23 October, 2010

KECIL2 CILI PADI





TOKBU:
Pagi ni tak pergi jogging.  Selalunya hari Sabtu dan Ahad memang saya tidak pergi jogging.  So saya pun jengoklah mini kebun saya dibelakang rumah.  Seronok melihat hasil tanaman yang menghijau segar.  Itulah hasilnya kalau berbakti pada tanah.  Pokok cili padi yang saya tanam telah lama memberi hasil.  Telah beberapa kali saya memetiknya.  Rasanya emm ... memanglah pedas tak terkata.  Pagi tadi sekali lagi saya memetik cili2 padi tersebut.  Memang banyak yang sudah bolih dipetik.  Saya juga ada menanam pokok cili merah dan ianya telah membuahkan hasil.  Tak sempat nak merah saya dah petik.  Makan hijau2 pun sedap dan pedasnya sama dengan cili padi.  Teringat pulak bila makan nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman mesti mintak cilik hijau baru ada kick makan.


Cili padi ni macam2 menu bolih dibuat.  Yang utama kalau kita hendak masak lemak cili padi.  Makan kegemaran orang nogori.  Arwah Jay dulu orang negeri so dialah yang mengajar saya macam mana nak masak lemak cili padi. 


Memang sangat senang masak lemak cili padi ni.  Cili padi (ikut suka banyak mana kalau suka pedas gunalah banyak cili padi tu) + kunyit hidup + garam sedikit, kemudian tumbuk dalam lesung batu - itu dululah.  La ni bland jer. Tak perlu gunakan bawang merah atau bawang putih.  Lepas tu masukkan ramuan tadi dalam periuk atau kuali.  Kalau nak masak daging atau ayam masukkan sekali daging dan ayam tu.  Masukan santan sedikit2 sehingga daging atau ayam itu empok.  Masukkan juga asam keping dengan serai.  Kalau masak daging bolih masukan kentang.  Kalau nak masak ikan bila sudah mendidih barulah masukkan ikan.  Masak ikan tak perlu guna serai.  Cili padi juga digunakan bila nak membuat rendang daging atau ayam.


Kalau nak masak sayur lemak bolih juga guna cili padi, seperti sayur pucuk paku, nangka muda, pucuk ubi dan rebung.  Siput sedut dan ketam juga bolih dimasak lemak cili padi.



Cili padi juga bolih diguna untuk buat sambal belacan.  Ia juga bolih dihiris bersama dengan cili mereh dan cili hijau dicampur kicap, budu, cencalok makan bersama ikan bakar.


Ada satu menu menggunakan cili padi yang saya suka.  Hiris cili padi + cili merah+ cili hijau + bawang besar.  Goring ikan bilis bila agak2 dah garing masukan bawang merah, kemudian masukan cili2 tadi.  Makan semasa nasi panas memang sedap.  Pendek kata banyaklah menu yang menggunakan cili padi ni.  Makan laksa penang kalau tak der cili padi tak kick.  Anak saya Wannie makan cili padi buat ulam.  Selalu gak saya tegur takut mudarat pada perut nanti.  Lagi satu kalau masak meggi cuba masukkan cili padi ha ... terangkat.  

Yang ni pun kecil2 cili padi gak ... banyak benar kerenahnya.  Kecil2 dah pandai berposing dan bergaya ... layanlah ...







JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment