18 October, 2010

MERISIK MAWAR ..



TOKBU:
Sabtu kelmarin keluarga dari Muar datang ke rumah.  Ibu ku, kakak Cik Nong, Kak Cik sekeluarga sampai lebih kurang jam 2 petang.  Datang kali ini ada dua tujuan.  Pertama menghadiri majlis perkahwinan sepupu menantu Cik Nong,  Firdaus.  Yang ke dua untuk merisik seorang gadis bernama Mawar Safura untuk anak Ck Nong

Lalu pada hari Ahad jam 12.00 tengah hari kami sekeluarga ke Pusat Komuniti Bandar Manjalara ke majlis kenduri kahwin tersebut.  Makanan yang disediakan memang cukup sedap sementalah pula waktu makan tengah hari kan.  Walau pun pagi itu saya memasak nasi lemak tetapi dek kerana banyak perkara yang hendak dibuat saya tidak bersarapan pun.  Ha pulun betul2 lah apa lagi.

Jam 3.30 petang kami sekeluarga ke Balai Polis Kepong pula.  Ha... jangan sangka apa2 ... nak pergi merisik Mawar.  Bapanya seorang anggota polis dan tinggal di kuaters polis di situ.  Adat merisik merupakan budaya Melayu yang telah diamalkan sekian lama.  Mungkin pada zaman millinium ni adat seperti ini jarang dipakai lagi tetapi masih ada lagi segelintir dari orang Melayu masih mengamalkannya..  Bagi saya sekeluarga adat merisik ini masih digunapakai lagi.

Semasa  zaman nenek moyang kita dahulu adat merisik ini memang menjadi perkara wajib bagi mereka.  Ianya sebenarnya bertujuan untuk mengetahui sama ada anak dara yang dirisik itu sudah berpunya atau belum.  Maklumlah zaman dulu2 mana ada bercinta2 seperti sekarang.  Dara dan teruna dahulu berkahwin atas pilihan ibu bapa mereka masing2.  Jadi kebarangkalian untuk tahu sama ada sudah berpunya atau belum memang tidak ada.  Jadi dengan cara merisik barulah mereka tahu bunga yang di taman tu belum lagi di sunting.  Jadi bolihlah pihak lelaki masuk meminang.   Selalunya apabila pergi merisik pihak lelaki akan membawa tepak sirih yang mengandungi sirih, kapur, pinang kering dan juga gambir.  Ye lah kebanyakan orang2 dahulu memakan sirih kan.  Selain dari itu sebentuk cincin belah rotan.  Barang2 ini diberi kepada pihak perempuan dan sekiranya barang2 tersebut tidak dikembalikan kepada pihak lelaki bermakna pihak gadis tadi belum berpunya dan bolihlah pihak lelaki masuk meminang.

Mungkin adat begini tidak praktikal lagi digunakan pada masa kini maklumlah ... kebanyakan gadis dan teruna zaman ini sudah pun mengenali antara satu sama lain dan sudah tentulah gadis tersebut kepunyaan teruna tadi ..  kata orang soalan dah bocor lah ... dah terang lagi bersuluh kan ... tapi adat Melayu kan mestilah dipelihara.  Tak tahu lah di masa depan nanti di zaman Kayha dah besar panjang nanti macam mana agaknya adakah adat sebegini digunakan lagi.


Tepak sirih ini dibungkus dahulu dengan kain songket seperti gambar di atas.  Bungkusan dibuka dan tepak sirih diserah kepada pihak perempuan sebagai tanda merisik.


Jadi itu lah juga yang saya dan Cik Nong lakukan merisik Mawar untuk anak Cik Nong yang bongsu Mohammad Shukri.  Pihak saya membawa tapak sirih, sebentuk cincin belah rontan serta sedikit cenderamata berupa buah2an dan sebiji kek.  Dan Alhamdullilah bapa Mawar dan ibunya menerima kami dengan tangan terbuka dan majlis yang ringkas itu berlangsung dengan baik.  Persetujuan di capai dan keluarga saya akan datang lagi ke rumah ibu bapa Mawar pada 6 November 2010 nanti untuk majlis meminang dan bertunang.  Dalam perbincangan itu juga keluarga Mawar memberi bayangan hantaran belanja perkahwinan nanti RM8,000 serta satu dan untuk majlis bertunang pihak perempuan memberi 11 dulang hantaran dibalas 9 dulung pihak lelaki. Apa2 pun sama2 lah kita tunggu majlis itu nanti.






KAYHA:

Adik selonok Nenek, Tok Mama ngan Ibu Chik, Ayah Cik, Kak Tina, Kak Aca, baby Laily datang.  Pas tu Ayah ngan Antie pun ada datang.  Lamainya olang rumah adik.  Adik main cama2 dengan Kak Tina ngan Kak Aca.  Kak Aca main buai adik. Buai tu jatuh kena kat telinga adik ... adik nangis sakit ... Kak Aca pun nangis sebab dia kena malah dengan ibu dia ... pas tu petang cemalam semua dah balik.  Tok Mama kata nanti Tok Mama datang lagi ...









JUMPA LAGI ...

No comments:

Post a Comment