09 October, 2010

MARHABAN YA MARHABAN





TOKBU:
Isnin lepas saya balik kampung.  Tujuannya untuk menolong kakak saya mengemas rumah yang kami tinggalkan di Jalan Daud tu.  Banyak barang yang belum dibawa ke rumah baru.  Lagi pun rumah tu kena dibersihkan walaupun kita sekeluarga tidak tinggal lagi di situ.

Pada hari Isnin tu jugak Kak Chik ada menjemput kawan2 di tempat kerjanya di Kolej Jururawat datang ke rumah kiranya open houselah selepas waktu pejabat 5.30 petang.  Bila dah balik tu kenalah menolong apa yang patut.  Menu hari tu Kak Chik sediakan Makaroni goreng, roti jala kuah kari daging, kueh mueh dan coktil kastard.

Ramai jugaklah kawan2 Kak Chik yang datang lebih kurang 40 orang.  Apa yang menarik perhatian saya sebenarnya mereka ini datang bukan sekadar untuk makan2 sempena open house hari raya ... tetapi mereka juga ber Marhaban.  Sesuatu yang jarang saya lihat di sini semasa saya berkerja dahulu.   Yer kah semasa berkerja dahulu bila ada open house kami kakitangan wanita ramai2 lah pergi jika ada jemputan.  Tiba saja makan2 berbual2 lepas tu terus balik.  Seingat saya tidak ada pun kumpulan Marhaban ditubuhkan di tempat saya.  Ialah mungkin tidak ada orang yang nak mengambil inisiatif benda2 begini.  Kumpulan Nasyid pun dibuat jika nak masuk pertandingan Nasyid.  Dulu saya memang selalu gak lah menganggotai Kumpulan Nasyid ni ... Kenangan manis masa berkerja ...  Mungkin juga di pejabat2 lain di KL dan Putrajaya ada kumpulan Marhaban seperti ni.  Bukan saja kakitangan sokongan malah nurse2 juga ada sama dalam kumpulan Marhaban pejabat Kak Chik ni.  Malah Bosnya juga turut serta.





Sudah sekian lama rasanya saya tidak mendengar orang ber Marhaban.  Semasa di Jalan Daud dahulu ibu dan kakak saya selalu juga membuat Marhaban bila hari raya dan juga sempena menyambut Maulud Nabi atau majlis2 bercukur jambul untuk anak2 kecil.

Majlis Kak Chik selesai hampir jam 7.00 malam, maklumlah bila dah berkumpul tu berbual2 ... bila majlis tamat kami yang di rumah ada upacara lain lak ... kemas mengemas basuh membasuh .... haha

KAYHA :
Adik gelam lah Tokbu balik kampung lagi ... Adik nak ikut tapi Tokbu kata nanti adik cari Mummy.  Tokbu kata bila adik dah besar nanti baru adik boleh ikut Tokbu balik kampung.  Masa kat kampung Tokbu ada telipon adik ... Adik suka bila Tokbu dah balik ... Tokbu tunjuk adik gambar adik Laily ... wah tomelnya ...

JUMPA LAGI ...



No comments:

Post a Comment