oktober  2010, saya ke Jelebu, Negeri Sembilan, Kg. Jelin, ada majlis kenduri kahwin anak saudara ku.  Macam mana orang Johor ada saudara di Negeri Sembilan lak kan.  Sebenarnya saya bertemu jodoh dengan orang Jelabu pada tahun 1975 yang saya panggil Jay.  Biar pun saya dengan arwah suami  saya tidak bersama lagi adik beradiknya masih lagi berhubungan dengan saya sementelah lagi ada zuriat yang saya lahirkan.  Seorang dari anak saya iaitu yang bungsu bapa Kayha lahir di hospital daerah Jelabu.  Tetapi dia  tidak pula rapat dengan sepupunya tidak seperti abangnya Jadz yang sangat rapat dengan semua saudara2nya di Jelebu. Jadz pulak bersekolah menengah di Jelebu.

Saya masih ingat mula2 saya sampai ke Jelebu pada tahun 1875 selepas menikah keadaan amat berbeza.  Maklumlah saya tinggal di bandar.  Jalan untuk sampai ke rumahnya memang menakutkan.  Ia dipanggil Bukit Tangga.  Kenapa dipanggil Bukit Tangga?  Kerana jalan di sana umpama menaiki tangga makin lama makin tinggi hingga kelihatan hanya pucuk2 pokok di dalam gaung.  Jalannya pula macam ular kena palu.  Ketika itu  saya terbayangkan Negeri Jepun yang  pernah saya lihat di kaca TV.  Saya pernah berkata pada Jay kenapa buat rumah nun jauh begini.  Arwah hanya gelak sajer.  Memang setiap kali balik ke kampung arwah tiba sajer di rumah keluarganya saya memeng tidak boleh bangun pening kepala dan perut pula terasa mual
Bila telah ada anak, anak pula bila balik ke Jelebu mestilah muntah dalam kereta.  Bila nak balik sajer ke Jelebu saya memang tidak beri anak minum susu dan kalau boleh mahu mereka tidur sepanjang perjalanan.

Mula2 kahwin semua terasa asing .. makanan di sana memang berlainan dari makanan saya sendiri.  Semuanya menggunakan cili padi dan santan.  Walau pun pedas tapi sedap.  Di sana juga saya belajar bagaimana untuk memasak gulai cili padi, merasa macam mana sambal tempoyak, memakan ikan darat salai kenal apa itu ikan baung dan belajar memasak rendang negeri daripada biras saya Ramlah.  Dan paling utama dialig Negeri Sembilan.

Ada satu cerita menarik masa saya mula datang ke kampung arwah Jay.  Pada masa itu di rumahnya belum ada tandas yang sempurna.    Dan bila panggilan membuang air besar dah tiba saya pun beritahulah arwah Jay ... kata salah seorang adik beradikanya pergi lah  bondar.  Saya pun naiklah ke atas salin baju dan bersiap2 macam nak berjalan.

Arwah Jay :  Ai nak b***k pun bukan main lawa lagi 


Saya         :  Kata nak ke bandar - b***k 

Apa lagi gelaklah semua orang ... rupanya di sana kalau nak buang air besar kena pergi ke semak belukar yang ada air mengalir yang dipanggil bondar/banda (begitulah yang saya dengar). Cerita ini kalau saya cerita dengan rakan2 dari Negeri Sembilan macam nak pecah perut dia orang gelakkan saya.  Seingat saya selepas itu barulah keluarga arwah Jay membuat tandas jirus.  Sekitar tahun 1980an setiap weekend saya akan balik ke Jelebu kerana arwah Jay bertukar kerja ke kampungnya.

Beberap tahun selepas itu apabila saya ke Jelebu, sedikit2 jalannya telah diperbaiki.  Jalan yang bengkang bengkok banyak telah diluruskan.  Pening pun tak ada bila ke sana.  Dan kelmarin bila melalui jalan Bukit Tangga  memang telah banyak betul berubah.  Bila sampai ke pekan Kuala Kelawang banyak bangunan2 baru telah dibena.  Apa yang paling saya ingat bila balik weekend dahulu makan2 bersama arwah di pekan Kuala Kelawang ialah satey tulang.  Saya tidak pernah lagi jumpa di mana2.  Tapi tak tahulah saya ia masih ada lagi dijual.  Terlupa pulak nak bertanya.  Ingat nak ambil banyak gambar di Jelebu tapi hujan pulak dan saudara2 pulak tengah sibuk ... lain kali ajer lah ...

KAYHA:
Adik baru satu kali balik kampung arwah Tok Ayah ... adik tak tengok Tok Ayah tapi adik ada tengok gambar dia.  Masa adik balik kampung Tok Ayah adik kecik lagi.  Adik ingat semua olang nak tengok adik.  Semua dokong adik ... adik tak nangis ... adik dengar semua kata dio kona warih dio.  Nanti lah bila adik dah besar adik balik lagi ...Tokbu kata adik orang Jelebu sebab Babah lahir kat Jelebu ...




JUMPA LAGI ...

1 comment:

  1. Sy org luar tp chimestry jelebu sering memanggil utk satu urusan dikemudian hari....hnya Allah swt lebih mngetahui rahsia nya Raja Mandalika AkhirulZaman...gelaran pusaka diberi, semoga tertegak kembali adat yg bersendi kitabullah....

    ReplyDelete