21 October, 2010

KASUT@SEPATU


TOKBU:
Kasut atau sepatu adalah benda yang sama.  Tapi selalunya ramai yang menggunakan kasut sebagai sebutan.  Bercakap pasal kasut atau sepatu ni, sesiapa yang datang ke rumah saya masuk saja akan kata "jual kasut ker", "wah ada kedai kasut minilah", "wah banyaknya kasut".  Memang banyak kasut dirumah saya. Maklumlah penghuni rumah ni ramai.  Satu orang jer mempunyai beberapa pasang kasut.  Sebab itulah banyak rak2 dan almari kasut di rumah saya.  Tapi satu yang paling menonjol.   Gambar di atas adalah rak kasut Boboy (bapa kayha).  Rak kasut adidas ni Boboy dapat daripada rakannya.  Boboy meletakkan koleksi kasut adidasnya di rak itu.  Saya pun tak tahu dia mempunyai koleksi kasut sebanyak itu.  Setahu sayalah kasut2 jenis ini memang mahal harganya.  Hai anak2 muda sekarang ni memang hendak pakai kasut2 berjenama sajer.  Naperlah beli kasut semahal ni bukan bolih bawak pergi kerja pun.  Setakat berjalan2 beli ajerlah kasut yang biasa2 kan.  Tetapi itu mungkin dah menjadi hobi dia agaknya.  Setiap kali rakan2 Boboy datang ke rumah ha...  membelik2lah dia orang kasut2 tu.  Kasut2 ni saya rasa bukanlah untuk bersukan.  Kalau kasut sukan rasanya lain designnya.  Ni kasut tuk berjalan2 jer lah agaknya.









Ni bukan kasut adidas ni Puma jer ... kasut saya
pakai untuk jogging pagi2 .... dah lama kasut ni
masa kerja lagi .... ni pun dapat free ialah
kerja kat Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Kementerian Baju dan Seluar hahaha 
KAYHA :
Kasut adik pun banyak gak ... banyak yang adik dah tak muat lagi .. dulu ada satu kasut adik suka pakai Nike ... Tokbu kata kasut ni mahal adik dah tak muat ... tak taulah mana Mammy simpan ... ni dia kasut adik selalu pakai sekalang ... tantik tak ... ada selipar lak ...









JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment